Tuesday, March 27, 2012

Mi Udang MJ di Wangsa Maju

Dalam pada mood tak mari nak keluar @ makan luar, terpaksa la juga keluar, sebab mood masak lagi kuat tak mari, kebetulan suami beria2 mengajak + yang penting dia nak belanja, gagahkan diri juga makan di luar, malam Sabtu lepas. Tambahan lagi, tempat yang diajak tu adalah tempat makan yang saya nak pergi dari tahun lepas, Mi Udang Mak Jah, Wangsa Maju. Bila suami betul2 ngajak, gagahkan juga ... sambil terbayang2 mi MJ yang dikatakan sedap itu....


Lepas solat maghrib, terus gerak, sampai sana, pukul 8.00, orang tak ramai lagi ... saya order mi udang biasa. Suami, mi udang special, dan untuk anak2, sebekas mi goreng udang biasa (yang dihidangkan dalam bekas seperti perahu panjang.


Sumber gambar: Utusan.com

Mi Udang Biasa - RM 8
Mi Udang Special - RM 12


Mi Goreng Udang Biasa - RM 8


Epal Hijau Ais - RM 3


Teh O Ais - RM 1.30


Kopi O Ais - RM1.30


Teh O Ais Limau - RM 1.50


Beza mi udang biasa dan special ialah, saiz udangnya. Bagi saya, mi udang dia sedap-terangkat! Menepati citarasa saya dan suami. Mi dia pun tak besar, tak kembang, kuahnya pun sedap. Cuma, mi goreng udang, agak biasa-biasa saja. Tapi dua anak saya tu cakap, sedap! ^_^ Mi goreng memang feveret mereka, terutama Iman. Aduhai, mi gorengnya sangat berminyak! Kesian anak2 saya makan minyak. Mi yang berada bawah tu saya tak ambil, penuh minyak, saya ambil mi yang atas2 je ... kurang sikit minyak.


Tapi yang tak syoknya masa makan tu, yang hitam-panjang kat atas badan udang tu tk dibuangnya. Terhegeh-hegeh la saya, sambil makan, sambil korek yang hitam2 kat badan udang tu.... ^_^ Dulu2 saya pun tak buang yang hitam-panjang tu. Tapi bila saya tengok mak cik saya buang yang hitam tu, setiap kali saya menyiang udang, mesti saya buang yang hitam tu, saya anggap hitam tu tahi, ya ke? Perasan tak hitam panjang atas belakang udang tu?


Mahu cuba Mi Udang?


---Restoran Mi Udang Mak Jah Kuala Sepetang, No 22, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (Berhadapan Restoran Cheng Ho)---

7 comments:

Akak Kembang said...

mengugat iman tol udang tulah..terliur nmpk..

Ummu Madihah said...

Ingatkan MJ Michael Jackson, rupanya Mak Jah! He he! Nampak memang sedap!!

Iela Fazielah said...

mcm leh cuba suatu hari nnt...lama btul x turun KL ni..teringat ila mkn mee udang kat penang thn 2009 dulu...sedapnyer!

IDAZS said...

lama dah tank singgah sini. suatu ketika dulu tiap2 minggu juga. saya suka nasi goreng dan zrin suka kuew teow. kuew teow halus mcm fecctucini. Tapi itulah rsanya tidak konsistenla, pandangan peribadi. minggu ni rasa sedap, minggu depan x berapa sedap pulak. adududududu

- dieyana - said...

alin-eheheh, kalu terliur, kena g try..;-)

ummu madihah-hahah, gimik...bagi saya, sedap!

iela-ha, kalau terpergi area sana, bolehlah singgah...

idazs- ermm k.dieyana baru p sekali...agaknya, tukang msk lain2 kot...huhuhu

Unknown said...

Tengah mencari sebab best friend akak mengidam (bukan mengandungpun). TQ Diana.

Unknown said...

TK memang tengah mencari sebab best friend akk mengidam (bukan mengandungpun).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...