Thursday, May 27, 2010

Terima Kasih!

Dua minggu lepas, aku ganti puasa, seminggu berpuasa, aku didatangi cik P, dan2 tu jugak, pengeluaranku merudum. Nasib baik, ada beberapa botol stok, aku top-up kat situ, sedikit lega dan syukur. Suatu hari, pengasuh cakap, Wafiy kurang makan, asyik nak susu, bila dah petang, susu tak cukup. Pengasuh cakap, dia tiada pilihan lain, melainkan bagi susu formula yg diminum oleh cucunya. Tetapi Wafiy telah menolak mentah2 susu itu. Dan, kemuncaknya, 10.30 pagi: SMS: "Susu Wafiy dah habis". Aduh! Terduduk aku (memang dah duduk pun) Macam2 perasaan datang waktu tu, meleleh gak le air mata aku. Aku sms mamazarin-bla bla bla kami berbalas mesej. Sangat hairan bin ajaib, pukul 10 dah habis susu. aku bekalkan 3 botol=4 oz per botol. Sangat2 tidak sangka pukul 10 dh habis. Nak balik rumah? Bagi stok? Stok apa benda, dah licin! Nak cuti? Masa tu aku kursus wajib kewangan. Tiada pilihan lain, aku sms pengasuh beli soya dalam kotak. Pengasuh cakap lagi. Wafiy sekarang, minum 4 botol=4 oz per botol. Adui, mana aku nak perah 1 botol=4 oz lagi tu. Kena kerja keras le gini.

Dan2 tu juga, aku ke medicare, ambil moridone. 2/3 ahri aku mkn, belum tunjukkan hasil, aku bersabar. sementara tu, aku tetap mengepam-dan balik rumah, aku mengepam lagi, sehingga cukup 4 botol=4 oz per botol untuk bekalan Wafiy setiap hari. Di rumah, setiap sejam, aku mengepam. Dapat 1/2 oz atau 1 oz, aku tetap simpan dalam botol dan aku ejas cukupkan 1 botol=3.5/4 oz... Mr Napi tgk aku, aku tgk Mr Napi, dia kesiankan aku, dia suruh aku beli susu formula. Menangis aku. Aku cakap, tak pe2 sy tgh berusaha ni. Aku cakap, fatin, ida, makan tu hasilnya lumayan. Aku makan nasi dagang, aku mkn soya berkotak2 sehari, aku minum air mata kucing, air suam, memang aku tak pernah tinggal, berliter2 minum. Sebab aku dah niat dalam hati, nak cukupkan 2 tahun, nak bagi susu untuk wafiy, lps 2 tahun, ada rezeki, ada la. Insya-Allah. Aku juga cakap kat Mr. Napi, dalam waktu terdekat ni, kalau saya tak berjaya bekalkan wafiy susu mengikut keperluannya, kita akan beli susu formula (sambil nangis2 aku).
Dan, setelah 5 hari aku makan moridone, di samping aku amal balik makan/minum makanan dan minuman yang boleh tambah susu, alhamdulillah, pengeluaran aku sedikit demi sedikit menunjukkan kemajuan. Terima kasih Allah. Aku tetap mengepam 3x sehari waktu pejabat, dan di rumah, aku sambung lagi mengepam. Untuk suami, terima kasih, tak lupa kwn2 yang memberi perangsang untuk aku....Aku sentiasa berharap, dan berdoa, agar rezeki untuk Wafiy, masih ada. Insya-Allah....
Itulah secara ringkasnya cerita aku, Wafiy dan susu. Ringkas ke? Hehehe. Itu kira secara kasar la, kalau bercerita detail sgt, pening pulak nak membacanya.

Wednesday, May 26, 2010

@ Classico

Cuti Sabtu dan Ahad, kami lebih banyak menghabiskan masa di Wangsa Maju. Beberapa seksyen area WM menjadi pilihan kami-menguruskan kelengkapan untuk teratak kecil kami. Dalam tempoh 'pencarian' ini, sangat2 jarang kami ke taman seperti kebiasaan yg kami kunjungi demi anak2 tersayang. Kesian dua beradik itu. Lantas, kedai2 yang dikunjungi telah dijadikan medan untuk mereka 'membuaskan diri'. Fuhhhh! Sehinggakan Iman cakap kat aku, "Mama, lama Iman tak naik kereta merah, lama Iman tak mandi kolam klcc, lama Iman tak beli ultraman", dan macam2 lagi ayat yg sewaktu dgnnya. (Sabar sayang, 'pencarian' ini hampir selesai, tempat2 tu kita pergi nanti. Insya-Allah.)

