Cerita cuti sekolah hujung tahun lepas. Gambar dlm kamera gedabak, tak de masa malas nak transfer, faktor lambat update ^__^
Teringin bawa anak-anak ke LEGOLAND, katanya ;-)) Harga tiket boleh tahan mahal, fikir punya fikir, setelah didarab, bahagi, tolak, tambah, jomlah kita ke LEGOLAND! Nanti mama boleh singgah JPO, cuci mata huahuahahah!
Teringin bawa anak-anak ke LEGOLAND, katanya ;-)) Harga tiket boleh tahan mahal, fikir punya fikir, setelah didarab, bahagi, tolak, tambah, jomlah kita ke LEGOLAND! Nanti mama boleh singgah JPO, cuci mata huahuahahah!
21/12/2014
Jumlah harga tiket kami berempat (2 adult, 2 children) - RM 504 - One Day Combo:Theme Park and Water Park. Beli online, cepat dan mudah!
Bayaran tiket Cik Kembar hanya di Water Park iaitu RM 10 setiap orang, diberi 2 pampers setiap orang, so cik kembar dpt 4 keping pampers.
9.45 pagi smpi LEGOLAND. Pestaim, tercangak2 lah juga, biasalah, orang lain pun lebih kurang tercangak2 macam kita juga, hihih, nak juga samakan orang dgn kita! ;-)) Bila tengok barisan beratur di tempat beli tiket (mak oi, panjangnya!), saya pun ikut beratur, dengan harapan, boleh tanya budak yang beratur depan kita. "Dik, akak ni dh ada tiket, beli online, kena beratur sini juga ke?" "Rasanya tak pyh kak, kak g je depan tu, kaunter ekspress (tk silap saya)." Terus saya ke kaunter ekspress, pekerja kaunter cap tiket/kertas yg kita print tu. Alhamdulillah, tak perlu beratur panjang :-))
Kemudian, terus ke tempat masuk, di sini pekerjanya akan scan tiket. Kata pekerjanya, "sy suggest akak pegi water park dulu, sbb cuaca tak menentu skrg ni kak, ptg2 hujan. Kalau hujan, kita tutup water park." Ermm, kalau macam tu, jom kita, ke water park!
Layan je lah gmbr kami yang seadanya ;-))
Pintu masuk water park
Awal-awal masuk, cik kembar dengan mama main tepi-tepian je ;-))
Gambar kat water park tak banyak, tapi, serius, memang best, anak-anak pun suka, cuma saya je takut2/seriau bila tengok air ;-))
Mungkin anak-anak keletihan main air kat water park, bila masuk ke theme park, kurang terujaannya. ermmm....
Apa-apa pun, jom, masuk ke Theme Park pula!
Apa-apa pun, jom, masuk ke Theme Park pula!
Belum apa2 lagi, cik kembar dah melentuk, penat main air ^__^
Kata Wafiy, "nanti kita datang lagi, mama, kita duduk kat situ, cantik!" Hotel LEGOLAND noks! Hahah, semput mak, nak, "kita kumpul duit dulu ya!" ^__^
Banyak permainan Wafiy tk dpt main, badan tk cukup tinggi , banyak jadi model je lah ya Fiy! ^__^
Playtown
Banyak permainan Wafiy tk dpt main, badan tk cukup tinggi , banyak jadi model je lah ya Fiy! ^__^
Iman pula, bila pergi satu2 tempat, belum lagi main dah cakap bosan. Sebenarnya dia dah tak sabar2 nak ke tempat 'driving school' tu. Tmpt tu dekat pintu keluar. Sabar la wei Iman, main je lah mana-mana. Permainan extreme, saya tak mau, takut! ;-))
Tempat ni Iman memang teruja - 'Driving School'
Suami, lebih banyak melayan anak-anak. Kesihatan jantungnya tidak mengizinkan. Cik Kembar Alhamdulillah, okey, tak meragam. Belum pukul 4 petang, saya dah rasa penat! Apakah ia tandanya umur semakin meningkat? ^__^
Hujan dah mula menitik2, lebih kurang pukul 5 petang, kami keluar.
Sedap juga kari ayam ni ^__^
Hak last, saya dan Iman naik bot. Bolehlah, tak main kan, tak baloi bayar mahal-mahal. Itupun rasa macam tak bnyk sgt kami main. Nasib baik anak-anak main habis-habisan kat water park, kira okey lah! ;-))
Bergambar kenang-kenangan. ^__^
Okeylah, jom balik, balik, balik, penat doh weiii.... puas hati doh la, harapan untuk membawa anak-anak ke LEGOLAND akhirnya tercapai! Cewah, harapan gitewww ^__^ Bai LEGOLAND!
6 comments:
tgh kumpul duit jugak nak g sini lagi.. tunggu cik pea besar sikit
alhamdulillah.... samapi jugak... tp betulla... bila anak xcukup tinggi byk mainan xdpt main... n sehari pergi mmg keletihan
alaahaiiii tgk harga tiket telan air liur kejap..
yup idazs, ank bsr barulah syok masuk LEGOLAND kan..;-))
hihihi, iela, itu lah..dpt jugak ke LEGOLAND ;-))
ha'aa idzwa, mmng telan air liur...pejam mata je lah..tak pe..nanti kumpul duit lagi..hiihih
Post a Comment