Wednesday, January 21, 2015

Cerita Anak-anak Bersekolah

Alhamdulillah, sudah satu minggu anak-anak bersekolah, amacam, semua okey? Macam2 hal dan kerenah anak2 bersekolah, terutama yang baru masuk sekolah-tadika/darjah satu, kan! Apa-apa pun, semoga anak2 kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Taala.
 
Anak sulung kami, Iman, darjah tiga dah, taklah risau sgt, tapi pesanan utk dia, tak pernah tinggal.  "Iman, jangan lupa Wafiy (adik), pastikan Wafiy ada sama dalam van, tengok-tengokkan Wafiy kat sekolah" Cewah, kasi dia feeling abang-abang sikit! ;-)) Pok pek pok pek mama pepagi, itu biasa! ^__^

5.45 pagi diaorang dh bngun, mandi, pakai baju, solat subuh, sarapan. Nampak bersemangat, harap2 kekal lama semangatnya itu, terutama Wafiy yang baru masuk darjah satu.


 Serius je muka pepagi ya! Eh ada pulok yang nyelit (cik kembar-adik) ;-))
 
Dalam kelas, kata Wafiy, dia yang paling kecik ;-)) Tapi saya percaya, walaupun Wafiy badan kecik, tapi keras smngt, berjiwa kental gitew...cewah! ^__^! Kita ibu bapa mesti fikir  positif kalau fikir negatif, lagi la risau kan.


Silang kaki nampak! ;-))

Hari pertama sekolah, saya cuti, hantar mereka berdua. Jenguk kejap Wafiy kat perhimpunan. Lepas tu cikgu minta parents tidak bersidai tepi dewan perhimpunan. Budak-budak ni steady je, kita je lah yang 'nyibuk' nak tengok anak2, okey ke tak, kan! Bukan apa cikgu, kami nak la tengok muka comel anak2 kami tu. Ada-ada je mak-mak ni ^__^
 
 

Tak sedar mama snap dr belakang ;-))


Saya tak g pun tgk Wafiy kat kelas. Kata wafiy, dia duk depan. Saya dan suami mmng dah pesan, pilih tempat depan tau! ;-)) Time rehat, saya tunggu dia kat kantin. Sebenarnya, tk tunggu pun tk pe, cikgu dah bawak n ajar mereka mcm mana nak beli dan sebagainya.... Tapi nasib baik saya tunggu hari pertama tu ... nak jadikan cerita, Wafiy terlupa yang saya dah masukkan duit belanja kat poket seluar, boleh dia bersandar kat dinding, muka sedih sgt, katanya, mama tk bagi duit. Nasib mama cepat, kalau tak bersandar la dia sampai loceng bunyi ya? ;-))
 
Wafiy ni beza skit dgn abang dia, tak nak bawak bekal. 'Bangga' dapat beli-beli kat kantin. Bekal air masak je. Pagi2 diaorang sarapan kat rumah, cuba juga sempat2 kan diri ni goreng nasi/bihun nugget/ cekodok /tea o. Kalau memang tak sempat, bangun lewat, mkn roti je lah nak. Stok roti mesti ada kat rumah. Pagi tadi goreng bihun, yang abangnya, bawak bekal, Wafiy tetap juga tak nak!

6.25 pagi keluar rumah, tunggu van. Fuh, anak2 bandar, gelap2 dah keluar rumah. Balik - naik van juga. 2.30 petang ke sekolah agama, papa nya yang hantar, 5.30 petang, papa jemput.

Duit sekolah kebangsaan=RM 3, rehat, beli nasik ayam=RM 2 (menu yang tk pernah tukar dr hari pertama sekolah, hahah). Kadang-kadang terliur air sirap, kata Wafiy. Sirap=50 sen. "Mama, air masak, Wafiy minum dalam van." ^__^  Balik sekolah papa dah sedia nasi. Ke sekolah agama, duit belanja RM 2 je, beli nasik lagi, nasi lemak=RM 1. Balance, simpan tabung, nak beli handphone katanya. Ades!! Beza dgn abang, kurang makan. 4 anak, 4 gaya/ragam kan ;-))



Wafiy dan nasi berpisah tiada ;-)) "Nasik ayam pah ceroh!" ^__^



Bersedia untuk ke sekolah agama ... abang Iman tegak nak nyanyi lagu Negaraku  ke tuuu ;-))

 
 
 
 Eh seriusnya abang! "Pengawas mesti serius, baru nampak garang, mama!" Amboi, eksen! ;-))
 
 
Ceria!
 
 

Perhimpunan hari pertama sekolah agama


Hok kecik tu anak ambo..;-))


**Yuran transpot meningkat dr RM 40 ke RM 70! Kalau naik 10 hinggit ai tk berkira sangat, 30 hinggit tuuu...  Minyak turun, tapi yuran transport naik! Panas je hati, apa boleh buat reda je lah....
 
Tahun ni sekolah kebangsaan dan sekolah agama Iman dilantik sebagai pengawas. Eksaitednya dia dpt jadi pengawas. Seminggu bertugas sbg pengawas, tanya mama, "Iman okey ke jadi pengawas, seronok?"

"Letih, mama!" Kihkihkh, baru tau penat ya! ;-)) Mula2 mcm tu la, dh biasa esok2, okey lah tu...

**Moga anak-anak kita selamat dunia akhirat. Amin.

 

2 comments:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam dieyna,
waaaaaaaaa......
sonoknya abang jadik pengawas
nanti wafiy boleh contohi kan3

sumysya said...

awalnya bangun...anak sya 6 lebih baru bangun..kul 7 naik van..tu pun mama ni x terkejor masa nk wat sarapan...hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...