Friday, January 8, 2016

Perginya Hari Jumaat: Al-Fatihah

Hari yang baik, Jumaat yang mulia, jam 5.00 pagi tadi, saya dikhabarkan berita daripada kakak saya, perginya ibu saudara kami (sebelah Ba) yang 'istimewa' untuk selama-lamanya. (8 Januari 2016)
 
Dia insan terpilih, terkena 'sakit' selepas tamat belajar sekolah menengah, sehinggalah hari ini, umurnya 50 tahun  (bertahun-tahun lamanya sudah tidak menikmati keindahan di dunia ini, tetapi berada di dunianya sendiri!). Selepas ibunya (nenek kami) meninggal beberapa tahun lepas, tanggungjawab menjaga oleh kakaknya, (ibu saudara kami juga), sentiasa sabar, melayan kerenahnya yang 'special' itu.
 
Walaupun dia 'special', tapi dia tetap mengingati nama kami, anak-anak saudaranya yang lain, adik beradiknya, ipar-ipar dan mungkin kawan-kawannya yang selalu dia sebut nama.
 
Semoga arwah Aminah, atau panggilan anak-anak saudaranya, Mok Noh, sesekali arwah berbahasakan dirinya Cik Indah, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ya, dunia nya memang 'indah', tak perlu serabut otak nak fikir seperti orang lain yang sihat, hidup dalam dunianya sendiri. Al Fatihah.... 
 

3 comments:

Rizziela said...

Al Fatihah

Aida Salleh said...

Takziah Dik. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

LYAfrina said...

al-fatihah..smoga rohnya dicucuri rahmatNya..amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...