Puan Wendy yang sangat peramah.Thanks ya!


Pencarian aku di Kamdar, Nagoya dan Jakel telah berakhir. Akhirnya, Clasicco Home Design, Wangsa Maju menjadi pilihan kami. Bagi sesetengah orang, nak cari langsuir langsir amat mudah, tapi bagi aku, sangat2 la susah! Cerewetkah aku? Fuh, berpeluh ketiak akak tau! Aku sangat berpuas hati dengan pilihan ini, dan, terima kasih Puan Wendy, selaku tuan punya kedai dan perunding untuk kami.


Aleeya, warna kelabu tahi anjing ni sesuai utk awk ... masuk dan cantik tau! Buat macam rumah sendiri ... fuh....





Harap2 pilihan ini bertepatan, dan kita lihat hasilnya nanti. Insya-Allah.... Dan untuk Iman dan Wafiy, nanti kita naik kereta merah, hijau, kuning, kelabu dan sewaktu dgnnya. (Hehhehe). Insya-Allah.

Friday, May 21, 2010

Jumaat yg Santai....

Hari Jumaat yang melegakan. SEBAB2NYA-
-kursus pengurusan kewangan yg agak memenatkan, telah berakhir,
-ujian untuk kursus tu jugak telah berakhir,
-masa rehat yang panjang, tak ke mana-mana, bersantai-santai di ofis, walaupun dugaan kwn2 mengajak keluar ke jalan tar/jusco,
-so, dgn jayanya, aku telah menolak pelawaan2 tersebut. Hahhaha.
-rasa cam kebal lak hari ni, sbb aku tidak terpengaruh dgn ajak2n tersebut. chewah, bangga tu, konon2 kebal la tu! Kekebalan ini hanya sementara.hahahha

Suka gmbr ni, rs macam alice papa in wonderland. Tapi kalau nampak aku, lagi la lawa.perasan.

Sempena kelegaan ini, nak nyanyi la skit, sila jgn muntah ye, suara katak ini tk kedengaran, hanya lirik saje terpampang di skrin anda..ehhehe
"selamat hari raya, kepada saudara serta saudari, setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini."
Upssss, salah hari bulan daaa...
Pasal apa aku gedik sgt hr ni nih? Hahhaha, lagu raya lak aku nyanyi. apa2 pun, sebenarnya, hari ni, aku rs sangat lega, bahagia, dan sewaktu dgnnya . Alhamdulillah...



Bai bai, selamat bercuti ... ke mana destinasi anda minggu ini?

*(Gambar-gambar tidak ada kaitan dgn tajuk entri, gatal2 tangan nk masuk gambar ni.)

Tuesday, May 18, 2010

Wudhu' Song

Salam.


Baru hari ni sempat up date entri ni. Bertempat di Auditorium Sultan Abdul Aziz Syah, Shah Alam, 16 Mei, 3.00-5.00 petang, telah berlangsung dengan jayanya persembahan murid-murid 4-5 tahun Genius Aulad drpd semua cawangan. Tidak ketinggalan, Muhammad Iman Haziq dan kawan2nya drpd GA Wangsa Maju, turut membuat persembahan mereka iaitu 'Wudhu Song'.

Suasana di dalam auditorium



Selepas persembahan


Duduk belakang, kamera tk canggih, beginilah hasilnya


Kostum GAWM-pakaian tidur, sangat berwarna-warni. Apabila diumumkan kemunculan mereka, apa lagi, mama yang duduk sangat jauh drpd pentas, bersungguh2 tepuk tangan bangga, sambil mengecilkan mata, "mana le anak aku nih"...ha, tu dia, tu dia....hehehhe...melompat2 Iman masuk pentas.... aku pula yg seronok. Ha, apa lagi, ambil gambar la, dgn kamera yg cenonet tuh. hahahah. Tiba2 tersegan pula, kiri kanan depan belakang, kamera canggih2 wei...ahhaha..lantak le, janji, aku dah dtg tgk persembahan ank aku secara live, gambar kecik pun, kecik lah....heheheh

Wudhu' Song



Apa-apa pun, semua persembahan drpd semua cawangan, sangat menarik, menyeronokkan, anak2 yang comel ... sememangnya, persembahan mereka sangat best!! Tahniah untuk semua cikgu2 GA dan krew yang terlibat. Juga untuk anak2 yang comel...semoga menjadi anak2 yang soleh dan solehah! IMAN DAN KAWAN-KAWAN GAWM MEMANG BEST! (puji anak kena besar skit..ahhah)


*(Sedikit terkilan, papa n wafiy tk dpt tgk persembahan Iman, papa-balik kampung-kecemasan-takziah untuk keluarga Mok Tuo. Semoga arwah ditempatkan di tempat orang2 yg beriman. Dan Wafiy, terpaksa aku tinggal dengan pengasuh-aku n Iman tumpang orang untuk ke sana)

Wednesday, May 12, 2010

Akan Menjadi Milikku!

