Friday, January 16, 2015

Handphone : 'Kes Parah' Cik Kembar

Dah jadi kes parah dah cik kembar ni, terutama si adik. Tak boleh nampak kami pegang hp, mula la nak main game. Duk perhati abang-abang main game, diaorang pun nak la jugak kan.  Kalau tak bagi kat si adik (Ghufran) tu, ha, nangis macam sakit2! Memang parah! Yang si abang (Ghazi), masih okey lagi. Sebelum ia menjadi lebih parah, baik kami bertindak! ^__^ Kami tak tunjuk hp depan dia, abang-abang (Iman dan Wafiy) pun kena main kat bilik, jangan bagi cik kembar nampak! Kalau diaorang ternampak, ha, pandai-pandai la kami alih perhatian cik kembar! Huii dahsyat betul penangan gajet kat budak2 kecik nih!
 
 
 
Pandangan dari atas/belakang/tepi, mak pak pun tak tau yang mana satu Ghazi/Ghufran ^___^
 
 
Yang bestnya, kalau diaorang main sesama, Ghufran yang pegang hp, Ghazi, cuit sikit2 je ;-)) Kalau mood okey, macam kembar siam, melekat je amboi, sweet/comel giteww ;-)) Cuba kalau tak okey, ha, berebut sampai bergomol/menggigit! Fuh, seriau kalau tengok cik kembar berebut tau!
 
Dua, tiga hari ni nampak macam dah okey sikit, tak de dah meraung-raung nak hp. Fuh, lega mak pak ;-))
 
 

4 comments:

idzwa kamaruddin said...

kes berebut la nie..hehe..

- dieyana - said...

hihi idzwa...berebut benda lain ok la kan..berebut hp..memang tk bleh jadi. tk mau ajak budk2 kecik mengadap hp. tk mau anak mengadap hp, so, mak-pak pun tk bleh tunjuk main hp dpn diaorang..;-))

IDAZS said...

kena beli sorang satu kak. ahahahah

- dieyana - said...

idazs, ho ho ho, kalau beli sorang satu, memang mama cari pasal lah! hahhah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...