Monday, May 10, 2010

Terima Kasih, Ma!

Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka, engkau hiburkan selalu....
ibu, ibu engkaulah ratu hatiku....

Ma, Selamat Hari Ibu. Terima kasih.....Kau tetap di hatiku selama-lamanya.


Ma n Ba

Hari ibu, bukan untuk satu hari sahaja, tetapi untuk setiap hari ... walau apapun, 9 Mei sebagai menyambut dan menghargai jasa dan pengorbanan kaum ibu.

Mak Mertua-sangat sporting! Suka masak itu ini demi menantu TERSAYANG (kasi besar sikit. Ahaks!) Hehehe..apa2 pun, terima kasih ya, ma.

Engkaulah Ratu Hatiku....Huhuhu, tak sabar nak balik kampung....

Dulu, mana ada aku pernah ucap selamat hari ibu/bapa kat ma dan ba. Aku tak pernah reti benda2 gini. Seingat aku, di sekolah tk de pun ajar benda2 gini, tk de pun buat kad atau sebagainya, tak macam zaman sekarang, budak umur 4 tahun pun dah pandai buat kad hari ibu, ucap selamat kat ibu masing2. Bila dah meningkat usia, berjauhan dengan keluarga, barulah aku kenal erti rindu kat family. Tambah2 lagi bila dah berkeluarga dan bergelar seorang isteri dan ibu, perasaan keibuan, sayang menyayangi, rindu-rinduan, mula menjalar dalam diri aku. Daripada perangai aku yg boleh dikatakan keras juga (degil wooo), menjadi seorang yg tersangatlah emosional, sensitif wei..ehhehe..
Tak lupa untuk semua yang bergelar ibu..SELAMAT HARI IBU!! Juga, untuk diri sendiri, Diana, Selamat Hari Ibu! :-)

2 comments:

Unknown said...

"Selamat Hari Ibu" untukmu kawanku...Diana...

- dieyana - said...

suraya-selamat hr ibu juga utk awk....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...