Friday, November 21, 2014

Family Day: Gold Coast Morib Resort

 
Hari Keluarga Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas, Setapak, KL
 
Tarikh: 30 Oktober-1 November 2014
 
Tempat: Gold Coast Morib Resort
 

 

Acara untuk kanak-kanak. Acara berpasangan (suami isteri), ada jugak saya join satu game. Kata cikgu (kawan suami),  "Tak pe lah kak, p lah main, biar saya jaga cik kembar" ;-))
 


Anak2 puas hati dan seronok, "mama nanti kita datang lagi ya!"

 Insya-Allah....

 



 

Bapak saper la tu ya,  tengah meluncur tu, macam kanak-kanak ribena ^__^
 

Pakej famili day, sekolah beli banyak2, tentulah dpt murah sikit kan. Kami satu keluarga hanya membayar harga bilik 160++, termasuk 2 tiket  water park dewasa dan 2 sarapan pg. Hanya tambah tiket untuk 2 anak lagi, cik kembar (dua tahun) pula, free.
 


Utk mengetahui harga sebenar boleh la google, hihi, jgn marah ya! Tak silap saya harga bilik yang saya duduk ni, hampir 300. Harga water park juga lain kalau beli secara individu, tak silap saya dalam 30++ (dewasa)


Balkoni
 
 
 

Bilik ,yang kami tidur ni (2 katil single) luas juga, siap ada jakuzi gitew..hihihi....
 
 

**Ini aje ada gambar yang ada, yang lain dah terdelete :-((
 

Tuesday, November 18, 2014

Sesekali Berdua ;-))


Hhihih, janganlah segan-segan ya, boleh je tatap wajah ambe tu ... sesekali mau interprem, aci deh!? ;-))

Suatu hari di kampung, Cuti Depavali lepas.....

Nak keluar ke pekan katanya, itu kata orang kuala lumpur, orey kelatey kata, "nok tubik pasar!"

Kat kampung tak risau, anak-anak tinggal kat Ma barang sejam dua. Laki bini, boleh jalan2 berpegangan tangan, masuk pasar, beli keropok, ikan, sayur...hahahah. Tak de maknanya, pegang2 tangan sambil beli ikan, okey! ^__^
 
Tak de lah, beli sebikit bekalan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Bila masuk pasar yang becak2 tu, anak2 Ma jaga sekejap. Cik su (adik bongsu saya), rajin melayan anak2 sedara....;-))
 
 


Ambil peluang bergambar berdua, laki fokus drive, bini ber-peace dlm kereta, sesekali, katanya ^__^





Singgah makan nasi daging/ayam bakar+ sup kaki dalam Pasar Pasir Mas ... sedap dan murah weih! ;-))



Cukup tak  dua keping gambar petang ni? ^__^
 
Motif entri ni? Entah! Tunggu entri yang lebih berfaedah! Ok bai! ^___^

Friday, November 14, 2014

Iman dan 'Basikal Tua'

Cuti depavali lepas,  suami cuti sekolah seminggu, so, ambil keputusan balik kampung. Cuti ai dh tinggal 3 hari. Harap2 tk de lah kecemasan hingga akhir tahun ni.
 

Macam biasa lah, balik kampung, balik rumh mentua dulu, dua hari dan selebihnya rumah saya, haruslah lebih, 3 hari. kalau balik 6 hari pun, rumah saya mesti lebih, hahha, aci? Walaupun jarak rumah kami dekat-dalam 20 minit je, bila 'ber-anak' ramai ni, tak kuasa nak ulang alik/gilir2 kan.  Bagi mengelakkan keletihan dan leceh, (lipat baju-masuk-keluar beg), baik aje kami buat mcm ni, habiskan hari dulu di rumah mentua, kemudian rumah saya...aci...;-)) Pandai2 la, kalu suami nk jumpa/lepak dgn kwn2 sekampung,  baliklah rumah dia, ai ok je, janji ai duk rumh ai ;-)) Ok fine!


Kali ni kisah Iman dan 'basikal tua'. Balik rumh mentua, basikal mak mentua jadi rebutan cucu2nya. Nasib kali ni menyebelahi Iman, sepupu2 yg lain tk de balik, apa lg, basikal nenek Iman yang punyaaa!
 
 

Orang kecik basikal besar. Ewah, Steady Iman! ^__^
Sebenarnya, tak de saper pun ajar dia naik basikal tinggi ni ... orang tua kata, "jenis baso budok kerah (keras)"

Keras tak pe, Man, jangan keras kepala sudah..;-))
 
 
 
 
Tak kira panas nk jugak 'gateh' basikal. Laman rumah mentua yang luas, itu yang best nak gateh basikal tu....
 
