Wednesday, February 11, 2015

"Kita Jumpa Beberapa Tahun Lagi"-DSAI

PUTRAJAYA: "Kita jumpa beberapa tahun lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mahkamah memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
 
Suasana penuh emosi memenuhi bilik mahkamah apabila panel hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu dan dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari.
 
Sambil melambai ke arah penyokongnya di galeri umum dalam ruang mahkamah itu Anwar memeluk ahli keluarganya yang kesemuanya menangis berikutan keputusan itu.
 
Pemimpin pembangkang itu kemudiannya memandang ke arah cucunya dan berkata: "Ingat ya, kamu perlu pergi ke sekolah."

Dia juga cuba menenangkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah.
 
Bapa mertuanya, Wan Ismail Wan Mahmood juga kelihatan tidak dapat menahan air matanya.

**Petikan The Star (Bahasa Malaysia)-10/2/2015


Entri ini bukan fasal politik, bukan kerana beliau DSAI, tapi atas dasar simpati sesama manusia. Tak mahu komen apa, cukup sekadar petikan itu, cukup sekadar melihat berita semalam, hati saya sangat sebak, sungguh!

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya Allah Taala Maha Mengetahui semuanya. Allahuakbar!

 

4 comments:

Aida Salleh said...

Atas nilai kemanusiaan air mata ini menitis juga...sedih sebak simpati...semoga Allah melindungi semuanya.

arysha_fayyadh said...

Assalam dieyna,
semalam sebak
harini sedeh juga
kan3

- dieyana - said...

k.aida-insya-Allah

- dieyana - said...

ary+sha- ha'aa itu lah, sedih je 2/3 hari ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...