Thursday, April 12, 2012

Chatime @Wangsa Walk

Dah lama teringin nak minum chatime. Orang lain dah lama minum chatime nih, saya baru dapat rasa Sabtu hari tu. Sebelum ni, kalau ke area Danau Kota mesti nampak chatime kat tepi jalan nak masuk KLFC tu. Tapi sekadar tengok aje lah, orang beratur panjang sokmo! Tak kuasa nak g beratur. Suami pun tak nak berhenti/tolong beratur untuk ai! ..^_^


Kemudian baru-baru ini, dengarnya dah buka kat Wangsa Walk (tempat familiar kami sekeluarga). Sabtu, lepas hantar Iman kelas taekwando di Setapak, terus ke Wangsa Walk (kebetulan ada barang nak cari di Cold Storage WW). Bukan main bersemangat saya ke stall Chatime di level yang ada TGV, (level berapa ya?), alhamdulillah, orang tak ramai beratur.


Tengok list air tu, tak tau nak order apa ... macam terkulat2 jugalah. Tanya adik penjual tu, apa yang feveret kat situ, dia pun sebut la..bla bla... saya redah aje, pilih choc hazel, dan mango (apa ntah namanya), choc hazel saya tambah pearl (biji2 hitam yang dikatakan sedap tu).


Tersengih2 bimbit plastik chatime tu, muka jakun pun ada jugok, dengan bangganya bagi kat suami, nah chatime! Rasa sedap ko dok! Suami? Tak terkata apa, tak komen apa2, sedap la kalih tu!=^_^=


Okey, saya pula nak minum nih, sedak setaro mana chatime ni ... slurp slurp, erm.... slurp... masuk pearl dalam mulut, aduhai, ngilu gigi ai kunyah pearl tu, ok, saya try telan pulok pearl tu, aduhai sangkut kat tekak la pulok! Hahhah, darat la ambo nih, tak berapa buleh masuk la pearl ni. Tapi ramai yang menggemari pearl ni. Jakun kot ai nih? Ahhahah. Lupakan!


Perasa mango tu pulok, rasa manis sangat! Mungkin belum jumpa dgn perasa feveret saya kot. Mungkin lain masa bleh try perasa lain pula. Ada cadangan, perasa apa yang best?? ;-))


**(Suami yang tolong habiskan kedua-dua perasa tu. Anak2 tak suka sebab pearl tu. Lain kali tak payah tambah pearl tu))

7 comments:

Iela Fazielah said...

chatime ni ala2 coolblog la ek...tp ila suka mkn pearl tu...cuma xleh mkn selalu air cenggini..manis n cepat batuk

Ummu Madihah said...

pandai betul org skrg berniaga, jual air aje byk ringgit dek krn campur segala bagai! Kalau basic x mahal mana, kalu dah boh mcm2 bersedia ajalah nak tambah duitnya!! he he!

Akak Kembang said...

Selalu lalu Chatime @ he Curve mesti org beratur panjang...conpius jugak nak beratur..sb tulisan cina..tak tau mana yg sedap

IDAZS said...

suka chatime. selalu beli hazelnut milk tea, pearl milk tea, gras jelly milk tea. mango, laici pun sedap jugok. adusss, semua sedap kecuali yg perisa coklat

Mrs. Norrie said...

saya pun dh lama teringin nak ke sini tapi blm ada kesempatan...hoyeeee...

nice blog...singgah tghari jumaat!!!!

kurus said...

huhuhu dah lama x berbelanja macam nie .. kalau ke tmpt macam tuu memang risau nak tambah lebih2 , nak2 x tahu nak kira ekeke ;)

PELABUR EMAS PERAK said...

asalam ... syok santai santai ..tq.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...