Thursday, April 26, 2012

Mama Cuti!

Setiap kali bangun pagi:

Wafiy: Mama hari ni cuti kan?
Mama: Tak cuti.
Wafiy: Cuti!
Mama: Mama kerja la hari ni, Wafiy kena g rumah tuk (pengasuh)
Wafiy: (Meraung/menangis) Tak nak, Wafiy nak cuti. Mama kena cuti, jaga Wafiy!
Mama: Wafiy nak g sekolah abang?
Wafiy: Nak! Wafiy tak nak g rumah tuk! Wafiy nak g sekolah abang.
Mama: (terkebil-kebil+kesian)



Tak sabar tunggu untuk 2nd term Genius Aulad (Jun), ada tempat kah untuk Wafiy nanti? (Dah register online awal tahun 2012. Tapi nak masukkan Wafiy untuk 2nd term ni.... Bila tengok keadaan Wafiy pagi-pagi yang kerap tak nak g rumah pengasuh ... tak sabar untuk hantar Wafiy ke sekolah.


Awal tahun 2012 hari tu, memang tak de dalam list rancangan untuk kami hantar Wafiy ke sekolah, sebab dah tekad untuk hantar Wafiy 2nd term nanti, dan macam2 faktor/sebab yang menyebabkan kami tak hantar Wafiy sekolah lagi. Tapi bila tengok Wafiy dah 'bosan' g rumah pengasuh, dan beria-ria nak g sekolah, tak sabar pula kami tunggu 2nd term ni ... ditakdirkan tak de tempat untuk Wafiy kat GA, kami akan cuba usaha tempat lain. Insya-Allah....

Wednesday, April 18, 2012

18 April 2012: 6 tahun

18 April 2006-18 April 2012 : My Boy is 6!


Selamat hari ulang tahun kelahiran Muhammad Iman Haziq bin Hanapi, doa hanya yang terbaik untuk anakanda. Mohon dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, sentiasa di di bawah lindungan Allah SWT, mendapat kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Amin.

**Hari ni bangun awal ... muka sengih-sengih, "besday Iman kan hari ni!" Dari mingggu lepas duk kira hari, "mama, papa cakap, besday iman 18 hb tau, hari Rabu!"

Tak tau nak beli hadiah apa untuk anakanda Iman. Dia tak de la mintak2, tapi kalau saya tanya, "Iman nak hadiah apa?" Adalah jawapan dia. Pernah juga dia sebut2 hadiah yang memang saya dan suami tak setuju membelinya, saya bagi alasan munasabah untuknya, alhamdulillah, dia faham, "Okey lah, Iman nak lain lah". ^_^

Monday, April 16, 2012

Sejak Akhir-akhir Ini....

Sejak akhir-akhir ni, Sabtu-Ahad, kami hanya di rumah sahaja. Saya lebih selesa menonton tv, berehat, tidur, makan-makan di rumah, masak seadanya. Anak-anak pun tidaklah meminta-minta mahu berjalan-jalan. Elok saja mereka dua beradik melayan Astro Ceria, dan saya tumpang menonton juga. Paling tidak jika rasa 'tidak selesa', saya akan masuk bilik tidur dan berehat. Suami lah melayan dua beradik tu.


Aktiviti Sabtu/Ahad-bangun pagi2, saya akan menyediakan sarapan, bihun goreng (makan dengan keropok goreng)/paling tidak pun, sandwich sardin. Makan tengah hari, giliran suami masuk dapur ... ehem ... orang lelaki masuk dapur, main campak-campak katanya, lalu dapur pun kecah, aduhai, kemas dapur, menjadi tugas saya. Walau apa pun, sangat2 berterima kasih kerana suami tolong masak. Minum petang, saya akan sediakan cekodok bilis, paling tidak suami ke gerai pisang goreng panas. Malam-suami masuk dapur lagi, sediakan juadah makan malam kami yang ringkas. (Gilir-gilir masuk dapur, suami isteri bekerjasama, -__-)

Sumber: Google images


Dalam kepala, saya nak makan itu ini, di situ di sana. Tapi sungguh, 'kesihatan diri yang tidak mengizinkan', membantutkan lagi untuk saya keluar. Sebelum ini, tiba saja hari Jumaat, dalam kepala saya sudah rancang nak berjalan situ sini, tapi sudah sebulan (lebih kurang) perasaan untuk berjalan-jalan, makan-makan di luar, bersama-sama anak-anak dan suami, langsung tawar! Harap perasaan saya ini cepat-cepat pergi. Saya sangat2 tidak selesa dengan keadaan diri saya sekarang! Kalau sebelum ini, KAKISAYASUKABERJALAN, tapi sekarang, kaki saya seolah-olah diikat, perasaan saya sangat2 tawar untuk keluar berjalan-jalan!


Entah bagaimana, semalam Iman cakap, "Mama, lama kita tak berjalan-jalan kan?" Agaknya, dia pun boleh rasa memang dah lama kami tak keluar berjalan-jalan. "Iman, tunggu mama dah 'sihat' kita g jalan-jalan." Wafiy pula, tahu mengikut saja, abang kata gitu, gitulah dia ... apa abang buat, dia ikut buat juga....;-)


Bila KAKISAYATIDAKSUKABERJALAN, suami pula yang beria-ria mengajak saya keluar, katanya, "jom makan luar!" "Jom Sogo". Mulut saya cakap NAK! Tapi hati, Ya Allah hanya Tuhan saja tahu, saya tak nak keluar! SAYA 'PENAT'. "Awak pergi lah dengan anak-anak". Tapi kalau dah mama tak pergi, anak-anak pun tak nak pergi, automatik suami saya pun tak pergi juga. ^_^


TOLONG PERGI CEPAT-CEPAT PERASAAN YANG 'TIDAK SELESA' INI....

Thursday, April 12, 2012

Chatime @Wangsa Walk

Dah lama teringin nak minum chatime. Orang lain dah lama minum chatime nih, saya baru dapat rasa Sabtu hari tu. Sebelum ni, kalau ke area Danau Kota mesti nampak chatime kat tepi jalan nak masuk KLFC tu. Tapi sekadar tengok aje lah, orang beratur panjang sokmo! Tak kuasa nak g beratur. Suami pun tak nak berhenti/tolong beratur untuk ai! ..^_^


Kemudian baru-baru ini, dengarnya dah buka kat Wangsa Walk (tempat familiar kami sekeluarga). Sabtu, lepas hantar Iman kelas taekwando di Setapak, terus ke Wangsa Walk (kebetulan ada barang nak cari di Cold Storage WW). Bukan main bersemangat saya ke stall Chatime di level yang ada TGV, (level berapa ya?), alhamdulillah, orang tak ramai beratur.


Tengok list air tu, tak tau nak order apa ... macam terkulat2 jugalah. Tanya adik penjual tu, apa yang feveret kat situ, dia pun sebut la..bla bla... saya redah aje, pilih choc hazel, dan mango (apa ntah namanya), choc hazel saya tambah pearl (biji2 hitam yang dikatakan sedap tu).


Tersengih2 bimbit plastik chatime tu, muka jakun pun ada jugok, dengan bangganya bagi kat suami, nah chatime! Rasa sedap ko dok! Suami? Tak terkata apa, tak komen apa2, sedap la kalih tu!=^_^=


Okey, saya pula nak minum nih, sedak setaro mana chatime ni ... slurp slurp, erm.... slurp... masuk pearl dalam mulut, aduhai, ngilu gigi ai kunyah pearl tu, ok, saya try telan pulok pearl tu, aduhai sangkut kat tekak la pulok! Hahhah, darat la ambo nih, tak berapa buleh masuk la pearl ni. Tapi ramai yang menggemari pearl ni. Jakun kot ai nih? Ahhahah. Lupakan!


Perasa mango tu pulok, rasa manis sangat! Mungkin belum jumpa dgn perasa feveret saya kot. Mungkin lain masa bleh try perasa lain pula. Ada cadangan, perasa apa yang best?? ;-))


**(Suami yang tolong habiskan kedua-dua perasa tu. Anak2 tak suka sebab pearl tu. Lain kali tak payah tambah pearl tu))

Friday, April 6, 2012

Makan, Makan, Makan!