 
 
Bila time  nk brek tu yg risau, brek pakai kaki, silap corner, tergolek dok ;-))
 
"Orang biasa, basikal tua..." ;-))
 
 

Thursday, November 13, 2014

Makan Burger Byte

Layan budak demam-nak makan burger byte (Sentul). Burger Byte ni dekat je dengan rumah-dalam 5 minit je dr rumah, nak jalan kaki pun boleh, eh tk kuasa eh mak nak jalan kaki ;-))

 
 
 
Ini kali ketiga makan burger byte, tiga kali makan, tiga kali rasa lain2 (menu sama). Conpius mak tau! Pertama kali mkn-sedap, so mau ulang lagi. Kali kedua, dah lain macam, tapi kira okey lagi lah, kali ketiga makan, macam kureng pulok ... conpius okey! Tapi tak pe lah, demi anak demam, layan je lah.
 

Wafiy dan sirap berpisah tiada ;-))
 
 Dalam pada kureng tu, habis juga sepinggan sorang, tak baik membazir ^__^ Bahagian ank2 yang tk habis pun, ai yang 'tukang sapu', lebih kurang macam tong sampah la mak ni, ya! Itu sebab kalau pergi mkn luar, saya dah bajet, tk order sepinggan sorang, kita makan kongsi2 ya nak, ha mcm gitu tau! Insya-Allah tak akan berlaku pembaziran... Ini kira tips yang mungkin uols selalu buat kan, terutama yang anak ramai mcm ai ni, betul kan, kan, kan? Sebab saya dah tau, anak-anak saya memang takkan habis kalau order satu sorang.


Dagingnya hangit. Walaupun hangit habis sepinggan, okey! ^__^


Tolak kayu dengan batu je, semua saya telan ;-)) (tapi masih tak gemuk-gemuk...ini namanya metabolisme tinggi ;-))
Yang ni, okey, kami suka! Dagingnya lembut dan tebal!
 

Semalam, Wafiy, request lagi, nak makan Burger Byte, hahah ai buat tak tau je. Pagi2 buta bangun je dari tidur, dah mintak, "mama petang ni kita g makan Burger Byte lagi ya!" Petang balik sekolah tu, diam je, tk minta pun,  mungkin perut kenyang, memang tak ingat dah ;-))

 
**Ini gambar2 yang makan kali pertama/dua, yang terbaru, entah terdelete. Mana2 yang ada je lah :-((

Friday, November 7, 2014

Maggie Kari Ketam Nipah

Hasil masterchef Hanapi ;-))
 
Ketam inikah yang telah 'menggatalkan' Adam Wafiy? Tapi tak de lah makan banyak sangat, mungkin air ketam tu pun boleh 'menggatalkannya',  ermmmm....
 


Sekali setahun je mama makan ketam, nak, yang nipah ini pun kali kedua seumur hidup mama. Kalau  makan lebih dua kali setahun, maknanya, ada orang belanja lah tu. Kihkihkih. Biasa makan ketam yang biasa-biasa tu je (tak tau nama ketam).
 
Panduan untuk masak ketam nipah ni, yang mungkin uols dah tau: Sebelum masak tu, ketuk2 dulu ketam (kat tempat keras tu), supaya senang nanti nak makan, tk perlu la guna tukul, spanar dsbnya ;-)) Baru dua kali makan ketam nipah, dah memandai bg panduan masak ketam nipah, ya! ^__^


**Sesekali, teringin sangat nk makan maggi kan? Boleh ikut panduan sihat memasak maggi: Rebus air sehingga menggelegak, nak cepat, ambik je air panas. Bila air menggelegak/masak, masukkan maggi, kacau-kacau maggi tersebut, jangan terlalu lama, nanti kembang sangat. Kemudian, tutup api, buang/tapis air tersebut. Sediakan air lain/yang telah siap dimasak, apabila menggelegak, masukkan bahan2 yang ingin masukkan, telur, sayur dan perencah (jika mahu). Akhirnya, masukkan maggi tadi. Tutup api. Cuba lihat rebusan air magi pertama yang anda buang tadi, sangat keruhkan? Bila masak maggi kali kedua, air rebusannya nampak lebih jernihkan? Sharing is caring TQ ;-))
 

Adam Wafiy: Demam dan Alergik Ketamkah?

