Friday, May 29, 2015

Hadiah Hari Guru 2015 ;-))

Mama, esok sambutan hari guru kat sekolah. Ha, mama mula la pening2 lalat, apa hadiah nak bagi kat cikgu2 ni. Okey, berapa orang cikgunya? Nak bagi semua cikgu yang mengajar ke? Iman-9 orang, Wafiy, 11 orang. Ades! Itu baru sekolah kebangsaan, belum sekolah agama. Tak pe lah, sekali setahun ;-))

Dan, saya juga akan pening bila suami bawa balik satu kotak hadiah daripada anak2 muridnya. Macam-macam hadiah wei, cute2 gitu! ;-)) Pening, mana nk simpan, okeylah, untuk sementara mama susun elok2 kat rak buku, tinggi2, kalau tak, selamat la 'dikerjakan' cik kembar, huhuhu. Itu pun ada yang saya dah masukkan dalam kotak, dah tak de ruang dah nak letak.  Itu sebab suami saya sangat2 kesian bila anak2 muridnya gigih pergi beli hadiah utk cikgu. Kata suami kat anak2 muridnya, "Hari guru tahun ni, tak payah la beli hadiah utk saya." Tup tup, datang jugak hadiahnya, 'sekuntum bunga cina kuselit ke rambut cikgu', hahahha ... itu tipu! Kata suami, saya bukan 'cikgu kesayangan', kalau cikgu yang diaorang 'sayang' agaknya lagi berkotak2 cikgu-cikgi bawa balik hadiah ^__^

Berbalik cerita anak2 saya, "Wafiy rasa, nak bagi pisau la kat cikgu, bekas makanan pun okey, mama. Boleh cikgu bubuh makanan kat dalam tu" Ayok, pisau?! ;-)) Anak2 uols mcm mana pula?

Suami, Iman dan Wafiy ke Mr DIY, tgk  apa yang sesuai boleh bagi kat cikgu2nya. Mama tak campur, pandai2 lah mereka....

 
Gigih Wafiy tulis nama cikgu-cikgunya.


Hadiah hari guru zaman kita sekolah dulu2, tisu 20 sen, sabun mandi, kalau yang berduit, tisu kotak,  pen merah, pen biru, kan, kan! ;-)) Gigih g kedai runcit, cari sabun mandi yang paling wangi nak hadiah kat cikgu kesayangan ^__^

Dan kali ini, anak-anak saya buat macam kami dulu2, pen merah dan pen biru untuk cikgu2 mereka, okeylah tu. Kata suami, cikgu-cikgu suka dapat pen/marker pen ;-)) Sebenarnya cikgu2 ni tak harap apa2 pun hadiah daripada anak muridnya kan, tapi kalau nak juga bagi, bagi pen okey sangat, boleh cikgu buat tanda buku. Betul ke cikgu-cikgu? Hehehhe.... kalau salah tolong ajarkan ;-))



Ini pula hadiah Iman untuk cikgu-cikgunya. Yang petak tu, untuk cikgu kelasnya, special sikit, katanya ;-))
 
 
 
**Hari ni sekolah dah mula cuti, seronok la anak-anak kita kan! Yang tak seronok, mama g kerja macam biasa, anak-anak lepak2 kat rumah dengan papanya. Jeles mak tau!
 
 

Friday, May 22, 2015

Pertandingan Action Song

Dah lama tak cerita pasal anak-anak.
 
Beberapa minggu lepas, anak sulung saya, Iman masuk pertandingan Action Song, wakil sekolah katanya, bertanding di SK Taman Tun Dr Ismail. Dapat no 3, katanya... ;-)) Okeylah tu, ada juga nombornya. 
 
Jom kita tengok gambar Iman, dan kawan-kawannya.  Sebenarnya, tak de idea nak mengarang, kita 'main2' dgn gambar je lah, ^__^
 
 
Iman dari kanan, berbaju biru ;-))


 Bersama-sama teacher dan kawan-kawan


Semasa pertandingan:







Okey cukuplah 5 keping gambarnya, untuk kenang-kenangan :-))

Friday, May 15, 2015

Zumba Lovers dan Minggu Anak-anak Exam;-))

Hari  kelas cikgu yang sorang ni, ai mesti ikut! Enjoy dengan cikgu ni, eh jgn salah faham, cikgu perempuan laa...;-))


Kalau tak pergi kelas seminggu rasa tak best, tk keluar peluh katanya, ;-))
 
 
 

 
Zumba with ZIN Sue. Kami di kelas zumba F3 Studio, yang bestnya semua perempuan! Tak de la malu-malu nak berzumba kan! Jom, join F3 Studio-kat Gombak.

