Wednesday, January 12, 2011

Keretapi Tanah Melayu

7 Januari 2011 (Jumaat) sekali lagi kami 4 beranak balik Pasir Mas. Balik kerja terus pulang, dan lebih kurang jam 3 pagi kami sampai. Alhamdulillah, ayah mentua ada perubahan, tetapi masih ditahan di wad. Sebelah badannya tidak dapat bergerak, dan tidak dapat bercakap. Tetapi, apabila melihat ahli keluarga dan kawan-kawan, masih kenal. Anggukan dan gelengan saja mampu diberinya. Semoga ayah kuat semangat!
-Petang Sabtu kami pulang KL. Apa? Satu hari saja di kampung? Oh, terasa penat ... tapi tak apa lah, demi keluarga kami berkorban. Kami memilih Keretapi Tanah Melayu untuk pulang KL. (Kereta kami-tinggal di kampung atas sebab2 tertentu). Naik keretapi? Ya, kami selesa naik keretapi, walaupun berbelas jam tempoh perjalanan, kami seronok, nak naik kapal terbang, kos dek non ... jadi, pengangkutan selesa untuk kami ialah KTM! Ini pengalaman pertama Iman dan Wafiy naik keretapi. Naik bas? Oh tidak, saya sangat2 jarang naik bas, tambah2 beranak pinak ni. Lebih selesa naik keretapi-tempat tidur. Itu pun dah hampir kehabisan tiket, yang ada, cuma katil atas. Terima sajalah. Alhamdulillah, anak-anak tidak banyak onar. Tidur sehingga pagi dua beradik tu. Walaupun pada mulanya Wafiy tidak mahu naik katil, sekejap saja, bila dh diberi susu, nyenyak tidurnya.

Mama sekatil dengan Wafiy

Sejak dari belajar lagi saya memilih KTM sebagai pengangkutan apabila balik kampung. Seronok, bersama kawan2, kalau saya pulang keseorangan, saya akan memilih koc tempat tidur. Wah, seronok-tidur, walau berbelas jam. Naik bas? Sangat jarang, sebab saya ni alahan (heheh), telan ubat tahan muntah la jawabnya. Saya pernah naik bas yang sangat kerap-ketika Iman ditinggalkan bersama keluarga saya di kampung. (3 bulan berulang alik naik bas sebab nak cepat sampai, tk sabar jumpa anak tersayang! Apa lagi, ubat tahan muntah peneman setia saya). Naik kereta ke destinasi yang jauh pun saya akan telan ubat muntah. Hehhehe, tapi keadaan ini berkurangan selepas saya beranak satu. Heheh? Apa sebabnya saya tidak pasti. Tapi, setakat pening2/sakit kepala berjalan jauh/mual masih terasa. Yang pelik, apabila naik keretapi, 'penyakit' saya ini tidak ada!

Papa sekatil dengan Iman-kedudukan mereka berhadapan dengan saya

Bertolak jam 8.15 malam(delay 1 jam!), jam 9.00 pagi Khamis sampai di Stesen KL Sentral! Fuh, lama kan? Apa-apa pun, perjalanan malam hari, tidak terasa sangat jauh, kerana kami nyenyak tidur, lepas sembahyang subuh, sambung lagi tidur! Hahhaha. Masalah tidak dapat tidur dalam keretapi tidak dialami kami, maklumlah sisa keletihan pulang dari KL (Jumaat) belum reda. Patutlah tidur nyenyak. Hehhehe....

7 comments:

IDAZS said...

syok ke kak naik ketapi ni?
seumur hidup x pernah naik lagi. hikhikhik...naik ketapi laju je pernah (star, monorel, purtalrt, erl) kihkihkih

nasib baik iman wafiy ok. tapi mmg penatla kalau asyik berulang. harap ayah mertua cepat sembuh, amin :)

- dieyana - said...

idazs-syok le....hehehe, sbb tidur kan. hehehe, kalu duk katil bawah lg syok....duk katil atas, tidur aje lah jawabnya. kalu nk syok lagi, amik 'kabin'.tk cmpur dgn org, kita2 aje kat dlm akbin tu...Tapi apa2 pun, kalu nk cepat smpi, naik flight le, lg syok..hehehe, pitis aje yg tk syok, hehehe.
-yup, insya-Allah...

~ Ida ~ said...

bestnya dah merasa naik keretapi
abang k.ida dah banyak kali ajak naik, tapi k.ida yg x bagi keputusan lagi, dah baca n3 dieyana ni rasa teruja pulak..hehehe

kalau pilih yg tempat tido..ada tingkap ke nak jengok2 luar..ish..ish..x leh nak bayangkan..nampaknye nak kena naik juga ni...tapi nak ke mana ye...jalan2 kg dieyana kot nanti :)

ibudhani said...

ayah wak xsehat ye? semoga cepat sembuh ye ayah awak!!

best nye naik train...sy xpenah lg.... iman wafiy baik ye..alhamdulillah. ...kalo dhani xtau la lg dlm train tu...
naik flight aritu pening gak dgn perangai dia..sampai ade org arab marah kt saya sbb anak bising...

- dieyana - said...

k.ida-sy tk tau la org lain syok ke tidak naik ketapi, tp sy syok la sbb tk pening, heheh, kalau duk katil atas-tk bleh tgk luar (tingkap kecik-tk best), lgpun, mlm, nk tgk apa,tp kalu katil bawah, boleh lah, puas, tunggu hr siang, boleh la nengok luar. ha, nanti bleh la jln2 p kelantan, tapi bimbang akak boring duk dlm ketapi lama..hehe

- dieyana - said...
This comment has been removed by the author.
- dieyana - said...

ibudhani-ha, ayah mentua tk sihat. tq ibudhani!
-la org Arab marah? isy, biasa la kan budak2 mana tau duk diam....nanti bleh cuba naik ketapi pulak, tak pun try naik lrt/komuter, tentu bising mulut dhani, tgk pemandangan luar..ehhehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...