Tuesday, January 4, 2011

Sedikit Lega!

--Walau tidak sepenuhnya, sekurang2nya sudah ada sedikit RUANG KELEGAAN dalam diri saya. Dalam seminggu dua ini, saya, suami dan anak-anak agak kelam kabut. Dua minggu yang lepas, kami balik kampung tergesa2, ayah mentua tidak sihat, minggu selepas itu, Jumaat yang diberi cuti itu, kami bergegas lagi pulang ke kampung apabila ayah mentua sekali lagi menghadapi detik cemas di hospital. Agak kelam kabut kami pada pagi itu. Walau bagaimanapun, Ahad petang kami kembali ke Kuala Lumpur, dengan keadaan ayah mentua yang sedikit pulih walau tidak sepenuhnya. Rasa serba salah untuk tinggalkan mak mentua dan adik-beradik yang lain, dengan rasa pilu, Hanapi, saya dan anak-anak perlu juga berangkat ke Kuala Lumpur, mengenangkan Isnin adalah hari pertama sekolah dibuka. (Semalam, mak mentua beritahu, ayah menunjukkan sedikit reaksi yang positif. Alhamdulillah. Semoga ayah mentua cepat sembuh.)

--Semalam, hari pertama bekerja 2011, keadaan saya agak tak seronok, keletihan perjalanan yang jauh (4.00 pagi Isnin sampai KL) dengan keadaan rumah macam tongkang pecah! Aduhai. sabar aje lah. Diri yang agak berserabai semalam, ehhehehe, main capai aje baju dan tudung ke pejabat.

--Tetapi, alhamdulillah, hari ini, terasa LEGA sedikit, rumah pun 80% sudah diurus, tinggal kain baju belum dijemur dan kain kering yang perlu dilipat. Dan, petang semalam juga, balik kerja kami berempat terus ke rumah pengasuh baru Iman, rumah persinggahan Iman sementara driver van sekolahnya datang ambil, dan balik sekolah, Iman akan berehat di rumah mak cik itu untuk sementara Hanapi pulang dari sekolah. Sebelum ini, sepanjang setahun Iman bersekolah, pulang saja dari sekolah, Iman akan menumpang sekolah Hanapi, dan keadaan ini akan mengganggu persekitaran bilik guru. Tidak mahu ada suara2 tidak enak, Hanapi mengambil keputusan, untuk tahun kedua Iman bersekolah, lebih elok dicari pengasuh yang berdekatan sekolahnya. Alhamdulillah, selesai satu perkara. Selepas singgah sembahyang maghrib di masjid area Wangsa Maju, Hanapi membawa kami ke Restoran Ikan Singgang. Katanya, ikan singgang di sini sedap. Saya angguk saja, sebab singgang2 ni, bukan fevret saya. Demi Hanapi, saya menurut saja, dan untuk saya, saya memesan Lala masak pedas. memang sangat pedas dan sedap!! Lala pedas, ikan singgang, ikan rebus goreng, sup untuk iman wafiy, nasi, air neslo saya, air tembikai Hanapi, air sirap Imanwafiy...ehheheh. Alhamdulillah, rasa LEGA lagi, dan kekenyangan.

--Petang ini, satu perkara lagi akan diselesaikan. Gunting rambut! Hahhaha, kedua-dua beradik itu, rambut sudah berserabai. Esok, 5hb, Iman akan memulakan persekolahannya (5 years @ GA Wangsa Maju). Dan, esok juga, saya akan bercuti untuk satu hari! Semoga segala urusan yang dilakukan akan dipermudahkan-Nya. Untuk ayah mentua, semoga kembali pulih seperti sediakala. Insya-Allah. Semoga ma (mak mentua) tabah menghadapi ujian daripada-Nya.

4 comments:

IDAZS said...

Amin-amin. Semoga ayah mertua cepat sembuh :)

Iakn singgang? fevret saya tu, cicah budu. sure bertambah-tambah nasi. ihihihihihii

- dieyana - said...

insya-Allah.
-ha'aa budu n ulam-ulaman ada jugak...

ibudhani said...

salam, Dieyana...

ape kbr? semoga semuanye sehat sejahtera ye.....

- dieyana - said...

ibudhani, eh..sihat, alhamdulillah, lama sungguh ibudhani menyepi, semuanya okey??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...