 

Minggu ni, mama kena stop zumba, sebab nak tumpu kat anak2 yang nak exam.

Moga dipermudahkan semuanya, dapat menjawab soalan exam dengan baik dan cemerlang. Papa dah melatih tubi anak-anaknya, nah...buat latihan, nah latihan, nah nah nah! ;-)) Mama mesti ada, menyokong dari tepi dan belakang ;-))

Tapi bukanlah 'mendera' anak-anak. Balik sekolah agama (petang), lepas solat maghrib, luang masa, 30 minit, buat latihan-buku kerja. Budak2 ni tk boleh lama2 cepat bosan, bila dh bosan, hasil pun tk de kan. Biar sekejap tapi konsisten. Keep it up! Good luck anak2 mama! Insya-Allah!

Selamat menduduki peperiksaan untuk semua anak-anak di luar sana! Buat yang terbaik ya! :-))



Friday, May 8, 2015

Assalamualaikum ... Jom Sarapan!

Assalamualaikum semua....
Eh eh, macam lagu Faizal Tahir pula ;-)) Dah kata, 'saya sayang blog saya', jadi, marilah kita mengupdate blog pepagi ;-)) Perasan sendiri, sekarang ni, update blog tk macam dulu2, tak konsisten mcm dulu2. Eh, dulu konsisten kerrrr??  ;-)) Tapi rasanya dibandingkan dulu dan sekarang, dulu lebih ok dan agak konsisten jugalah. Ermmmm, tk pe lah, selagi hayat dikandung badan, insya-Allah, blog ini akan diteruskan dan moga ia wujud sampai bila2, itu pun jika BlogSpot tak buat hal la kan! Hhiihihi, banyak cakap daaa.... ;-))
Okey, itulah je lah nak bagitau ^__^ 
Jom kita sarapan dulu....


Sekarang saya try minum yang ni pulak, minum pagi2 sebelum sarapan lain. Minum suam2, rasanya ala2 strawberi gitu ;-))

**Dan, pastikan minum air kosong yang banyak!



Ini adalah antara khasiat Puteri Vanilla.

Saya minum produk ni sebab masalah yang no 4. Alhamdulillah, setakat ni, masalah yang dihadapi ni dah berkurangan. Untuk sementara saya minum Puteri Vanila ni, saya stop dulu Ephyra, tak mau campur2 produk kan, sebab nak tengok keberkesanan Puteri Vanila, terutama masalah yang no 4 tu!

**(Cerita minum Ephyra belum lagi, dah cerita produk ni pula, nanti ada masa kita resensi Ephyra pula ya! ;-))



Thursday, May 7, 2015

Selamat Hari Lahir Awak! ;-))

Happy Birthday My Love! -6 Mei 2015-
 
Hihihihi, macam malu2 pula nak 'love-love' kat blog. Sekali sekala okey lah kan! ^__^
 
Selamat hari lahir ya awak. Gigih ai ke sogo balik kerja semalam tau, semata-mata nak beli kek je. Cukup lah 6 beranak makan kek yang bersaiz comel gitu ;-)) Bajet tengah bulan macam gitu lah, janji ada kek sebiji, dan ada surprise konon! Tapi surprise tak menjadi! 
 
Dari dapur saya dan anak2, nyanyi 'epi besday',  keluar je ke ruang tamu, eh, mana papa, ni?! Melilau kami ke bilik2 cari 'besday boy' sambil Iman dan Wafiy nyanyi epi besday. Sekali dia sergah  kami dari celah langsir! Hahha, adoi, 'besday boy' pula buat surpise. Cis! ;-))
 
 
Dah separuh, baru nak ambik gambar ;-))
 
 
Panjang umur, diberi kesihatan yang baik, murah rezeki, sentiasa di bawah rahmat-Nya, amin. Thanks for everything! ;-))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...