Tuesday, January 18, 2011

Ambil, Beratur dan Bayar!

Sekali sekala, beri peluang untuk anak-anak belajar, biar dia rasa dihargai, dan berasa, "Wah, saya sudah besar!". Apabila membuat sesuatu pembelian, latih anak-anak (4-5 tahun) beratur di kaunter bayaran dan biarkan dia membayar barang yang dibeli, terutama barangnya sendiri (mainan/makanan etc). Mama dan papa pula akan melihat/menunggu tidak jauh dr situ. Dan pastinya, semasa membuat pembayaran, dia akan terjengket2 nak letak duit/barang di atas meja-sangat comel! (sekiranya meja tinggi). Biasanya, akan mendapat senyuman mesra/pujian oleh juruwang-"Wah, pandai adik....". Dan, selepas membuat pembayaran, dan mendapat baki duit, si kecil akan menuju ke arah mama dan papa sambil tersengih2 bangga. Lalu memberi baki duit kepada mama dan papa. Wajahnya seperti berkata2, "Mama, saya pandai/ saya sudah besar/ saya sudah bagi duit". Jangan lupa, beritahu anak2 bahawa selepas mengambil sesuatu barangan/ selepas makan di kedai, kena bayar dengan duit!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"ADIK!! BAYAR DULU!!!" Iman berteriak kepada adiknya apabila melihat adiknya menonong keluar kedai selepas ambil makanan dlm kedai. Hehehheeh.

3 comments:

IDAZS said...

yup! mmg wajib latih camtu

bukan apa2, risau jika tiba-tiba alarm berbunyi, heheh, malu :P

ibudhani said...

hehehe...comeyyy

xsbr nk tunggu anak dh pandai cmni...

~ Ida ~ said...

clever boy! Iman n Wafiy... :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...