Friday, June 28, 2013

WhatsApp?!

Salam Jumaat dan selamat pagi. ...
 
WhatsApp ('Woksak'), sampai jari-jari berasap! Fuh! Orang lain dah lama kenal benda alah ni. Saya? Fuh, baru je 2/3 minggu ni tau apa itu whatsapp ... hahaha, gila jakun kan? ^_^
 
Tambah lagi bila dah phone canggih sikit ni (sikit je lah), bolehlah nak godek2 itu ini, begitu begini. Lepas Woksak, ada yang invite me wechat pulok. Lagu mana pulok tu wei.... Boleh tulis2, macam woksak juga, n lebih menarik boleh berbual, katanya! Wah! menarik tu! ;-))
 
Sekarang ni Geng group sekolah rendah dulu2 ... menggila berwoksak, semakin ramai, meriah! Yang seronoknya sebab geng tu ialah kawan-kawan sekolah rendah dulu. Bayangkan! Kawan-kawan 25/28 tahun yang lepas! 1985-1990 Sekolah Rendah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas, Kelantan!
 
Seronok bila masing-masing bangkitkan cerita-cerita lepas...."mu ingat dok, gini, gitu, bla bla, bla pok pek pok pek." Gegak gempita ruangan woksak kami! Keras perut nok suko! Tambah syok bila kami akan buat majlis reunion hari raya nanti. Insya-Allah. Jange tok jadi pulok wei!

Indahnya alam persekolahan. Rasa nak kembali ke zaman itu, zaman kanak-kanak, zaman ikat rambut dua! ;-)) Tak payah nak pikir apa, tau nak main/seronok aje. Dah namanya kanak-kanak kan! ^_^ Andai dapat, kuundurkan putaran dunia! Tapi mana mungkin, kan!
 
Bisik-bisik: Apa-apa pun, woksak, woksak jugok, yang penting tahu batas-batasnya dan tidak lupa akan tanggungjawab masing-masing ya! Ingatan untuk diri n kawan-kawan lain juga! ;-))


** Banyak entri2 tertangguh, tak sempat la ai nak update! :-((


Kanak-kanak Ribena! ;-))

Wednesday, June 19, 2013

Surah al-Baqarah: Ayat 60

Amalkan Surah ini untuk perbanyakkan susu badan

Kelebihan Surah Al-Baqarah, Ayat 60; memohon supaya diperbanyakkan susu badan utk menyusukan si kecil.

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk
kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.
Digalakkan disertakan dengan niat (mohon perbanyakkan susu badan); selepas solat fardu, semasa menyusukan anak, semasa mengepam susu, insya-Allah.

Selain daripada mengamalkan ayat tersebut, boleh juga diamalkan membaca Surah Yaasin dan Surah Hujuraat.
 
Sumber: FB
 


 

Wednesday, June 12, 2013

Syaaban!


Berkongsi Rasa ;-)

Saya adalah sangat malu apabila bertemu Syaaban! (Sesuka hati letak perkataan 'adalah' yang jelas menyalahi penggunaan tatabahasa. Maafkan saya ... sesekali saya perlu 'derhaka bahasa' agar celoteh saya tidak merimaskan pembaca. Aci? *_* )
 
Okey, berbalik kepada cerita malu dgn Syaaban. Sungguh, saya sangat malu, malu kepada diri sendiri dan pastinya dengan Pencipta karena.... Sebenarnya.... Okey, saya berterus terang, sebab saya nak g beli kain raya baju melayu suami +anak-anak hari Sabtu ni (jika diizinkan-Nya), tapi saya belum ganti puasa-2 hari! SYYYYY! Kah3. (Ketawa berdekah2 kerana mahu cover malu). Insya-Allah, saya akan berpuasa esok. Wajib ganti puasa! Saya telah melengah-lengahkan waktu sehingga Syaaban telah muncul. Ya Allah.....

Bukan saja2 nak lengah2 ganti puasa, tapi saya risau nk puasa-sbb sy menyusu cik kembar! Sedangkan stok susu sangat ciput! Ya! Risau kalau puasa, pam kat opis susu tak banyak dihasilkan! Sebenarnya salah anggapan ini kan, fikir secara positif! Mana tahu, bila puasa, susu akan bertambah2! Tuhan maha berkuasa. Saya tekad, saya MESTI ganti puasa ESOK! Fikir positif! Insya-Allah....

Sekian. ;-))

Bisik-bisik  I :Ada yang 'senasib' dgn saya? Hik, jom2 kita ganti cepatcepat sebelum terlambat! Ia adalah latihan untuk menghadapi Ramadan, sebenarnya!
 
