Thursday, May 27, 2010

Terima Kasih!

Dua minggu lepas, aku ganti puasa, seminggu berpuasa, aku didatangi cik P, dan2 tu jugak, pengeluaranku merudum. Nasib baik, ada beberapa botol stok, aku top-up kat situ, sedikit lega dan syukur. Suatu hari, pengasuh cakap, Wafiy kurang makan, asyik nak susu, bila dah petang, susu tak cukup. Pengasuh cakap, dia tiada pilihan lain, melainkan bagi susu formula yg diminum oleh cucunya. Tetapi Wafiy telah menolak mentah2 susu itu. Dan, kemuncaknya, 10.30 pagi: SMS: "Susu Wafiy dah habis". Aduh! Terduduk aku (memang dah duduk pun) Macam2 perasaan datang waktu tu, meleleh gak le air mata aku. Aku sms mamazarin-bla bla bla kami berbalas mesej. Sangat hairan bin ajaib, pukul 10 dah habis susu. aku bekalkan 3 botol=4 oz per botol. Sangat2 tidak sangka pukul 10 dh habis. Nak balik rumah? Bagi stok? Stok apa benda, dah licin! Nak cuti? Masa tu aku kursus wajib kewangan. Tiada pilihan lain, aku sms pengasuh beli soya dalam kotak. Pengasuh cakap lagi. Wafiy sekarang, minum 4 botol=4 oz per botol. Adui, mana aku nak perah 1 botol=4 oz lagi tu. Kena kerja keras le gini.

Dan2 tu juga, aku ke medicare, ambil moridone. 2/3 ahri aku mkn, belum tunjukkan hasil, aku bersabar. sementara tu, aku tetap mengepam-dan balik rumah, aku mengepam lagi, sehingga cukup 4 botol=4 oz per botol untuk bekalan Wafiy setiap hari. Di rumah, setiap sejam, aku mengepam. Dapat 1/2 oz atau 1 oz, aku tetap simpan dalam botol dan aku ejas cukupkan 1 botol=3.5/4 oz... Mr Napi tgk aku, aku tgk Mr Napi, dia kesiankan aku, dia suruh aku beli susu formula. Menangis aku. Aku cakap, tak pe2 sy tgh berusaha ni. Aku cakap, fatin, ida, makan tu hasilnya lumayan. Aku makan nasi dagang, aku mkn soya berkotak2 sehari, aku minum air mata kucing, air suam, memang aku tak pernah tinggal, berliter2 minum. Sebab aku dah niat dalam hati, nak cukupkan 2 tahun, nak bagi susu untuk wafiy, lps 2 tahun, ada rezeki, ada la. Insya-Allah. Aku juga cakap kat Mr. Napi, dalam waktu terdekat ni, kalau saya tak berjaya bekalkan wafiy susu mengikut keperluannya, kita akan beli susu formula (sambil nangis2 aku).
Dan, setelah 5 hari aku makan moridone, di samping aku amal balik makan/minum makanan dan minuman yang boleh tambah susu, alhamdulillah, pengeluaran aku sedikit demi sedikit menunjukkan kemajuan. Terima kasih Allah. Aku tetap mengepam 3x sehari waktu pejabat, dan di rumah, aku sambung lagi mengepam. Untuk suami, terima kasih, tak lupa kwn2 yang memberi perangsang untuk aku....Aku sentiasa berharap, dan berdoa, agar rezeki untuk Wafiy, masih ada. Insya-Allah....
Itulah secara ringkasnya cerita aku, Wafiy dan susu. Ringkas ke? Hehehe. Itu kira secara kasar la, kalau bercerita detail sgt, pening pulak nak membacanya.

5 comments:

IDAZS said...

paham sangat perasaan bila susu merudum..jangan putus asa..beberapa bulan je lagi..sama-sama kita bagi sokongan dan berusaha ye kak! :)

- dieyana - said...

idazs-yup, insya-Allah.Lega n seronok bila ada kwn2 sealiran dan yg menyokong.

- Suraya - said...

tahniah kawanku....fatin dulu pun nangis juga bila tengok susu dayana tinggal stok yang sedikit...walau bagaimanapun kita tetap berusaha dan banyak2 berdoa...semoga allah memberkati doa kita....amin....

- dieyana - said...

suraya..ya, semangat semangat.Semoga doa diperkenan-Nya. Insya-Allah...

Anonymous said...

Salam, boleh saya tanya puan dieyana hantar anak kat pengasuh kat mana? thank u. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...