Thursday, March 29, 2012

Hari Ini ke Kidzania!

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba! Pagi ni, bersemangat Iman bangun pagi, bersiap untuk ke Kidzania, Mutiara Damansara.





Playing it Big
KidZania is safe and interactive education and entertainment indoor theme park that allows children to role-play adult activities in a replica city designed to simulate real-life and a functioning economy. For children between the ages of 4 to 14, KidZania allows children to lead independent lives and get to understand the world of grown-ups better by being grown-ups themselves. (Kidzania.com.my)


Mengikut mesej teacher, pakai uniform sekolah macam biasa, dan berkasut. Saya memang kurang gemar anak saya pakai kasut. Lebih suka sandal. Bila semalam Iman ingatkan,

"Mama, kasut belum beli!"

"Yang tu tak boleh pakai ke Iman?" (merujuk sandal Clarknya).

"Tak boleh mama, teacher cakap semalam, kena pakai kasut, nanti sangkut jari kat batu, kalau Iman jadi pemain bola kat kidzania tu, kena pakai kasut."

Kata papanya, "Okey Iman, malam ni kita g duo, beli kasut!"

Fuh lega! Kata suami, tengok kat UpTown sudah, berlambak.


Mereka sampai UpTown Danau Kota, kedai belum buka! Balik ... tengah malam tu papa dia g sorang, alhamdulillah jumpa....

Bangun dari tidur tadi, tersengih2 tengok kasut dah ada! Petang semalam jugalah Iman potong rambut. Ha, barulah kemas, nak ke Kidzania!

Semakin besar, semakin tak reti nak bergambar, Iman bergaya tegak macam mama juga! ^_^


Pagi tadi suami saya hantar Iman, berkumpul di pekarangan NZ curry House, Wangsa Maju. (Baru kejap suami telefon saya, Iman dah naik bas (4 buah bas), dah jalan pukul 8.30 tadi. Kata suami, seronok tengok budak2 lain juga, masing-masing bersemangat ke Kidzania! Ibu bapa pun masing-masing sibuk ngambik gambar anak2 naik bas, Kalau saya ada situ, sah2 nyibuk ngambik gambar juga! Suami tentu geleng kepala tengok saya yang lebih kalut dari budak2 tu! ^_^)



Saya turut teruja dgn aktiviti mereka ni. Bukan apa-apa. Mama dulu, Iman, sekolah tadika KEMAS aje, mana ada benda2 macam gini kan. Ada peluang yang baik ni, pergi aje lah, sambil berseronok, mereka dapat belajar sesuatu. Tak pernah saya dengar Iman cakap, "mama, Iman tak nak pergi sekolah." Memang dia sangat seronok di situ. Alhamdulillah. Tak kisahlah hantar anak ke sekolah/tadika mana pun, waima tadika KEMAS. Asalkan anak-anak seronok dan mendapat ilmu yang bermanfaat. Insya-Allah....

7 comments:

edane said...

kak diana... juga teruja nk bw eysrf tp tk de ksmptan ag. ga tmpt iman ni ada day care tak? pening...pening tadika eysrf tak nk jga samp ptg pulak dah! sbb myalhi lesen yg hny utk tadika... sekok otak la kak die!!! haha

- dieyana - said...

etiey-GA tak de daycare...erm...sekok jugok palo otok tu pikir...aduyai...:-(

Akak Kembang said...

betul tu Diana..masa tadika Kemas paling koman pun pi Zoo Negara..hehehehe..

- dieyana - said...

alin-zoo negara tu kira bagus sangat dah tu ....heheh

IDAZS said...

seronoknya iman. saya tak sekolah tadika pun dulu. hihihihhiih

- dieyana - said...

idazs-haha, yang ni lagi dasat, tk penah p tadika..;-) k.dieyana pun, setengah tahun je p..;-)

Iela Fazielah said...

seronoknyer dpt gi kidzdania.... harap2 sekolah syfqah adalah nnt bw ke situ... untungnyer iman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...