Thursday, December 31, 2015

Star Wars di TGV Wangsa Walk Mall

Sehari sebelum tarikh ulang tahun kelahiran saya (23/12/2015)-mohon cuti, cuti untuk bersama-sama anak-anak. Dah janji dengan Iman dan Wafiy, kalau dah sihat (bersunat) kita g tengok wayang. Dan pastinya Star Wars pilihan mereka.
 
Cik kembar tak ikut, hantar taska, takut dia bosan lama2 dalam pawagam. Lain kali mama bawak cik kembar ya, cerita lain yang lebih pendek masa tayangannya!
 
 
Sebenarnya cerita-cerita fantasi, angkasa lepas ni langsung sy tk minat! Dari dulu saya memang tak suka cerita Star Wars dan cerita2 genre begitu. Rupa-rupanya suami saya pun sama, tak suka juga! Tapi demi Iman dan Wafiy yang teruja nak tengok Star Wars, tiap2 hari iklan kat tv, apa salahnya bawa diaorang dan kita pun try lah menonton sekali.

 
 
Paksa diri untuk terus menonton sehingga habis!
 
 
Paling saya tak sangka, kami laki bini berjaya menghabiskan menonton Star Wars dgn jayanya!
 
Dan, paling tak sangka, dari awal cerita sehingga akhir, Star Wars sangat menyeronokkan. Sehingga mulut saya tak berhenti2 bertanya Iman, Iman, kenapa begitu, kenapa begini, Luke tu apa, yang tua tu sapa? bla bla bla ... Sampai Iman cakap, "mama, boleh diam tak, tengok aje lah, suara mama je dengar kat dalam ni". Hahha!  Ha kau, kan dah kena sebiji! ^__^
 
Okey, mama bagi 4 bintang untuk Star Wars!! Komen saya, ia sangat menyeronokkan, tidak membosankan, sehingga Wafiy nak keluar ajak teman kencing pun rasa sayang nak tinggal kerusi, tak mahu ketinggalan, nanti tak faham cerita. Walaupun ada part2 yang menyukarkan untuk saya faham (mungkin sebab sebelum ni tak pernah tengok Star Wars) Para pelakon juga mantap! ;-))
 
 
 
BB-8
 

3 comments:

Aida Salleh said...

Hi Dik! Amboi syonya tengok Starwars...Akak jugak tak tengok2 lagi. Huhuuu...
Dik, blog akak dah tukar url tau. Kalau nak jengok bleh pergi kat http://aida1476.blogspot.my/. url yang lebih mudah untuk diingat gitu. Heheheee...

- dieyana - said...

hihi, untuk anak2, mak terjebak sama, syok pulok..;-))
tq kak info..patut la semlm sy klik blog akak tk dpt, tup2 hr ni kak ckp dh tukar..hiihi

LYAfrina said...

lya krg minat citer mcm ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...