2 Jun 2011, Hari Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke-6. Alhamdulillah, kami dikurniakan oleh-Nya dua zuriat. Terima kasih Ya Allah. Semoga hubungan kami suami isteri terus kekal dan diberi kebahagiaan yang berpanjangan, dengan rezeki yang halal untuk kami berempat. Insya-Allah. Semoga kami suami isteri diberi kesihatan yang berpanjangan dan diberi-Nya petunjuk untuk mendidik anak-anak kami. Amin.
Petang 2 Jun, suami dan anak-anak menjemput saya dari pejabat. Wafiy, dgn keras tercegat di tempat duduk belakang, Iman pula, duduk bertenggek belakang kerusi papanya. Apa ke hal Iman duk tenggek belakang, sengih2 pulok tu?! Dan, saya masuk, duduk di tempat duduk hadapan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Selamathariulangtahunperkahwinanmamapapa!!!" (Dibaca dgn satu nafas)
Oh!! Saya terkelu, tersengih, terharu, termalu, ter, ter dan ter. Tak dapat digambarkan dgn kata2! Hhahhaha, malu weih! Sepanjang perkahwinan kami, inilah kali pertama ai dapat bunga drpd suami tersayang! Siapa yang tidak teruja kan ... waima 3 kuntum, tapi betul2 beri makna kepada saya. Hheheheh, serius, saya betul2 termalu dapat bunga! Tidur pun dgn bunga. Hahhaha. Just Kidding!
Tapi bila dah dah dapat bunga, rasa sedikit bersalah pulok! Hhehehe, ye lah kan, sebenarnya, saya memang mengimpikan dapat bunga pada hari istimewa macam gini. Sebulan sebelum 2 Jun, saya duk sebut2 depan suami, "bestnyo dih kalau dapat bunga aniversari ni, dating berdua!" Suami, seperti biasa, diam aje, buat-buat tak tahu. Dan, saya tidak mengharapkan pun dapat. Tetapi kali ni, ulang tahun perkahwinan yang ke 6, saya betul2 dapat apa yang saya nak!!! Tiba-tiba rasa kesian pulak suami saya. Sebab bunga bukan boleh makan pun kan? ;-) Lps ni layu jugak. Apa-apa pun saya suka dan rasa romantiknya suami saya nih!! Saya sangat2 menghargainya! Tq Hanapi!
Muka malu dapat bungeeee!
Cerita Hanapi kepada saya, orang yang paling berperanan dalam pemilihan bunga ini ialah, Iman!!!! Oh, lagi saya rasa terharu! Dan, siap cakap lagi kat papanya "Mama dan papa bercinta ehhhh!" Sweetnya! Kata Hanapi lagi, dari kedai bunga tu sampailah ke pejabat saya, Iman menghafal ucapan ulang tahun tu. Diucap dengan satu nafas, dengan mulut tersengih2! Hahhaha, anak saya yang sangat sweet! Kata Hanapi, dalam perjalanan nak ambil saya di pejabat, tak dibenarnya anak-anak duduk di hadapan, "tok payoh duduk depe, nanti mama nak duduk!" Alu lu lu lu, manisnya suami saya! ;-) Dan, anak-anak beri kerjasama yang baik kat papanya! Anak-anak yang comel!! Tq Iman! Tq Wafiy!
Apa-apa pun, ulang tahun kami yang ke-6 adalah yang terindah! Sangat2 sweet. Apa yang saya nak selama ini, saya dapat. Ha, kata nak romantik2 kan, Ha amik ko! Hahhah. Ala, bunga aje pun. Bagi yang selalu dapat bunga dari suami/boypren, pasti tidak beri apa2 makna pun kan. Hhehehe, tapi ai ni lain, usia perkahwinan kami, mana ai pernah dapat bunga dari suami ai, haruslah teruja! Alhamdulillah.
Terima kasih HanapiImanWafiy! Kamu, kamu dan kamu yang sangat comel+romantik! Saya dapat bunga, tapi apa yang saya beri untuk suami saya?? ... postponed.... Hhahahah.
++(Nota Dieyana: Petang yang sangat2 manis! Dieyana tersengih macam kerang busuk dari saat dapat bunga (dalam kereta) sampai ke rumah, koya (khayal) sebentar! Terasa membuak2 cinta. