Monday, April 16, 2012

Sejak Akhir-akhir Ini....

Sejak akhir-akhir ni, Sabtu-Ahad, kami hanya di rumah sahaja. Saya lebih selesa menonton tv, berehat, tidur, makan-makan di rumah, masak seadanya. Anak-anak pun tidaklah meminta-minta mahu berjalan-jalan. Elok saja mereka dua beradik melayan Astro Ceria, dan saya tumpang menonton juga. Paling tidak jika rasa 'tidak selesa', saya akan masuk bilik tidur dan berehat. Suami lah melayan dua beradik tu.


Aktiviti Sabtu/Ahad-bangun pagi2, saya akan menyediakan sarapan, bihun goreng (makan dengan keropok goreng)/paling tidak pun, sandwich sardin. Makan tengah hari, giliran suami masuk dapur ... ehem ... orang lelaki masuk dapur, main campak-campak katanya, lalu dapur pun kecah, aduhai, kemas dapur, menjadi tugas saya. Walau apa pun, sangat2 berterima kasih kerana suami tolong masak. Minum petang, saya akan sediakan cekodok bilis, paling tidak suami ke gerai pisang goreng panas. Malam-suami masuk dapur lagi, sediakan juadah makan malam kami yang ringkas. (Gilir-gilir masuk dapur, suami isteri bekerjasama, -__-)

Sumber: Google images


Dalam kepala, saya nak makan itu ini, di situ di sana. Tapi sungguh, 'kesihatan diri yang tidak mengizinkan', membantutkan lagi untuk saya keluar. Sebelum ini, tiba saja hari Jumaat, dalam kepala saya sudah rancang nak berjalan situ sini, tapi sudah sebulan (lebih kurang) perasaan untuk berjalan-jalan, makan-makan di luar, bersama-sama anak-anak dan suami, langsung tawar! Harap perasaan saya ini cepat-cepat pergi. Saya sangat2 tidak selesa dengan keadaan diri saya sekarang! Kalau sebelum ini, KAKISAYASUKABERJALAN, tapi sekarang, kaki saya seolah-olah diikat, perasaan saya sangat2 tawar untuk keluar berjalan-jalan!


Entah bagaimana, semalam Iman cakap, "Mama, lama kita tak berjalan-jalan kan?" Agaknya, dia pun boleh rasa memang dah lama kami tak keluar berjalan-jalan. "Iman, tunggu mama dah 'sihat' kita g jalan-jalan." Wafiy pula, tahu mengikut saja, abang kata gitu, gitulah dia ... apa abang buat, dia ikut buat juga....;-)


Bila KAKISAYATIDAKSUKABERJALAN, suami pula yang beria-ria mengajak saya keluar, katanya, "jom makan luar!" "Jom Sogo". Mulut saya cakap NAK! Tapi hati, Ya Allah hanya Tuhan saja tahu, saya tak nak keluar! SAYA 'PENAT'. "Awak pergi lah dengan anak-anak". Tapi kalau dah mama tak pergi, anak-anak pun tak nak pergi, automatik suami saya pun tak pergi juga. ^_^


TOLONG PERGI CEPAT-CEPAT PERASAAN YANG 'TIDAK SELESA' INI....

17 comments:

Qhaifa Nur said...

duduk umah lama2 boring pulak...
demi anak2 paksa diri jua...

izla said...

morning sickness ke kak?
harap2nye cepat sihat yer...

Mrs. Norrie said...

Sejuk hati isteri suami pandai memasak...heheheheheh!!

Semuga cp2 sihat

- dieyana - said...

Qhaifa nur-setakat ni, tak de istilah 'boring' duk rumah, mmmng langsung tak de 'angin' nk jalan..;-(, alhamdulillah, anak2 dan suami faham..

- dieyana - said...

izla...bukan 'morning', tp 'evening'..heheheh, bila petang aje, mula la 'penyakit' dtg... :-( tq atas doa...:-)

IDAZS said...

ehem-ehem. saya pun nak juga penyakit malas nak bejalan ni. sebab sekarang asyik bejalan tak henti2.. hikhikhihk

semoga cepat sihat ye kak :)

best masak sama-sama ni, seperti kata wonderpets

"apa yang penting, KERJASAMA!"

PELABUR EMAS PERAK said...

asalam ... yang penting dapat suami n anak anak yang memahami ... kebahagiaan tur penting... betoikan !

- dieyana - said...

mrs norrie-hehhe, katanya main campak-campak, yang cmpk2 tu la sedapnye....insya-Allah, tq atas doa..:-)

- dieyana - said...

idazs-ehem-ehem, bejalan aje da, selagi buleh berjalan, kan esok2 jadi mcm k.diana ni, masa tu duduk rumah diam2, nk pandang luar rumah pun tak nak..kihkhihk .
-tq atas doa...tak sabar nk 'sihat' bnyk perkara nk buat nih..;-)
-mujur ada orang yg sanggup kerjasama bila kita tak sihat...hehe

kurus said...

huhuhu mau x boring , kalau macam akk yg bekerja nie , arimingguy jelah masa dgn anak2 .. bawak mereka jalan2 walau dekat

- dieyana - said...

ieda-ha, setakat ni sy langsung tk de perasaan nk keluar kak... nasib baik anak2 ok je, agaknya semlm anak perasan agak lama tk jalan, itu yang ungkit, nasib baik dia paham, mama dia 'tk sihat' ;-)

- dieyana - said...

pelabur emas-salam, ha alhamdulillah, setakat ni mereka memahami...:-))

edane said...

congrats! bape bulan dah? he he..

bakpe saya tak de perasan gini kak diana? sabtu ahad dan weekdays pun berjalan sokmo. esokan nak mai pejabat baru ada perasan nak dok umah.. hehe..:p

Aida Salleh said...

laaa...kesiannya. harap2 'rasa' tu cepat2 pergi dan mood utk outing akan segera datang...:-)

- dieyana - said...

etiey-berapa bulan gapo (blur2..hihkihk) berapa bulan 'penyakit malas' ko? hikhihk...

tk po la tiey, bejalan la selagi buleh jalan....senang skit nok beranok...;-)

- dieyana - said...

aida- ha, itu lah, biar cepat2 pergi, bnyk benda nk buat ni...eheheh

Iela Fazielah said...

nape lak leh malas nak jln tu....ila ni yg rs nak kuar jln2 tau....n untung dieyana dpt hubby rajin masuk dapur..hubby ila ikut mood...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...