Dari sehari ke sehari aku duk nak benda ni, sampailah satu masa, aku buat tk tahu, ia hilang begitu saja drdp fikiranku. Bila mood nak buat, ms tu jugak hati aku menggeletek2 nak. Isy, apa jenis perangai aku ni. Dan, sekarang, pada saat ini, perangai geletek2 aku ni dtg balik. Fuh....memang nak kena nih!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ha ni lah dia benda yg tk seberapa yg duk geletek2 aku semenjak lama dulu. Sampai lani tk dapat2. Huisy... siap la kau, pasti kau akan menjadi milikku!!! Tapi bukan la macam dlm gambar2 nih, yang ni canggih sangat wei, duit pun canggih gak, nak yang biasa2 aje. Tapi, yang biasa2 pun, belum dapat2..hehehhe. Apa yang nyata, angin nak benda ni, kembali datang, membuak2 rasa. Ia datang sekali sekala, itu yang kejap jadi, kejap tk jadi nak beli. Bila perasaan nak tu datang, time tu bajet dah lari. Fuh macam2 perangai. Hahahha...macam sewel pula aku ni. Takkan le aku nak mintak dgn Mr. Hanapi, alasan-hadiah aniversari? Orang lain, dapat hadiah mahal2 aniversari, aku hanya mintak yang ni aje...takkan tk dpt kot. Kuikukui. Kedekutnya aku, tk nak kuarkan belanja sendiri...


Isy, yang ni betul ke mixer? Aku pun confuse,hahah, main ambik aje. (lawa sungguh-nampak moden!)


Yang ni pun okey sangat. Tak le penat aku guna tangan mengacau adunan. Fuh, yang menjadi mangsanya, Mr. Hanapi la, tolong sambung. Hehheeh. Nasib baik dia tolong....:-)

* Gambar drpd google.

Monday, May 10, 2010

Terima Kasih, Ma!

Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka, engkau hiburkan selalu....
ibu, ibu engkaulah ratu hatiku....

Ma, Selamat Hari Ibu. Terima kasih.....Kau tetap di hatiku selama-lamanya.


Ma n Ba

Hari ibu, bukan untuk satu hari sahaja, tetapi untuk setiap hari ... walau apapun, 9 Mei sebagai menyambut dan menghargai jasa dan pengorbanan kaum ibu.

Mak Mertua-sangat sporting! Suka masak itu ini demi menantu TERSAYANG (kasi besar sikit. Ahaks!) Hehehe..apa2 pun, terima kasih ya, ma.

Engkaulah Ratu Hatiku....Huhuhu, tak sabar nak balik kampung....

Dulu, mana ada aku pernah ucap selamat hari ibu/bapa kat ma dan ba. Aku tak pernah reti benda2 gini. Seingat aku, di sekolah tk de pun ajar benda2 gini, tk de pun buat kad atau sebagainya, tak macam zaman sekarang, budak umur 4 tahun pun dah pandai buat kad hari ibu, ucap selamat kat ibu masing2. Bila dah meningkat usia, berjauhan dengan keluarga, barulah aku kenal erti rindu kat family. Tambah2 lagi bila dah berkeluarga dan bergelar seorang isteri dan ibu, perasaan keibuan, sayang menyayangi, rindu-rinduan, mula menjalar dalam diri aku. Daripada perangai aku yg boleh dikatakan keras juga (degil wooo), menjadi seorang yg tersangatlah emosional, sensitif wei..ehhehe..
Tak lupa untuk semua yang bergelar ibu..SELAMAT HARI IBU!! Juga, untuk diri sendiri, Diana, Selamat Hari Ibu! :-)

