Berdebar-debar ;-) Alhamdulillah, hari ni hari pertama dgn 'kasih' baharu. Semalam, kami ke MOMS LITTLE ONE (MLO) Wangsa Maju. Dah tekad, nak Spectra 3 double pumping, tak dok stok pulok! Ingat nak cancel je, tunggu stok sampai, tapi rasa mcm dh lambat/tk sabar. Tengok pam lain, tetiba jatuh cinta kat Rumble Tuff, test .. rasa best pulok. Tak nak komen panjang2 lagi, sbb hari ni baru nak mula dgn Rumble Tuff ni .... harap semua okey! Ya Allah Engkau permudahkan jalanku ini.... Dapat freegift 2 rompers untuk cik kembar drpd kakak owner MLO tu. Tq!
Balik tu dah hampir pukul 7, tapi anak2 kelaparan, tak tau nak makan apa, papa kata kita makan area rumah kita lah. Dalam perjalanan pulang ternampak sign board besar tepi jalan Taman Melati KEDAI MAKAN UPIN IPIN. "Iman, upin ipin!" Mak pulok yang teruja ;-) Nasib baik papa tak laju, terus berhenti ... layan anak2 di kedai makan upin ipin. Anak2 makan ayam+fries, saya, mi goreng+telur mata, papa-Nasi Goreng Atuk (ada telur mata, keropok goreng). Cik kembar bertemu kembar upin-ipin. Selang beberapa minit, masuk satu family, bawak anak kembar juga (sekolah rendah)..hihkik3...kelakar comel, kembar bertemu kembar! Kesimpulan: sesiapa yang nak anak kembar-bolehlah bawa isteri ke kedai upin ipin. Hik3
(Tak bawa kamera nak snap pic-bercerita tanpa gambar mcm tak best,macam syok sendiri ;-)
(Tak bawa kamera nak snap pic-bercerita tanpa gambar mcm tak best,
Mohon share ya tuan blog
TQ! http://www.eyriqazz.com/2013/04/kedai-makan-upin-dan-ipin-taman-melati.html
Parents yang nak bawa anak2 ke kedai makan ni, kena standby bawa duit lebih sbb kat dlm ni bnyk mainan/mcm2 upin ipin. Nasib baik lah anak2 saya tak request nak benda2 tu. Iman & Wafiy, ralit tgk teater upin ipin yang dipasang kat tv. Pendapat saya, bolehlah sesekali layan anak2 kat restoran ni.. kat rumah pun boleh goreng ayam Menunya ...boleh kenyangkan perut ... dari segi harga pula saya rasa macam mahal sikit. Contoh-mee goreng-rm 8.50. Kedai agak meriah dgn kanak-kanak dan mak pak Ribena, ^__^ Makan laju2 maghrib singkat, Cik Kembar berak
**Medela FS sentiasa dikenang. Moga Rumble Tuff memberi sinar baru! Insya-Allah....Ya Allah, Engkau berilah rezeki untuk anak-anak kembar ku ini.
11 comments:
alhamdulilah, akhirnya ada pengganti! harap-harap serasi dengan kak diey..
restoren Upin Ipin!!!! Bagusnya iman wafiy taknak macam-macam. kalau zarin tataula, rabak poket makpaknya! tak pernah pergi lagi, sbb yg bagi feedback kata makanan biasa-biasa dan mahal sikit. tapi insyaallah nak bawak jugak zarin suatu hari nanti. :)
alhamdulillah... dah ada pengganti baru.. ila pun teringin nak gi kedai ipin upin ni dgr kawan certia best... aritu dah turun shah alam tp xsinggah... tp mahal ek??? hihi tp nak merasa boleh kot..
idazs-ha, Alhamdulillah, apa2 pun tq banyak2, bg guna SPECTRA..JASAMU DIKENANG! ;-)
HIK3, yup, kak rasa biasa2...mknn dia okey lah..sbb tgh lapar masa tu...sesekali layan anak2 kat kedai ni..okey kot, bagi diaorang seronok... (pesan zarin siap2 sebelum masuk kat kedai ni..hik3)
iela-yup Alhamdulillah....ha, shah alam pun ada ek...bg dieyana, mungkin mahal lah kot..sbb mi tu biasa2 je, nasi dia pun... tapi anak2 seronok lah, apa salahnya kan sesekali...
dieyana, pump tu pun ok, yang penting pakai elektrik. manual tok leh gi doh lo ni saya. sejak pakai hok elektrik nak guna yang manual rasa susah pulak. tapi time terdesak tu pakai juga. heheheh....
anak saya haritu sibuk ajak kiteorang pergi kedai ni dier teringin makan ayam goreng...tapi tak sempat...
Kak Alin Marlini pun penah makan restoran ipin upin tp caw shah alam & siP warning anak2 sila jgnmintak apa2
ceywie-yup, itulah bila guna avent manual rasa kekok...'tak berapo nk buleg g! ' he3
ceywie-yup, itulah bila guna avent manual rasa kekok...'tak berapo nk buleg g! ' he3
lizz-ha nanti bleh bw anak-bg dia seronok2..;-) budak2 mmng suka upin ipin nih
alin-ha, betul tu, mmng kena warning siap2....nasib ank2 okey..;-)
Post a Comment