Parking kereta di hadapan 7 eleven-hantar Wafiy ke tadika. 2/3 minggu ni, saya hantar Wafiy (bergilir
dgn ‘mak cik van’). Sesekali Wafiy minta mama hantar, nak masuk 7e, nak beli biskut
oreo+ dutch lady kid coklat, katanya. Boleh, syarat nak mama hantar ke sekolah,
masuk 7e, no cekedih, no gula2. Biskut/roti saja dibenarkan!
Wafiy ngamuk sikit hr tu... cepat2 masuk 7e, lupa nak capai tote bag
(medela) yang diletak di bawah sit penumpang belakang, sit penumpang ada 2 car
set cik kembar. Selalunya saya sangatlah berhati2, waima hantar cik kembar
rumah pengasuh, memang saya angkut tote bag tu. Cooler bag memang tk letak dlm
tote bag tu, kat bwh sit juga. Kawasan sekolah Wafiy ni, teacher dh tulis notis
kat tangga sekolah agar berhati2, kejadian pecah kereta sering berlaku.
Masa kat dlm 7e tu, “alamak bag dalam kereta!” (tetiba tk sedap
hati-agaknya time terdetik ni la kejadian tu berlaku). Cepat2 bayar-salam peluk
cium, Wafiy terus naik tangga sekolah (sekolah sebelah dgn 7e)-terus ke kereta.
Terdengar gadis Indon ckp2 dgn tauke kedai runcit cina, “kereta sudah rosak,”
smbil tunjuk2 kawasan kereta yang saya park. Hati tetiba berdebar2, “Ya Allah”
Cermin kereta kena pecah, tepi pemandu. Lembik lutut jap, terus g jenguk my bag
kat belakang! Tak de dah! My Breastpump Free Style (FS) Oppa Gangnam Style Op Op Op' kat dlm tu! Corong, masih ada kat plastik
belakang sit tu, cooler bag pun ada,
yang diambilnya tote bag medela tu .
Rasa nak pitam. Blur, tak tau nak buat apa. Rabbi yasir wala tu asir ... astaghfirul-al-azim,
berkali2, ada mak cik prihatin bagi syiling, ‘call husband’ katanya. (Mak cik
ni bagi syiling, mana public phone nya? Ingatkan nak bagi pinjam hp. ;-)) Jumpa
teacher kat tangga sekolah Wafiy, dia bagi hp dia. Ini baru betul mak cik, bagi
syiling, public phone tak de, camner nak cal suami... Apa2 pun tq kat mak cik yang prihatin.
Tunggu suami dtg sambil kenangkan FS, terkebil2 tengok cermin kereta pecah berderai.
Tunggu suami dtg sambil kenangkan FS, terkebil2 tengok cermin kereta pecah berderai.
Tak sangka ia berlaku dlm sekelip mata, dan berlaku pula kat saya yang memang
tak de harta benda ni. Suami dtg, tk tau nk cal siapa, no kwn2 opis semua kat
dlm hp. Teringat member opis bhgn lama- n ckp dgn kakak bhgn dia-minta tolong
dia bgtau staf kat bahagian. Lepas tu minta Aleya send nombor2 bank utk blok
kad2 atm.
Buat laporan polis, suami tunggu dlm kereta yang tingkap ternganga tanpa
cermin. Balik rumah, dah tak kuasa nk ke opis dgn tingkap ternganga lagu tu,
kaki gigil nk drive sambil meratapi FS-nasib dh dekat dgn rumah. Ptg tu, suami
balik dr sekolah, g bubuh cermin baru kat kedai cermin tepi hospital tawakal,
orang kata kat situ murah, tukar cermin- RM110.
-Motor FS
-Purse-kad bank, lesen memandu, kad segala mcm kad-sogo, n kad yang ntah
apa2, duit dlm 70-80
-HP yang tk canggih, sgt penting sbb nombor contact semua dlm tu
(Marilah kita beli hp baru yang sentuh2 tu..;-)
-Beg make-up,
-Telekung sembahyang
-Sebotol alfafa shaklee (agak2 stok 2 bulan lagi)
-Storage botol-8/9 botol
Yang lain2, tk ralat sgt, yang paling sedih, my Fotor FS! Nk beli FS baru?