Thursday, May 6, 2010

Hari Kelahiran

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN.
SEMOGA PANJANG UMUR, DIBERI KESIHATAN YANG BAIK, MURAH REZEKI....
12.00 tgh malam 6 mei 2010;
Aku: Hepi besday ye awak, (zzz sambung tidur...hahahah)
Mr. Napi: Huk aloh la, ingat ado kek beday ...
Aku: Kek gapo nyo tgh2 male buto ni (heheh)
7.05 pagi 06 Mei 2010;
Aku: Iman, hari ni beday papa tau, ckp kat papa.
Iman: Hepi beday Papa, Muah2 ...
Papa: Tq Iman!
(Dr lepas wish kat papa sampai le ke LRT sentul Timur, Iman duk nyanyi kat papa, "Allah Selamatkan Papa")

Jgn kerut2, nanti cepat tua ;-)

Yang tulus ikhlas

Ingin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima

Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta

Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang

Selamat ulang tahun sayang

(Selamat Ulang Tahun Sayang:Imran Ajmain)

Monday, May 3, 2010

TIDUR ...zzzzz

Salam.


Masih belum terlambatkah ... nak ucap Selamat Hari Pekerja kepada semua. Lama benar rasanya tak bercerita, atau membebel2 kat sini. Nak cerita fasal tidur. Aik, cerita tidur pun nak tulis dalam blog ke? Tak kira, nak cerita (bebel) gak..heheh. TIDUR? Yup, fasal tidur. Bagi aku, tidur adalah sesuatu yang sangat melegakan, tidur juga satu ubat yang paling mujarab untuk penyakit mengantuk! (melalui bacaan di surat khabar baru2 ini). Ya, tidur juga dapat menghilangkan perasaan bosan, mengurangkan tekanan yang dihadapi, itu diri aku la. Memang, kalau aku ada masalah je, apa lagi, aku akan tidur. Bangun saja dari tidur, aku akan berasa sedikit kelegaan. Walaupun masalah yg aku hadapi belum diselesaikan, aku tetap berasa lega, lepas tu baru akan fikir bagaimana nk selesaikan masalah itu. Nampak mudah kan? Tapi bagaimana dengan orang yang ada penyakit susah nak tidur, kira bulu kambing pun belum tentu dapat tidur. Kesian kan? Aku amat bersyukur kerana tidak menghadapi masalah sukar tidur. Sekali sekala tak dapat tidur mungkin disebabkan pengambilan kafein yang terlau banyak pada siang hari. Tetapi aku akui, sejak aku beranak dua ini, terasa tidur aku tidak cukup, tetapi aku berpuas hati dengan kualiti tidur ku (Bila dah tidur, lena sungguh!). Mungkin disebabkan tengah hari (1.00-2.00 tgh hari) aku tidak berkesempatan untuk tidur (mengepam di opis), dan mungkin kepenatan menguruskan hal rumah tangga (w.pun rumah tak ada tangga..ahahaha). Bebel2 pulak aku ni.

Aku ni dikira termasuk dalam golongan ibu2 yang prihatin (prihatin la sangat...) sangatlah menjaga time tidur anak-anak. Tambahan lagi, aku mempunyai anak yang sudah sekolah. Ya Iman, aku sangatlah menjaga waktu tidurnya. Pukul 8.45 malam, aku dah kalut2 ke bilik tidur, menyiapkan apa2 yang patut, selimut (w.pun hari panas, selimut tetap pendamping setia), bantal busuk bantal wangi. Pukul 9.00 malam aku akan pastikan lampu bilik ditutup, dan mula la memanggil dua beradik tu masuk bilik. Paling lewat pun, 9.30 malam, aku n anak2 MESTI masuk bilik! TV? Oh, minatku untuk menonton sangatlah tidak ada. Kecuali malam cuti Sabtu Ahad barulah aku memberi peluang untuk diri dan anak2 membuat aktiviti bebas. Dan, yang paling aku bersyukur, kerana aku dianugerahi anak2 yang sangat senang untuk tidur. Yang penting, aku tidak membiarkan anak2 melekat di hadapan TV. Hasilnya, 6.00/ 6.30 pagi anak2 sudah bangun, dengan keadaan yang tidak merengek2, tersengih2 cam kerang busuk. Ehhehe. Sesekali mereka juga merengek2, itu tandanya tak cukup tidur la tu, fuh, kelam kabut kami, minta didukung ke bilik air n segala bagai kerenah.


Hemmm..cukuplah setakat tu aku bebel2 ... time ngepam dah lari ni... Uhukkk...

(Pstt, betul ke kebanyakan wanita hamil mengalami penyakit mengantuk yang sangat ketara? Aku memang mengalami gejala itu pada awal2 kehamilan. Fuh, mengantuknya itu memang lain macam, dapat tidur barang seketika, sudah memadai.)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...