Tuesday, January 11, 2011

Sila Jangan Ketawa! ;-)

Tiba-tiba rasa nak pergi joging dan bersenam! Ha, itu antara azam 2011 ni. Kami 4 beranak ingin meningkatkan kesihatan. Sila jangan ketawa ya. Heheheh, padahal diri sendiri dah ketawa bila kenangkan azam ni. Erm, serius ni tau! Harap-harap rancangan ini menjadilah ya. Jangan hangat2 tahi ayam. Erm, seluar trek dah ada, t.shirt? Pakai aje lah yang mana ada kan. Bukan nak melaram, nak p joging ya! Tapi ... kasut joging macam mana? Hhahah, rancangan tergendala kerana kasut joging belum ada. Kalau saya pakai crocs setia saya tu, aci tak? Setakat joging kecil-kecilan di Tasik Titiwangsa/Perdana sambil melayan anak-anak di taman, rasanya tak perlulah kasut joging ye tak? Tapi, pemakaian yang khusus adalah penting bagi menjamin mutu senam anda! Oh, kesimpulannya, sementara saya membeli kasut khas untuk bersukan (chewah, semangat ni), saya akan memakai crocs sahaja dan berjalan2 satu pusingan (satu pusingan sudah gigil kepala lutut) di tasik dan berkejar-kejaran bersama-sama anak2 di taman. Keluar peluh juga tu!!! (Dua minggu sekali ke taman tasik untuk bersenam, aci?)

Tapi ... aktiviti di rumah-lipat kain, ulang alik dalam rumah (agak2 berapa km ya dalam satu hari ulang alik dalam rumah?) , kejap nak itu, kejap nak ini, mop lantai, itu sudah dikira bersenam untuk para isteri/ibu. Ketiadaan masa boleh dijadikan alasan untuk tidak bersenam? Erm ... berjalan kaki dari stesen Hang Tuah ke DBP (bnyk km tu), bersenam juga tu. Oh tidak, misi berjoging perlu diteruskan! Di samping menigkatkan mutu kesihatan, dapat mengeratkan hubungan yang baik suami, isteri dan anak-anak juga!

--Meningkatkan mutu kesihatan saya juga-MAKAN LEBIH SAYUR!!!! (Biasa bagi mereka yang gemarkan sayur, tapi luar biasa bagi saya yg tidak gemar akan sayur!). Memandangkan doktor telah mengesahkan tekanan darah saya agak rendah (dari hamil hari tu lagi), saya akan lebihkan sayur2 (terutama bayam), kerang, untuk menambahkan darah dalam badan. Tetapi bagaimana tabiat saya yang gemar akan makanan segera? Aduhai, diri sendiri tak boleh nak jawab! Susu? Oh, saya akan minum susu anlenekah? (untuk elak reput tulang..heheh). Supplement? Oh, sedang diusahakan. Hehhehe ... nota untuk http://idarafidah.blogspot.com.

--Anak-anak-Memandangkan cuaca sangat sejuk sekarang ini, apabila malam tiba, saya akan perlahankan nombor kipas bilik/rumah. Iman:"mama, panas lah!" Oh, mama perlu pertahan hal ini. Dia cakap panas, tapi sebenarnya, dalam badannya sejuk. Buktinya? bangun pagi-batuk2. Ha itulah dia! Itu sebab, saya tidak benarkan Iman dan Wafiy tidak memakai baju apabila tidur! Walau cuaca panas-saya akan pakaikan mereka singlet!! Dada perlu ditutup. Masalah kesihatan tidak datang serta merta! Ia adalah untuk jangka masa yang panjang!

--Iman- Pergi sekolah dah mula belajar pakai singlet. Misi mama: mencari singlet banyak2. Sweater untuk Iman dan Wafiy akan dibeli juga memandangkan cuaca pagi sekarang ini sangat2 sejuk! Hari panas lain cerita! Heheheh.


"Manusia hanya mampu merancang, seterusnya berusaha untuk memiliki kehidupan yang baik, namun segala-galanya adalah kekuasaan Allah SWT. Hanya Dia yang menentukannya."
(Nota-gambar ihsan daripada adidas. TQ!)

5 comments:

SITI SAJADA BINTI ISHAK said...

hehehehehe..mmg dh exercise jln ke ofis tu. hahahahha...lucu la pulak. Tapi ok la azam tahun baru jaga kesihatan. tahniah!! hrp berkekalanlah azam tue. ekekekekekeke

psst: zara tgh sale, sweater budak2 byk cantik ooo. sila terjah!

IDAZS said...

kak diey sori, komen kat ats tu sy yea, tersalah masuk ID adik ipa..kehkehkeh...tgh design blog dia td. kehkehkeh

~ Ida ~ said...

betul kata Idazs tu...jalan ke ofis dah kira 'hadiah exercise' tu....hehehe. Aktiviti kemas2 rumah semestinya bagus walaupun sikit..karang x gerak langsung lak otot2...hahahaha...

cahyok! cahyok!

- dieyana - said...

idazs-hahah, itulah pelik pulak tgk siti sajada ni. ermmm, zara? okey, kena terjah ni!
k.ida-ha'aa kak, itu dh memng rutin harian saya kak, tapi tetap jugak nk joging, nk mesra2 angin petang kat taman..ehhehe. lps p taman, pekena roti canai, ha, saper nk jawab tu? hahahah (kata nk jaga kesihatan??heheh)

ibudhani said...

bgs nye azam br awak...bile la sy berazam nk bersenam ni.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...