Bisik-bisik II: Dieyana belum ganti puasa, tapi teruja nak sambut raya ... bikin malu kompeni! Bangun sahur nk mkn apa? Nasi kicap+telur mata sudah memadai, kurma, air masak dan ESP Shaklee satu mug. ^__^ Bikin kecoh! Dah ganti puasa barulah berani nk cerita2 pasal baju raya. Setuju?!
 
 

Wednesday, June 5, 2013

Kami Cik Kembar! Hee.... ^_^

Assalamualaikum, hai.... umur kami dah nak masuk 8 bulan. 2 bulan lepas berat kami 14 kg. Tapi bukan 14 kg seorang, 14 kg bila dicampur kami berdua. Heee.... kalau berat sangat, nanti mama dan papa tak larat nak dukung kami! Kesian mama kami yang kecik comel  tu tau!

Kami tak merangkak, kami meniarap-menyelusur laju ! Kalau kami nampak mama, cepat2 kami dah sampai kat kaki mama! Mama selalu sembunyi daripada kami. Kalau mama nak g dapur/toilet, mama tutup muka, cepat2 lari tak bagi kami nampak mama. Tapi kami pandai tau, walaupun mama tutup muka, tapi kami nampak badan dan kaki mama tu. Hee.... Berlumba2 kami dapatkan mama! Kalau kami cari mama tak jumpa, kami suka tunggu mama depan toilet atau dapur. Hee.....
 
Kami sangat laju tau! Sebab tu mama selalu ingatkan Abang Iman, Abang Wafiy dan papa, "jangan lupa tutup pintu toilet, nanti cik kembar masuk. Bahaya!!" Hee...

 

Tiap-tiap pagi mama dan papa hantar kami rumah tuk (pengasuh), petang mama papa ambik kami. Kadang2 abang-abang kami ikut juga ambik kami. Kesian mama papa kami yang comel tu! tiap-tiap hari naik - turun tangga tingkat 2 hantar - ambik kami.

Kami ni kembar yang baik tau. Kami nangis bila nak susu aje. Kami dah pandai cari mama. Kalau mama berbaring, kami lumba2 cari susu. Kami dah tau susu kat mana. Mama cakap, cukup satu sorang, jangan berebut! :-)) Alhamdulillah, susu mama cukup untuk kami berdua. Kesian mama, tiap2 hari pam susu kat opis untuk kami berdua. Kalau tak cukup, mama pam lagi kat rumah. Mama bangun tengah malam, bangun pagi2 sebab nak cukupkan susu utk kami. Kalau ada lebih, mama buat stok. Tapi mama cakap, stok kami dah kurang sangat2. Tapi mama tak putus asa, mama terus berusaha. Tq Mama!
 

 






















Kami berdua suka main dengan Abang Iman, Abang Wafiy dan papa. Papa suka kacau, gomol2 kami. Lepas minum susu dengan mama, papa ulit kami sampai kami tertidur. Kadang-kadang, kami tak perlu diulit, kami tidur macam tu aje. Insya-Allah, mama dan papa tak penat jaga kami! Heeee....
Mama dan papa suka bawa kami berjalan2. Orang ramai suka tegur kami, "kembar ke?" "Wah, kembar la!", "Eh sama la". "Mana satu abang, adik?"
Kalau masuk/keluar lif, orang bagi laluan kat kami, beri laluan, beri laluan, cik kembar nak lalu!"
 
Bye, nanti kami cerita-cerita lagi tau!


Tuesday, June 4, 2013

Cuti Sekolah-Buat Apa?

Cuti sekolah kali ni kami tak balik kampung mcm selalu. Mungkin sebab baru je balik mengundi hari tu, jadi cuti sekolah ni, kami di KL saja.... Anak-anaklah yang paling seronok, "cuti lama," kata Wafiy. Papanya, pabila cuti sekolah, sudah tentulah melayan Wafiy, pagi, selepas hantar cik kembar, Wafiy dan papanya ke gerai  roti canai/nasi berlauk. Kemudian, 'berjimba-jimba' lah dua beranak tu.... Mak tak campur, sebab mak kerja mcm biasa! He3, jeles! Nak cuti juga-Jumaat ni! 2 hari lepas, papanya jaga cik kembar-pengasuh cuti!
 
Iman pula, saya bawa opis, kebetulan ada program teater kanak-kanak (dari umur 7-16 tahun)., anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk anak-anak staf DBP. Apa lagi, ambillah peluang yang ada! ;-))
 
Pertama kali Iman join latihan teater. Pada mulanya, tak nak, tapi saya cakap, cuba dulu. Bila dah join hari pertama-Isnin lepas, bila ditanya nk teruskan tak? Nak,  best, katanya,!

