Friday, January 30, 2015

Terima Kasih Blogger MiaLiana!

Assalamualaikum semua ... syoknya hari ni Jumaat dah.... ;-)) Ada yang cuti balik kampung ke.... Isnin, selasa kan cuti! Kami tunggu raya cina lah balik...insya-Allah
 
Anyway nak ucap tqvm kat blogger mialiana, masukkan nama blog Dieyana kat http://www.mialiana.com/2015/01/senarai-url-blog-12.html
walaupun penyertaan dah tutup, ai masuk juga, sebab tak perasan pun masa dah tutup. ;-)) Apa pun terima kasih Cik Mia!

Okey Bai!  Ada masa boleh kenal2 senarai blogger yang cik mia papar tu.... ^__^

Wednesday, January 28, 2015

Laparkah? ;-))

Lapar.
 
Ini yang kami makan kat LEGOLAND bulan lepas a.k.a tahun lepas! ^___^
 
 
 
Balik ni masak kari ayam, okey juga kan! ;-))
 
 
Entri ni sebenarnya nak bagitau, kami dah sampai ke LEGOLAND, cuma entri je belum keluar kat sini, kihkihkhik! Hahahah, ntah apa2!
 
Tapi serius, saya lapar ni, tetiba teringin balik kerja petang karang, nak singgah makan Burger Byte kat Sentul tu (laluan nak sampai rumah), layan burger byte sorang-sorang. Eh, sanggup ke makan sorang-sorang tanpa anak2 n suami di sisi!? (kat opis tu perkara biasa, makan sorang2 kan).
 
Heheheh, renung-renungkanlah. Tak sampai hati kan?? Itu je nak bagitau Okey, bai! ;-))
 
 
 

Wednesday, January 21, 2015

Cerita Anak-anak Bersekolah

Alhamdulillah, sudah satu minggu anak-anak bersekolah, amacam, semua okey? Macam2 hal dan kerenah anak2 bersekolah, terutama yang baru masuk sekolah-tadika/darjah satu, kan! Apa-apa pun, semoga anak2 kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Taala.
 
Anak sulung kami, Iman, darjah tiga dah, taklah risau sgt, tapi pesanan utk dia, tak pernah tinggal.  "Iman, jangan lupa Wafiy (adik), pastikan Wafiy ada sama dalam van, tengok-tengokkan Wafiy kat sekolah" Cewah, kasi dia feeling abang-abang sikit! ;-)) Pok pek pok pek mama pepagi, itu biasa! ^__^

5.45 pagi diaorang dh bngun, mandi, pakai baju, solat subuh, sarapan. Nampak bersemangat, harap2 kekal lama semangatnya itu, terutama Wafiy yang baru masuk darjah satu.


 Serius je muka pepagi ya! Eh ada pulok yang nyelit (cik kembar-adik) ;-))
 
Dalam kelas, kata Wafiy, dia yang paling kecik ;-)) Tapi saya percaya, walaupun Wafiy badan kecik, tapi keras smngt, berjiwa kental gitew...cewah! ^__^! Kita ibu bapa mesti fikir  positif kalau fikir negatif, lagi la risau kan.


Silang kaki nampak! ;-))

Hari pertama sekolah, saya cuti, hantar mereka berdua. Jenguk kejap Wafiy kat perhimpunan. Lepas tu cikgu minta parents tidak bersidai tepi dewan perhimpunan. Budak-budak ni steady je, kita je lah yang 'nyibuk' nak tengok anak2, okey ke tak, kan! Bukan apa cikgu, kami nak la tengok muka comel anak2 kami tu. Ada-ada je mak-mak ni ^__^
 
 

Tak sedar mama snap dr belakang ;-))


