Friday, March 9, 2012

Anak-anak dan Solat

Ketika mood okey, disuruh bersolat, insya-Allah, tak banyak soal ... ada masa-masa, "Iman penat", "Iman mengantuk"... dan macam-macam alasan!

"Kata tadi mengantuk, main tak ngantuk! Iman cakap nak masuk syurga kan?"

"Dalam syurga banyak mainan kan mama, okey2 Iman semayang sekarang!" ;-)



Ada masa, bacaannya penuh, doa iftitah, al-fatihah, bacaan rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat, insya-Allah, cukup lengkap. Kalau tak, sekadar al-fatihah, lepas tu cukup dengan gerakan saja-sehingga cukup bilangan rakaat. ^__^ Tak apa lah, asalkan mahu bersolat. Lepas solat, doa tidak pernah dilupa ... doa yang dibacanya... doa untuk ibu bapa -lengkap dengan maknanya sekali dalam B.Inggeris! Kita kecik2 dulu, ustazah suruh hafal, insya-Allah kita ingat, tapi kalau tidak dipraktik selalu, memang tak ingat. "Mama tak tau eh baca doa untuk ibu bapa? Okey, mama ikut iman baca...." ^__^

Sekarang, bacaan dalam solat yang belum dapat dihafalnya, ialah doa qunut. "Mama, ajar Iman doa qunut, panjang sangat, Iman tak ingat, dalam kelas Iman, boys semua tak ingat, girls aje yang ingat, mama...." ;-)

Wafiy pula, ada masa, rajin ikut abang solat. Lepas habis solat, "Abang, ajar Wafiy baca doa!" Ada masa, abang okey ... diajarnya Wafiy penuh bacaan doa, kalau tak okey, hanya - "Bismillahirrahmanirrahim. Amin!" Hahhaha, itulah, nak cepat ... menangis la si adik.
"Mama, abang tak nak ajar Wafiy baca doa...."

"Okey2, meh, mama ajar Wafiy...."

Jubah, sejadah kecil, kopiah pemberian Ba dan Ma dari Makkah.
"Iman, kalau nak solat, pakai jubah Ba beli kat Makkah ni...."

"Ooo, kalau Iman pakai jubah Makkah, Iman boleh pergi Makkah eh, mama? Kat Makkah ada hotel, ada kolam tak, mama? Nanti, Iman nak mandi kolam kat Makkah!" ^__^

7 comments:

tiny hayyzad said...

hahahha...bagus iman nehh...
besar cecite nak mandi kolam kat mekah...
fengsan mama dier...
haha...

moga jadi anak yg soleh dan jage adik2...oppsss da adik2 ke??hihi

Iela Fazielah said...

so kiut... budak2 imaginasi tinggi... tp alhamdulillah....

izla said...

bagusnya..
saya ajar aiman solat, just dengan cara dia folo sy/hubby solat je.
dia x reti baca apa2 lagi.

Ummu Madihah said...

Amboi, ngan spek-spek sekali solat ya!! Bagus tu, dilatih dr kecil biar terbiasa, melentur dr rebungnya!

lieynanilaz said...

semoga menjadi anak yg soleh!!..

Akak Kembang said...

comel :) mudah-mudahan terang hati anak2 kita

NanieZara said...

Alhamdulillah bagusnya anak2 k.diana.tp kenapa solat siap pkai spek mata ni???heheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...