Oh tidaklah gamaknyo, ai bukanlah orang berada nak beli fs 2x
Mood skrang: tk boleh tgk gambar FS, rasa nak tampar muka sendiri, sbb
kecuaian hr tu! Pagi tu Dia dh beri petunjuk-bangun pagi Isnin tu, badan
sakit2, kepala pusing tapi gagahkan juga ke opis, mandi, solat, hantar Wafiy!
Tiada rezeki, jodoh kita tk panjang ... 6 bulan lebih. Tgk corong
medela/botol medela kat rumah, sayu je hati rasa nak tampar muka lagi. Apa pun, saya kena
reda dgn ujian ini, dan syukur atas ujian ini, syukur sebab ai tk cedera, atau
mungkin perampok tu jadi insaf (sebab tgk telekung semayang ai yang cantik tu-bandung
mari). Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin juga Allah tak nak saya terus
alpa dgn keselesaan FS tu, sesekali kena 'susah'. Memang saya sgt2 kacau 2/3 hari
ni bila pakai avent manual tu, terasa kekok sebab dah biasa dgn selesa dgn FS.
Dapatlah juga rasa Medela yang syok n handy
tu 6 bulan. Kalau org tanya, best pakai FS? Ha, senang nk jawab, dgn pengalaman
6 bulan bersama FS tu ^_^
Senarai yang nk kena buat/beli
-Kad bank-satu bank lagi belum selesai
-Lesen Memandu-Beli pam lain! Tak mungkin FS lah! 'Cukup2 sudah, cukup smpi di sini saja....'
-Hand phone
-Handbag? Kalau beli spectra ... rasanya mcm nak beli back pack ... boleh
sumbat motor spectra yang sedikit berat, storage bottle;-)) Kalau nk beli hbag,
beli yang besar, sebab suka sumbat segala mak nenek dlm tu....
**Semalam beli bedak mac mek baru-hehe...
Apa2 pun harus reda akan pemergianmu, FS. TQ kawan2 sbb bagi guna spectra/swing!
Tengah berkira-kira nk spectra 3/swing. Cuma mslh dgn spectra ni, tmpt pam/solat
di bahagian tk de plug! Kalau swing pula, tk best bila time dia 'tarik
panjang'-tk de butang utk kembali sedutan biasa/laju2 tu. Bila 'tarik
panjang'-sesi pam jadi lambat (agak2 faham istilah yang sy cipta
ni-‘tarik panjang’.... Poning mak!
Pakai Avent manual zaman Wafiy. Bila dh terbiasa selesa dgn FS, tetiba kau pakai manual, nah rasakan! Uhuk2, sesi ngepam biasanya 15-20 minit dapat 10-12 oz, bila pakai manual avent-sesi ngepam agak lambat-30 minit-berpeluh mak! Kejap2 perah pakai tangan, uhuk3... bersenang senang dahulu bersusah2 kemudian? ;-))
**Ujian daripada-Nya ... muhasabah diri ... check diri ... reset minda!
5 comments:
itulah,.,...org kata bkn rezki kita kat situ..tp redho jelah.... ila pun xtau nak sugget pump apa sbb xpernah pakai swing... tp susah jugak xde plug... tp kalau ilakan.... ila bl FS lg 1... sanggup korek duit bank + mintak ikhsan suami kalau susu masih meriah... sbb perjalanan masih jauh tu.....
alahai kesian kamu dear..tak pe, Allah nak gantikan yang lebih baik lepas ni..orang yg mencuri tu..jumpa kamu di padang masyar ekekeke..
smoga dipermudahkan lepas ni..skrg ni mmg smua pun bahaya kan..
iela-uhuk2, apa2 pun tq kerana bagi cdgn kat fb semalam..he3, ini dah korek tabung lah ni....nak korek banyak, syng pula tgk tabung berkurang..ha3...
pinky momma-yup...insya-Allah moga Allah menggantikan yang manis.;-)
oh, gitu kisahnye. kalo saya, menangis jugak la bila jadi macam tu. tambah2 barang kesayangan hilang. sabar yer dieyana. insha Allah ada hikmahnya tu. yang penting dieyana dan anak selamat. ;-)
Post a Comment