Saya tak g pun tgk Wafiy kat kelas. Kata wafiy, dia duk depan. Saya dan suami mmng dah pesan, pilih tempat depan tau! ;-)) Time rehat, saya tunggu dia kat kantin. Sebenarnya, tk tunggu pun tk pe, cikgu dah bawak n ajar mereka mcm mana nak beli dan sebagainya.... Tapi nasib baik saya tunggu hari pertama tu ... nak jadikan cerita, Wafiy terlupa yang saya dah masukkan duit belanja kat poket seluar, boleh dia bersandar kat dinding, muka sedih sgt, katanya, mama tk bagi duit. Nasib mama cepat, kalau tak bersandar la dia sampai loceng bunyi ya? ;-))
 
Wafiy ni beza skit dgn abang dia, tak nak bawak bekal. 'Bangga' dapat beli-beli kat kantin. Bekal air masak je. Pagi2 diaorang sarapan kat rumah, cuba juga sempat2 kan diri ni goreng nasi/bihun nugget/ cekodok /tea o. Kalau memang tak sempat, bangun lewat, mkn roti je lah nak. Stok roti mesti ada kat rumah. Pagi tadi goreng bihun, yang abangnya, bawak bekal, Wafiy tetap juga tak nak!

6.25 pagi keluar rumah, tunggu van. Fuh, anak2 bandar, gelap2 dah keluar rumah. Balik - naik van juga. 2.30 petang ke sekolah agama, papa nya yang hantar, 5.30 petang, papa jemput.

Duit sekolah kebangsaan=RM 3, rehat, beli nasik ayam=RM 2 (menu yang tk pernah tukar dr hari pertama sekolah, hahah). Kadang-kadang terliur air sirap, kata Wafiy. Sirap=50 sen. "Mama, air masak, Wafiy minum dalam van." ^__^  Balik sekolah papa dah sedia nasi. Ke sekolah agama, duit belanja RM 2 je, beli nasik lagi, nasi lemak=RM 1. Balance, simpan tabung, nak beli handphone katanya. Ades!! Beza dgn abang, kurang makan. 4 anak, 4 gaya/ragam kan ;-))



Wafiy dan nasi berpisah tiada ;-)) "Nasik ayam pah ceroh!" ^__^



Bersedia untuk ke sekolah agama ... abang Iman tegak nak nyanyi lagu Negaraku  ke tuuu ;-))

 
 
 
 Eh seriusnya abang! "Pengawas mesti serius, baru nampak garang, mama!" Amboi, eksen! ;-))
 
 
Ceria!
 
 

Perhimpunan hari pertama sekolah agama


Hok kecik tu anak ambo..;-))


**Yuran transpot meningkat dr RM 40 ke RM 70! Kalau naik 10 hinggit ai tk berkira sangat, 30 hinggit tuuu...  Minyak turun, tapi yuran transport naik! Panas je hati, apa boleh buat reda je lah....
 
Tahun ni sekolah kebangsaan dan sekolah agama Iman dilantik sebagai pengawas. Eksaitednya dia dpt jadi pengawas. Seminggu bertugas sbg pengawas, tanya mama, "Iman okey ke jadi pengawas, seronok?"

"Letih, mama!" Kihkihkh, baru tau penat ya! ;-)) Mula2 mcm tu la, dh biasa esok2, okey lah tu...

**Moga anak-anak kita selamat dunia akhirat. Amin.

 

Friday, January 16, 2015

Handphone : 'Kes Parah' Cik Kembar

Dah jadi kes parah dah cik kembar ni, terutama si adik. Tak boleh nampak kami pegang hp, mula la nak main game. Duk perhati abang-abang main game, diaorang pun nak la jugak kan.  Kalau tak bagi kat si adik (Ghufran) tu, ha, nangis macam sakit2! Memang parah! Yang si abang (Ghazi), masih okey lagi. Sebelum ia menjadi lebih parah, baik kami bertindak! ^__^ Kami tak tunjuk hp depan dia, abang-abang (Iman dan Wafiy) pun kena main kat bilik, jangan bagi cik kembar nampak! Kalau diaorang ternampak, ha, pandai-pandai la kami alih perhatian cik kembar! Huii dahsyat betul penangan gajet kat budak2 kecik nih!
 
