Tuesday, September 11, 2012

Semakin Memberat!

(Gambar diambil ketika hari raya pertama, secara tidak sengaja ^_^)

Esok kandungan berusia 7 bulan 3 minggu (Check-up di Hospital Selayang). Tapi perut semakin memberat ke bawah! Badan tak naik, perut saja yang naik ^_^ Tak sanggup melihat perut sendiri yang semakin tegang dan berkilat, sehingga timbulnya urat2 biru! ;-) (Hamil dua anak sebelum ini, tidak pernah mengalami keadaan ini). Sesekali perasaan seperti sudah mahu bersalin!




Apakah akan seperti pasangan ini? (Kedua-duanya perempuan)



Atau ini? (Kedua-duanya lelaki) ^_^


Insya-Allah, semoga dipermudahkan-Nya, amin. Doakan kami sihat....:-))

8 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

tak kira apa pun jantina semoga dipermudahkan semua nya,amin ~

♥MAMASYAZA♥ said...

kalau akak dulu, perut besar, badan besar, idung pun besarr...hehehehe

Sue Abd Aziz said...

Diana... seronoknya nak dapat twins... Kak Su doakan segala-galanya selamat untuk awak nge twins... berdebar dehh...

Sue Abd Aziz said...

Diana... semoga selamat semuanya. Kak Su doakan untuk awak nge twins... seronoknya nak dapat twins...hehehehh

~aYu~ said...

twins ke? seronoknya. sy teringin nak dapat twin.. moga selamat dan dpermudahkan segalanya.

lovely said...

wah.. kembar ke? bestnya..
semoga selamat melahirkan anak yang sihat dan comel Amin...

Ummu Madihah said...

Alamak, kembar ya!! Tumpang seronok!! Apa kata sepasang, lelaki dan perempuan!! Berat mata memandang, berat lagi ibu yang membawa kedua-duanya ke hulu ke hilir!

- Suraya - said...

Insyallah semoga mama dan baby2 selamat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...