Friday, September 7, 2012

Kenduri Kahwin Syawal

Cuti minggu lepas, kami ke 2 undangan kahwin rakan pejabat saya. Satu tak tertunai. Dari Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP, terus ke Sungai Buloh. Ke Sungai Buloh, jalan agak jem. Undangan kahwin di Balakong, tak pergi ... keletihan, anak2 pun dah mula bosan.

Majlis kahwin anak opismate saya di DBP, temanya ungu, wah, banyak sungguh lauk pauk, tak termakan rasanya. Makan sikit2 saja, simpan perut untuk undangan seterusnya, Terima kasih K.Zailan! (Sorry, tak de pic. Mana nak bawa perut, nak bawa kamera gemuk tu lagi..;-))

Dari DBP, terus ke Sungai Buloh, berpandukan peta yang diberi, alhamdulillah, senang jumpa rumahnya. Majlis kahwin anak Mak Aji. Kami disambut oleh Pak Aji (Suami Mak Aji), pertama kali saya tengok Pak Aji live! Sangat sederhana orangnya, tabik spring kat Pak Aji. ;-)) Mak Aji pun memang sederhana orangnya, sesuai dgn Pak Aji ;-). (Mak Aji, bukan nak 'pong'/puji nih deh, hok betul, kita royat betul..;-)


Pertama kali saya ke majlis kahwin, meja makan untuk tetamu diasingkan lelaki dan perempuan. Langsir jurai2 (apa nama istilahnya), menjadi pemisah antara lelaki dan perempuan. Dari pintu gerbang, Pak Aji menyambut kami, karpet merah dihampar untuk laluan tetamu. Luas sungguh kawasan rumah Mak Aji, nak balik tu, Mak Aji ajak ke bilik pengantin, tuan rumah mengajak, apa lagi, cepat2 setuju mahu tengok ... heheh. Pic ihsan daripada blog Mak Aji
(http://ummumadihah898.blogspot.com/2012/09/majlis-kenduri-kahwin-hanif.html) Nak tengok gambar2 lain boleh terus ke 'rumah' Mak Aji.


*('Cilok' 2 keping gambar drpd blog Mak Aji deh, tq!)
(Esok, undangan lagi! Alhamdulillah, syukur atas rezeki bulan Syawal ni....:-)

3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

tahniah ~

lovely said...

cantik pelamin dia.
suka la sebab warna merah. hihi.

Ummu Madihah said...

Dieyana, nak tergelak baca pasal nak pong, kalau ya pun x perlu pong pun, Mak Aji dah pencen pun. Sudah tiada pangkat apa-apa kecuali datin (sebab Pak Aji datuk, he he!) sahaja!! Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mak Aji pun dpt tengok cik abang Dieyana secara live juga, cukup hensem, sepadan dgn Dieyana yg cukup come lote!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...