 
 
Tak risau Iman, level confidennya, Alhamdulillah, dari usia 4 tahun di Genius Aulad  dh didedahkan dgn aktiviti pentas, apa lagi, ada peluang, cuba2 lah mengetengahkannya.
 
Insya-Allah, mereka akan membuat persembahan sketsa 'Sahabat' pada 6 Jun ini di Dewan Bankuet Dewan Bahasa dan Pustaka, sempena Majlis Anugerah Anak-anak Cemerlang anjuran Badan Keluarga DBP.
 
Part Iman taklah banyak, sekadar pelakon2 cilik tepi pentas ^_^ Sesekali ada dialog, ha kau, keluar suara tak payah pakai mikrofon! *__*

"Mama, dialog tu apa? Mama, vokal tu apa?" Ahaks, seperti biasa soalan2 pasti menyusul! ;-)
 
Dan, Insya-Allah, pada November nanti, mereka akan terlibat dengan pementasan kanak-kanak DBP.
 
 
Apa salahnya kan, dedahkan anak-anak dengan dunia seni sastera, sebagai mengisi masa lapang mereka. Aktiviti sebegini dapat membentuk keyakinan dalam diri anak-anak, berhadapan dengan khalayak, serta mengembangkan bakat sastera mereka.
 
Kebanyakan daripada mereka, tidak pernah terlibat dengan teater, tapi dalam masa 6 hari mereka berlatih, dah dapat 'catch-up' apa yang diajar guru. Waima mereka tak duduk diam, berlari sana-sini, biasalah, kena tahan jiwa mengajar anak2 ni,  tambah2 macam Iman tu, aduyai...he3.... Sebilangan kecil yang pernah berlakon tu, okeylah, faham, boleh mengetuai yang kecik2 ni....;-))
 
** Uols cuti sekolah bawa anak-anak bercuti ke?

Monday, June 3, 2013

Ada Hadiah Ulang Tahun kah? *__*

Beli hadiah untuk diri sendiri sebagai ganti 'henpon' comel yang kena ambil orang hari tu! (http://dieyana78.blogspot.com/2013/05/13-mei-my-fs-hati-pilu.html) :-( Kata nak 'semakpon' yang boleh touch2 kan! Bak kata Wafiy, 'mama, belilah 'sasung'! (hok mini jah pun, itu pun rasa membazir, tapi dek kerana ikut peredaran zaman (ye ke?), belilah 'sebutir'. ;-) Tapi sangatlah tk reti, banyak nak kena kodek2. Tetiba rindu dengan hpon yang dulunya beli dgn harga RM 90. Jatuh 90 kali pun still steady! Kalau ikutkan, saya sangatlah 'kedekut' nak beli hpone mahal2 nih, tapi sebab cik abe sanggup top-up, hik2, bolehlah....

Tapi ada hadiah yang sangat comel dan sangat2 bermakna saya dapat petang semalam! Lagi kejutan selepas kejutan 2 tahun lepas (http://dieyana78.blogspot.com/2011/06/petang-2-jun-yang-sangat-manis.html.) "Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke-8, mama, papa, daripada Iman dan Wafiy!" *_* Sungguh, saya tak menjangka dapat hadiah comel dari orang2 yang saya sayang! Siap bungkus dengan pembalut hadiah, teruja mak membukanya, sambil Iman, "mama, kita makan sama-sama tau, sedap tu!" ;-)Mak dah termalu, papanya pula sengih2 tepi dinding. Patutlah petang semalam, beria-ria Iman dan papanya keluar makan angin, naik motor, nk tengok orang mancing, katanya. ;-))





Tapi ada lagi hadiah yang sangat hebat, tiada nilai tandingnya! Terima kasih Ya Allah atas 'hadiah' ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.




Sentiasa rindu dengan mereka, Awang hitam, putih, semua ada ^__^ Merekalah penyeri kami!

 

Ulang Tahun yang ke-8

2 Jun 2013 ... Alhamdulillah, genap lapan tahun usia perkahwinan kami ... Dieyana & Hanapi. Terima kasih Ya Allah, semoga kami sentiasa di bawah lindungan-Mu. Syukur atas kurniaan, nikmat dan rezeki yang diberi kepada kami ... 4 cahaya mata lelaki. Ya Allah, moga kami diberi kudrat dan kesihatan yang baik, untuk menjaga anugerah-Mu ini.
 
Terima kasih Ya Allah Engkau telah memberi pasangan untukku. Moga kami kekal bersama, selama-lamanya. Amin... Terima kasih Hanapi untuk segala-galanya.... (Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri *_*)
 
 
 
 
Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...