Monday, May 3, 2010

TIDUR ...zzzzz

Salam.


Masih belum terlambatkah ... nak ucap Selamat Hari Pekerja kepada semua. Lama benar rasanya tak bercerita, atau membebel2 kat sini. Nak cerita fasal tidur. Aik, cerita tidur pun nak tulis dalam blog ke? Tak kira, nak cerita (bebel) gak..heheh. TIDUR? Yup, fasal tidur. Bagi aku, tidur adalah sesuatu yang sangat melegakan, tidur juga satu ubat yang paling mujarab untuk penyakit mengantuk! (melalui bacaan di surat khabar baru2 ini). Ya, tidur juga dapat menghilangkan perasaan bosan, mengurangkan tekanan yang dihadapi, itu diri aku la. Memang, kalau aku ada masalah je, apa lagi, aku akan tidur. Bangun saja dari tidur, aku akan berasa sedikit kelegaan. Walaupun masalah yg aku hadapi belum diselesaikan, aku tetap berasa lega, lepas tu baru akan fikir bagaimana nk selesaikan masalah itu. Nampak mudah kan? Tapi bagaimana dengan orang yang ada penyakit susah nak tidur, kira bulu kambing pun belum tentu dapat tidur. Kesian kan? Aku amat bersyukur kerana tidak menghadapi masalah sukar tidur. Sekali sekala tak dapat tidur mungkin disebabkan pengambilan kafein yang terlau banyak pada siang hari. Tetapi aku akui, sejak aku beranak dua ini, terasa tidur aku tidak cukup, tetapi aku berpuas hati dengan kualiti tidur ku (Bila dah tidur, lena sungguh!). Mungkin disebabkan tengah hari (1.00-2.00 tgh hari) aku tidak berkesempatan untuk tidur (mengepam di opis), dan mungkin kepenatan menguruskan hal rumah tangga (w.pun rumah tak ada tangga..ahahaha). Bebel2 pulak aku ni.

Aku ni dikira termasuk dalam golongan ibu2 yang prihatin (prihatin la sangat...) sangatlah menjaga time tidur anak-anak. Tambahan lagi, aku mempunyai anak yang sudah sekolah. Ya Iman, aku sangatlah menjaga waktu tidurnya. Pukul 8.45 malam, aku dah kalut2 ke bilik tidur, menyiapkan apa2 yang patut, selimut (w.pun hari panas, selimut tetap pendamping setia), bantal busuk bantal wangi. Pukul 9.00 malam aku akan pastikan lampu bilik ditutup, dan mula la memanggil dua beradik tu masuk bilik. Paling lewat pun, 9.30 malam, aku n anak2 MESTI masuk bilik! TV? Oh, minatku untuk menonton sangatlah tidak ada. Kecuali malam cuti Sabtu Ahad barulah aku memberi peluang untuk diri dan anak2 membuat aktiviti bebas. Dan, yang paling aku bersyukur, kerana aku dianugerahi anak2 yang sangat senang untuk tidur. Yang penting, aku tidak membiarkan anak2 melekat di hadapan TV. Hasilnya, 6.00/ 6.30 pagi anak2 sudah bangun, dengan keadaan yang tidak merengek2, tersengih2 cam kerang busuk. Ehhehe. Sesekali mereka juga merengek2, itu tandanya tak cukup tidur la tu, fuh, kelam kabut kami, minta didukung ke bilik air n segala bagai kerenah.


Hemmm..cukuplah setakat tu aku bebel2 ... time ngepam dah lari ni... Uhukkk...

(Pstt, betul ke kebanyakan wanita hamil mengalami penyakit mengantuk yang sangat ketara? Aku memang mengalami gejala itu pada awal2 kehamilan. Fuh, mengantuknya itu memang lain macam, dapat tidur barang seketika, sudah memadai.)

7 comments:

ibudhani said...

diana...sekali-sekala bila diana post n3 mesti best dicoretkan....sy pn jenis tdo awal sejak ade anak ni..
asben pn same...tp kterang bgn blk dlm kol 11mlm..kdg tlajak kol 1pg siapkan kelengkapan anak...

teringat arwah mak yg jenis xbole tdo..even dh mkn pil tdo pn dia xbole tdo...kesian kan pd org yg ssh nk tdo..

mmg betol time awal2 pegnency ngantok dia len mcm....

ibudhani said...

eee...salah la penggunaan ayat.... ".....n3 mesti best utk dibace...."

- dieyana - said...

IBUDHANI, heheh, kelakar seram lak ibudhani nih, rasa n3 yg diana tulis cam ntah apa2. Apa2 pun, bila ada mood nk tulis, dan rs nk tulis sesuatu yg boleh puaskan hati, on aje..heheh.kdg2 bimbang gak, kalu n3 kita tu buat org nyampah. fuh...hrp2 n3 yg kita tulis menyenangkan org lain. yg penting kita tak wat perkara salah.

-erm, ye lah, diana pun ada member yg jenis payah nk tidur ... mmg kesian.

-ha, mesti ada kajian ttg wanita mengandung yg mengantuk ni eh....ehehhe.

IDAZS said...

bagusnya kak diana..

zarin ni tv addicted!
xleh wat ape dah :(

tapi time tdo mesti nak dalam bilik...tutup tv n ckp sip sip sip

- dieyana - said...

idazs-erm, rs syukur gak, sbb anak2 ni senang tidur,smpi k.diana telajak gak tidur ngan diaorg, smpi lupa nk kemaskn kelengkapan utk esok, itu yg pg2 nk wat itu ini...hhuuhuh

ibudhani said...

salam, nk mintak email add ..nk invite besday party anak sy (comment xkan publish)

- dieyana - said...

ibudhani:nurdiana78@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...