Lepas habis belajar dulu (2003), orang ada lesen, kita pun nak juga. Dah dapat lesen, tak pandu pun kereta. Dah kahwin, pun tak ambil kisah. Pergi pejabat, naik LRT, apa susah, menapak dari stesen LRT ke pejabat, lebih kurang 2 km, APA ADA HAL. Petang suami jemput.... Sesekali suami cuti mengajar, dia akan hantar dan jemput saya ... senang bukan?
Tapi tiap-tiap hari menapak ke ofis, rasa penat, “bestnya kalau berani pandu kereta.” Letih hilang, perasaan kembali seperti biasa. Kalau suami out station, kereta tersadai, “oh alangkah bagusnya kalau saya berani pandu....” Saya dah lupa macam mana nak pandu kereta, ada berani nak bawa? Mana nak jaga minyak lagi, nak tengok kereta depan, kiri, kanan, belakang, tukar gear lagi ... manual kan! Oh tidak! Saya tak berani! Masa tu Iman belum sekolah, rumah pengasuh dengan rumah kami tak jauh. Suami tak de pun, saya nak pergi kerja boleh naik teksi, bas, LRT ... kemudahan banyak, apa ada hal?
Ketika suami belajar di Sabah setahun (2006), perut boyot mengandungkan Iman, naik bas, teksi, LRT, termengah2 mak buyung! Kereta suami, tersadai begitu saja, yang mampu saya lakukan - panaskan enjin saja!
Sehinggalah suatu hari, pertengahan tahun 2011, suami cakap, lutut dia perlu operate (kecederaan lutut yang lama). Bila dah operate nanti, 1/2 bulan dia akan terlantar di rumah.... Oh! Saya mula terkial-kial, perkara pertama yang saya fikir, tentulah kesihatan suami saya, dan kedua, saya bukan fikir tentang diri saya, tapi saya fikir tentang Iman! Macam mana iman nak g sekolah? Sedangkan sebelum ni, pagi-pagi suami hantar Iman ke rumah pengasuh di Setapak. Dan, dari Setapak, van sekolah ambil Iman terus ke GAWM. Wafiy - okey, sebab rumah pengasuh Wafiy dekat saja dengan rumah. Lepas tu fikir, bila dah operate nanti, suami saya perlu dibawa ke hospital utk rawatan susulan ... sampai bila saya nak naik teksi kan? (Kopak pak encik dan mak encik!).
Kata suami, “kali ni awak kena belajar balik memandu, kemudian kena betul2 pandu.” Saya tahu, tak mungkin saya belajar dgn suami saya ... bekeng! Ambil keputusan ke kelas memandu (refresh) - 1 jam - RM 30, saya ambil 4 jam. Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun tak pandu kereta, rasa yakin sikit. Kemudian, barulah suami saya berani nak beri 'pinjam' kereta dia. Itu pun masih kena dengar bebel dia. Sampai di traffic light, kereta mati sokmo ... jalan bukit, suami cakap, "awk kena pandai balance minyak dengan clutch, hand break tu kena jaga," aduhai, rumit utk saya.
Beberapa minggu saya terhegeh2 belajar kereta suami, suami cakap, operation lutut dia, tangguh ... tak apa lah sekurang-kurangnya, saya dah belajar, keberanian saya dah ada 70 %.... Tak semestinya tak jadi operate, saya stop situ aje kan. Terus saja belajar memandu, demi masa depan!
Betul tekaan saya, penghujung 2011, masalah lain pula yang timbul! Bila mana, Iman memulakan sesi pembelajaran tahun baru 2012. Van yang selalu ulang-alik dari rumah pengasuhnya ke sekolah tak nak cover area Setapak! Terpaksa iman ditukarkan dari sesi pagi ke sesi petang. Suami balik mengajar 1.30, kelam kabut dia hantar Iman ke GAWM. Kami suami isteri terfikir, kalau suami saya out station lagi, macam mana? Saya perlu juga pandu kereta. Saya tak fikir utk diri saya, yang penting anak-anak. Akhirnya, setelah ditambah, tolak, darab, bahagi, dengan suami, tak lupa kakak saya (perujuk kedua selepas suami saya) saya mendapat sebuah kereta kecil ... utk saya berulang-alik ke ofis dan apa yang penting, apabila kecemasan, khidmat saya diperlukan! Kebetulan pula, minggu pertama saya memandu, suami saya ditugaskan di luar kawasan sekolahnya! Berdebar, gigil segala macam perasaan datang tau! Tapi saya gagahkan jua, kalau tak saya, siapa lagi? Seminggu saya hantar dan jemput Iman ... dari ofis saya di Jalan Dewan Bahasa ke Setapak (rumah pengasuh Iman), dan terus ke Wangsa Maju.
Alhamdulillah, keberanian saya di jalan raya semakin hari semakin okey ... itu pun kerana kereta kecil saya tu, auto ... banyak senang! Seminggu pandu kereta, dah boleh dengar radio, dah boleh pandang kiri kanan, badan dah lembut ... hihkhihk. (bayangkan pandu kereta, badan tegak, kaku pandang depan? ^__^ Saya masih belum mahir tentang parking. Setakat parking masuk biasa tu, boleh la, ;-) (Agak-agak berapa lama nak mahir parking ya? Berbulan-bulan/bertahun-tahun? Atau uols lepas dapat lesen, terus pandai parking?). Kata suami, "yang penting, kereta masuk petak, jangan buat orang gelak/marah tengok kereta awak senget- benget" T__T. Saya tak berani nak laju2, seriau tengok kereta laju2, berlumba2 menuju ke destinasi masing. Pesan suami juga, apa2 pun, signal jangan mahal nak bagi, kebanyakan orang perempuan ni, bawa kereta sesedap rasa aje ... T__T.

FOKUS!
Alhamdulillah, hari ni hampir dua minggu saya pandu kereta kecil tu ... kecil tapi itu adalah rezeki yang sangat besar utk saya ... terima kasih ya Allah! Sekarang saya tak perlu bimbang lagi kalau suami saya out station!
Sungguh, bila saya dah pandu sendiri, saya mula rindu nak naik LRT macam sebelum2 ini ... releks, tak perlu nak fikir apa-apa, boleh tidur! Saya rasa pandu kereta adalah sesuatu yang memenatkan, FOKUS, FOKUS! Sampai rumah, melepek! Perli suami, “ha, best bawok kereta? Ha, lepah ni kita g Sogo, esok kita g Jusco, lusa kita g Ikea pulok ... (membebel macam mak nenek?). Sebab sebelum ni, saya selalu mengatur dia ajak ke sana - ke sini ... ha baru Dieyana tahu penatnya pandu kereta! Apa-apa pun, impian untuk saya memandu sendiri telah saya capai tahun 2012 ... Alhamdulillah....Terima kasih ya Allah! Terima kasih juga untuk suami yang sentiasa beri semangat untuk saya, sambil membebel! ^__^
(*Dieyana berkongsi ilmu: Amalkan baca, "Rabbi Yasir Wala Tu Assir", apabila sesuatu yang kita lalui dirasai sangat sukar, dengan membaca ayat ini, insya-Allah dipermudahkan-Nya. Rasa gigil/berdebar ketika pengalaman pertama memandu, banyakkan selawat, baca apa saja surah yang kita ingat, insya-Allah, diberi ketenangan oleh-Nya. Bukan saja dalam pemanduan, tapi apa saja kerja yang dilakukan, insya-Allah dipermudahkan-Nya. Pesan Iman untuk mama dia, mama jangan lupa baca doa naik kenderaan tau! ^__^)