Rantau Panjang Kelantan, tempat popular untuk membeli-belah. Ada yang sanggup datang dari selatan tanah air untuk mendapatkan pinggan mangkuk buatan Thailand. Kini, ia memiliki satu lagi tarikan dengan pembukaan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail akhir tahun lalu. Dibina dengan kos RM 8.8 juta, masjid ini dikatakan yang pertama menerapkan seni bina China di Kelantan.
Dalam kalangan penduduk tempatan, ia lebih dikenali sebagai masjid China atau Beijing kerana seni bina berlandaskan Masjid Niujie di Beijing yang sudah berusia lebih 1000 tahun. Kompleks masjid dua tingkat itu dapat memuatkan sehingga 1000 jemaah pada satu-satu masa.
(*Sumber: Harian Metro, Februari 2010)
5 comments:
k.diana,nani mcm tau je masjid ni...heheheh
hahahah..nani....bagus2, tak syak lagi!
dia dekat dgn petronas & pasaraya pantai timur klu nani tak silap.kat luar kastam tu kan..
yup nani, tgk org duk ngambik gamba, gatal kaki gak ke situ..:-))
Post a Comment