 
 
Pandangan dari atas/belakang/tepi, mak pak pun tak tau yang mana satu Ghazi/Ghufran ^___^
 
 
Yang bestnya, kalau diaorang main sesama, Ghufran yang pegang hp, Ghazi, cuit sikit2 je ;-)) Kalau mood okey, macam kembar siam, melekat je amboi, sweet/comel giteww ;-)) Cuba kalau tak okey, ha, berebut sampai bergomol/menggigit! Fuh, seriau kalau tengok cik kembar berebut tau!
 
Dua, tiga hari ni nampak macam dah okey sikit, tak de dah meraung-raung nak hp. Fuh, lega mak pak ;-))
 
 

Tuesday, January 13, 2015

A&W Wangsa Walk

Salam semua. Semalam cuti, hantar anak2 sekolah. Standard la kan, hari pertama sekolah. Eh tak de yang tanya eh? Hihi, saja nk bagitau ^__^
 


A&W minggu lepas ;-))
 
Anak2 minta ayam, tapi ayamnya masin daaa :-(( So ank2 mintak roti boy seketul sorang ;-))


Tanya anak-anak nak makan apa, tak mau, nak makan pop corn kat wayang je. Ades! Okey, mama teringin nk minum kat A&W, bertahun rasanya tk mkn/minum A&W ni. Saja santai2 dgn ank2 Isnin lepas (5 hb) .Cuti rehat yg diisi sebelumnya, nk hntr ank sekolah. Tapi bila diumum sekolah bukak 12 hb, cuti juga lah 5 hb tu, mls nk batal cuti. Saya, Iman n Wafiy jalan-jalan Wangsa Walk. Nak tgk wayang, tp tk de citer best! Anak-anak ajak ke pusat permainan tingkat 1, layan je lah.


Itu je nak bagitau ;-)) Ok bai!!

Wassalam


**Sebenarnya nak latih diri rajin update blog, tak kira entri apa, ai publish je  ^__^ boleh? Entah bila bertahan ni tak tau lah ;-))

Wednesday, January 7, 2015

Pembuka Tirai 2015 ;-))

Assalamualaikum....
 
7 Januari 2015, entri pembuka di tahun 2015. Masih belum terlambat kot ya, ucapan selamat tahun baru? ^__^

Walaupun banyak cerita2 2014, dah reda segala kesibukan ini, insya-Allah, entri2 throwback akan menyusul ;-))
 
Alhamdulillah, banjir di Kelantan telah surut, namun, kemusnahan selepas banjir, memang sangat menyedihkan. Nak pulihkan seperti asal, memakan masa.
 
Alhamdulillah, rumah famili saya di Pasir Mas, baru saja selesai bersih2 lumpur kat dlm rumah (gila banyak lumpur!) Luar rumah tak payah nak cakap la, masih bertimbun-timbun barangan rosak/sampah! Reda aje lah. Dah banyak bersyukur, bila tengok ada yang rumah langsung tak de, tinggal tapak je, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul :-(( Moga Allah Taala melindungi mereka.

Beberapa hari lepas, suami saya dan rakan-rakannya telah bertolak ke Kelantan dengan misi mereka, Alhamdulillah, misi 2 hari suami di Kelantan, dapatlah tolong bersihkan lumpur rumah family saya. Sekarang ni, tinggal adik lelaki saya je kat rumah, tolong ba dan ma, huisy, penat tak payah nak cakap lah!

*Banyak betul jasa water jet, tak de water jet tu, 2/3 bulan tak abis bersihkan lumpur tu....
 
 Di sana sini kita lihat misi bantuan untuk warga Pantai Timur, khasnya di Kelantan, tak putus-putus. Alhamdulillah ... semoga dipermudahkan semuanya.
 
Pihak-pihak sama ada berkumpulan atau personal,  yang membantu mangsa banjir, terima kasih. Segala jasa kalian sangat dihargai. Hanya Allah Taala yang dapat membalasnya.
 
Tak nak celoteh panjang2, cukuplah seringkas yang mungkin sebagai pembuka tirai 2015
 
Selamat Tahun Baru 2015! :-))
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...