Friday, March 23, 2012

Mood Tak 'Mari'

Pecah rekod kali ni, 2 minggu tk update apa2 kat blog. Rindu memang rindu, sayang memang sayang, kalau tak tuan dia, siapa lagi nak sayang blog sendiri kan.... Tapi apa boleh buat, mood tak mari. Tapi kerana sayang dengan Dieyana78, gagahkan juga hari ni untuk menaip sepatah dua kata di sini.

Mood tulis yang betul-betul belum mari

Mood jalan-jalan pun tak mari juga


Mood tak nak mandi petang (penyakit baru yang tak elok diamal-balik kerja tak nak mandi, sejuk aircond kat ofis yang melampau masih terasa2 waima dah sampai rumah ^_^)


Mood shopping pun belum mari ... tunggu tunggakan April? Mungkin juga. Insya-Allah semoga rezeki tu mari.... ^_^


MOOD SEKARANG dalam kepala, hanya nak MAKAN saja. Sekarang mood makan nasi+budu ^__^ Tengok member tulis kat wall FB-sup perut lembu, terliur, tengok idazs buat nasi lemak style Terengganu katanya-ikan aya tumis, pun terliur, tengok kek sedap pun terliur, haisy macam2 la nak makan ... rasa nak balik Pasir Mas, makan perut! Kat KL ada ke perut? Yang saya tahu, perut import ada la ... tak nak perut import! Kalau sesiapa tahu kedai makan kat KL ni jual masakan perut lembu yang bukan import, bagitau ya! ^_^

Perut lembu ... meleleh pulok air liur ni.... Kalau musim korban, best, ambik part perut - rebus, buat pencicah asam, atau buat sup perut.... tapi renyah nak urus perut, terutama perut yang 'bulat' tu, perut muda ke apa namanya ... seharian duk basuh - cuci-buang kekotoran/lemak yang dalam tu, ma kata nak sangat perut, sendiri basuh ya! T__T . Lalu, bertungkus lumus la Dieyana laki bini cuci perut kat perigi, tipu! kat paip belakang rumah, dengan beralas bangku kecil! T__T


Sumber gambar: http://shw.mamasya.fotopages.com/17141992/Air-asam-perut-lembu.html

5 comments:

NanieZara said...

wah..selera bsar nmpak k.diana..kenapa ek org pantai timur suka sngat mkn perut..nani panggil perut lembu ni "perut karpet" sbb dia mcm ada bulu2...hehehh

Ummu Madihah said...

wah sedap nampak perut!! Ya, perut muda memang sedap!! Lama betul tak kena!

IDAZS said...

wah sedap ni, saya pun suka perut, tp cicah sos... yang lain2 tak pernah makan...
teringin jugok nak tahu kedai mana yang best.

oh ikan aya tu nnati saya update resepi..mood belum 'mari' jugok! hahahahaha

Akak Kembang said...

alamak..perut lembu

- dieyana - said...

nanie-hahaha, tak tau la, bagi kami, sedap! isy, perut karpet, kelakar la nani, try la nani, heheh

ummu-ha, saya suka perut muda

idazs-tak pernah jumpa la perut asli kat kl nih, yg ada import..:-(

alin-kenapa ngan perut? tk suka eh? heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...