Sekarang saya kerap makan=banyak makan! Tapi saya tak boleh makan banyak sekali gus, perut saya tak mampu nak tampung-perut jadi 'sekok', 'sendat' dan sakit! Jadi, saya makan kuantiti yang biasa (Tidak banyak/tidak sikit), tapi kerap. Pukul 8 pagi, saya beli sarapan di kafe pejabat-nasi goreng/nasi lemak/bihun goreng. Kalau tak habis nasi sarapan, saya simpan untuk makan pukul 10. Pukul 10 pagi saya lapar lagi, saya makan sarapan pagi tadi yang tak habis/kuih/buah. Pukul 1 tgh hari, lapar lagi, saya makan nasi sikit/saya order masakan panas=kuetiaw goreng. Pukul 3-4 petang lapar lagi, saya kunyah sekut (sekarang saya ketagih makan biskut jacob's hi-cal original, anak-anak saya pun suka, rasa lemak2 gitu! Saya perlu simpan stok biskut di pejabat dan di rumah juga, untuk mengelakkan saya lapar dan mungkin akan gelap mata/pitam/perut bergulung=luga).


Pukul 7 petang saya lapar lagi, saya makan nasi. Suami saya kupas buah untuk saya. Ya, saya malas nak makan buah, jadi dia tolong saya kupas, TQ! ^_^ Dalam peti-stok buah sentiasa ada. TQ! Tengah malam saya lapar juga, tapi mata saya mengantuk ... saya tidur. Bangun pagi, perut saya lapar sangat2, jadi, sebelum ke pejabat, saya makan roti/biskut.

Saya sungguh2 tidak selesa dengan perut saya yang sentiasa lapar ini! Istilah untuk rasa ini : ''LUGA BALIK' :-( ('Sebutan 'balik'= ada sabdu sikit 'ballik')



Saya rasa malu/segan dengan kawan-kawan pejabat di sekeliling saya sebab badan kecik tapi makan banyak! ^_^


Duit belanja makan saya satu hari, macam saya makan 2 hari. Oh, saya perlu buat sesuatu! Bawa bekal ke pejabat? Goreng cekodok bilis/ cekodok pisang untuk makan pukul 10 pagi, okey juga kan? Atau buat sandwich? Ya, perlu buat sesuatu! ;-)) (berjimat cermat amalan mulia...;-)
Sekian, laporan saya untuk hari ini. Nak sambung makan nasi goreng pagi tadi. =^_^=

Wednesday, April 4, 2012

Nikmatnya Duha ... Insya-Allah

Dah lama saya dengar lagu ni pagi-pagi kat IKIM.FM, tapi tak tahu siapa yang nyanyi/tajuk lagunya, kemudian baru-baru ini tertengok kat TV al-Hijrah, tajuknya, Doa Duha, nyanyian kumpulan UNIC. Terus saya google cari lagu dan liriknya sekali. Part yang bahasa Melayu tu, betul2 menyentuh perasaan saya. Jom, hayati liriknya. Kalau nak dengar lagunya, boleh layari youtube ... tak boleh nak masuk la you tube kat sini ... opis ai dah sekat youtube! :-(

Doa Duha
Album : Hijrah
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Ya Allah sesungguhnya waktu duha itu duha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu duha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Bazli UNIC
Hakcipta : UNIC Records.
***(Jom kita Duha, tak dapat buat tiap-tiap hari, buat setakat yang ' termampu' (ore kato, buat slow2 ^_^) , insya-Allah, bila lama-lama, akan 'jatuh cinta' dgn Duha. Insya-Allah rasa sedap/nikmat Duha itu akan dirasai apabila kita betul-betul ikhlas mengerjakannya. Kalau makan makanan feveret kita, puas juga kan, paling tidak, sakit perut, sebab terlebih makan. ^_^ Tapi Duha, insya-Allah, 'kesedapannya' tidak dapat dibayangkan ... sejuk perut ibu mengandung...:-)) Semoga Allah Taala sentiasa memberi jalan dan petunjuk untuk kita menuju ke jalan yang benar, insya-Allah).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...