Thursday, January 26, 2012

Cuti CNY:Ba dan Ma datang Key-El

Wah, seronok cuti-cuti CNY ya! Sehinggakan nak tulis2 di sini rasa kekok, berhari-hari tidak tulis-tulis ... idea ada, tapi nak mula tulis tu rasa liat, dengan tugas segala macam di opis nih... phew phew, tarik-lepas nafas.... Buat2 sibuk pun ada? ^__^ Tapi hari ni, cuba untuk tulis-tulis, buang jauh2 perasaan liat tu ... puhpuhpuh! Cerita2 ... layan....


Macam2 cerita kawan2 CNY baru2 ini ya! Kami? Wah, seronok! Apa taknya, Ma dan Ba datang Key-El. Sebenarnya tak berhajat pun mereka nak datang, last minit, beli tiket kereta api, mujur ada tiket tambahan (koc ditambah, tiket pun ditambah la).


Giliran Ba, Ma dan Cik Su (adik bongsu saya) bermalam rumah kami, seronok sungguh anak-anak saya mereka datang. Tapi kami tak berjalan2 pun, banyak ‘main masak2’ kat rumah dgn Ma. Makan, makan, makan, sampai kekenyangan, tak larat dah nak kuar berjalan-jalan. Kenyang sokmo! ^__^ Bertambah2 nasi, menikmati ‘air tangan’ Ma. Lepak rumah ... tetap happening-ada saja cerita nak dibualkan (make banyok, kecek pun banyok! ;-) Kejap makan, makan dan makan! Hahaha. Ma dan Ba tak kisah, terutama Ma, kalau diajak berjalan, mesti tanya, “Na, jauh ko tepat nok g tu?” Pening/mual segala macam datang kalau naik kereta ... Ma dan Ba lebih suka lepak2 rumah, dengan anak-cucu.

Malam Isnin, kami keluar juga makan2 di luar ... gerak lepas solat Maghrib (tengok mood anak2 saya juga, tidur cukup di siang hari , baru buleh jalan malam!) Rancangan kami nak makan Satay Station (SS), yang dikatakan sedap, dagingnya besar-besar! RM 0.90/RM 1 secucuk, teruja kami nak try. Sebelum ni pernah nampak kedainya di Tasik Titiwangsa. Tapi sampai situ, tutup! Tapi saya konpius, adakah di Titiwangsa tu SS yang sebenar? Sebab di sign board tertulis 'Express Satay Station', bukan 'Satay Station'. Bila saya google, cawangan SS yang dikatakan popular/sedap itu hanya ada di Kg Pandan/Ampang/Setiawangsa sahaja. Mungkin dekat Tasik Titiwangsa tu, kembar tak seiras Satay Station! ^__^

Fikir2 nak g mana, kata suami, “jom nasi lemak di Kg Baru.” (Nasi lemak 60 sen tu ada lagi ke di situ?) Tup-tup, Ba kata, “kito g Haslam lah, dekat rumah Na”. Pernah dulu suami saya bawa mereka sarapan di Haslam ... Ba dan Ma suka ... okey, boleh aje! Terus ke Restoran Haslam ... makan2 di situ, dengan harapan Ma, “buleh jupo Datuk Yusof Haslam.” ^__^ Ma saya memang kelakar! Tapi beberapa kali saya ke situ memang tak pernah jumpa. Ada sesiapa pernah jumpa Yusuf Haslam kat restorannya tu? ;-) Agaknya jarang2 sangat beliau turun situ! Sekali je suami saya jumpa anaknya, Samsul n kwn2 lepak-minum di situ!

Malam Rabu pula, kakak saya (Along) ajak makan kedai saing (kawan) dio ... RSMY, Jalan Medan Tuanku. Ha, org nak belanja, cepatcepat angguk =^__^= Alhamdulillah, tokey kedai bagi diskaun! Tq Along, belanja kami! Roti Cis Nan mabeles+Nasi Beriani Kambing!

Meriah sungguh beberapa hari mereka di rumah kami ... tapi bila tiba giliran mereka tidur rumah kakak saya, rasa sunyi pulok! Anak-anak saya terutama Iman, “mama, Iman nak tidur dengan Cik Su”. (sambil cebik2 kesedihan!) Malam2 sebelum ni, dia tidur dengan Cik Su, suko2 dengan Cik Su ... agaknya rasa sunyi/sayu bila tiba2 Cik Su tak de! Masih ada masa, Sabtu ni, lepas kelas taekwando Iman, insya-Allah, nak berjimba2 rumah kakak saya pulok! G perabis beras dia, heheh. Ahad ni-Ba, Ma nak balik Pasir Mas doh! :-((


(Nota Dieyana ** : CNY-Wafiy sakit mata-jangkit kat rumah pengasuh! Dah seminggu, belum baik2 lagi...:-( tapi Alhamdulillah tak jangkit kat kami. Moga Wafiy cepat sembuh! Kesian tengok dia, mata berair, bangun pagi2 penuh taik mata!)



** Penat kan, baca entri tk de gambar? ;-) Seronok mkn2 terlupa nak snap gambar kami yang comel lote buat kenangan! =^__^=

4 comments:

izla said...

kitorang pon suka kalau ma n aboh datang dr kampung.
yg best, ma masak best2 utk kitorang. famili kakak dari klang pon datang makan sekali

Ummu Madihah said...

seronok org tu dpt bermanja ngan mak ayah ya! Dieyana, kalau nak tahu petua tak nak berjangkit kat kita sakit mata, cakap pd org sakit mata - awk sakit mata, sy sakit buntut! Setakat ni memang berkesan, kebetulan kut??

- dieyana - said...

iizla-ha, kan! mak masak sedap! ^__^

- dieyana - said...

ummu madihah-heheh, sesekali nk bermanja, mak aji....

eh ya? kelakar la pulok...semalam diana dh try buat kat Wafiy, hihkhik...petua org lama ni okey juga....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...