Selasa kelmarin-demam-panas-g klinik, suhu 39.4! Fuh, terus doktor cucuk ubat kat buntut. Sebelum tu dia tanyalah, ada alahan apa2 ubat tak. Insya-Allah, setakat ni tk de doktor. Okey, fine!
Hari kedua demam lagi ... naik bintik2, tapak tangan kaki, gatal-gatal. Sangat kesian tgk dia menggaru ... "mama, Wafiy tak tahan sgt dah ni, gatal sangattttttttttt!" Tapak tangan/jari, kaki mula membengkak.

 
Sejuk aircond opis. Cuti ai tinggal 3 hari, terpaksa bawa Wafiy opis tapi balik awal sebab tengok dia dah lain macam....:-(( 
 
 
Pergi klinik lagi, saya risau penyakit tangan kaki mulut, nauzubillah, minta dijauhkan! Tengok dlm mulut, clear, tk de ulser atau sebarang tanda penyakit tu. Dr check suhu, adoi,40! Terkejut mak, sbb bdn dia tk de pns sgt, panas dlm dr cakap. Semalam  dah bg ubat demam, so Dr just bagi antibiotik.
Tak puas hati, kesian tgk dia menggaru ... suami g beli ubat sapu dan makan (than gatal)-farmasi.
Kali ketiga klinik lain pulok. Kali ni Dr bnyk kaunselor. Sampai anak2 yang lain pun dia nak siasat ^__^ Tapi, saya suka Dr mcm ni, banyak beri nasihat. Katanya, adam wafiy mungkin alahan kepada seafood (bila saya cerita 2/3 hari sebelum demam/gatal-dia mkn ketam-bibir bengkak mcm belon!)

Kali pertama dulu dia mkn ketam, bengkak mulut juga, tp tak gatal macam ni. Percaya tak, seumur hidup Wafiy baru kali kedua makan ketam. Silalah percaya ;-)) Ketam mahal nak, mama pun makan ketam sekali setahun, ahhaah!

Mulut bengkak dh surut, kemudian-gatal2 pulok...

 
Budak comel mulut bengkak ;-)) "Mama jangan gelakkan Wafiy!" "Mama gelak sebab mulut Wafiy comel sangat." Merajuk! ;-))



So, kesimpulan saya, Wafiy  alergik ketam. Atau mungkin bintik gatal2 tu campak? Tapi gatal dia tu lain macam, lebih ke arah alergik, sebab kat muka, keliling hidung-sedikit  kehitaman.  
Hari ni gatal2 semakin berkurangan, nak pergi sekolah, katanya. "Latihan 'choral speaking', nanti wafiy tak dapat buat persembahan minggu depan". Alhamdulillah, demam dah surut, gatal pun dh makin berkurangan, dah minta teacher tengok2kannya.


**Anak-anak uols pernah ke macam ni, bengkak-gatal2, alergik ke eh?
 

Thursday, November 6, 2014

Lagi Sambutan Hari Jadi Cik Kembar

Lagi sambutan hari jadi, kecil kecilan di rumah pula. Jemputan hanya adik beradik saya dan suami, jiran2 terdekat dan kawan2 terdekat
 
Simple Birthday kek Minion Rush-Secret Recipe
 
 
 
Apa2 pun tq kepada suami sudi jadi masterchef ... juga kakak saya....
 
 
 
Antara juadah yang sempat disnap
 
 
Menu utama laksa kelantan kuah putih...laksa beli di pasar pagi pantai dalam, kuah putih, kami laki bini buat sendiri. Kali pertama buat kuah, dgn bantuan mr google, alhamdulillah, jadi, terbaekk! ^__^
 
Colek perut resepi google, suami yg buat.
 
Sedikit kuih muih tempah je (Talam cendol dan sagu)
 
 
 
Pulut mangga drpd masterchef hanapi. Terbaekk! Hihihi..sesekali puji suami....ke nak tukar judul entri ni..."Terbaeekkk drpd suami?" Hahahha....
 
 
 
Cis tart (strawberi n blueberi) juga terbaeek tempah dr kwn opis.  K.aida, tq!
 
 
 
 
Rojak buah (kuah rojak beli kat sogo)..kihkhihk. Rasanya okey, yang tk suka pedas, bolehlah makan.
 
 
Roti jala n kuih jagung drpd kakak sy..tq Along! Semua terbaek lah! ;-))
 
 
 
 
Gmbr cik kmbr juga tk bnyk. Ermmm....Snap mana yang yang sempat je ... yg penting besday boys ada. Layan je lah beberapa keping, gmbr kabur pun ada. ^__^
 


Wafiy dan cik kembar
 


Buah hati pengarang jantung kami, Adam Wafiy, Umar Ghufran, Umar Ghazi  dan Iman Haziq
 
 

Smile!!
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...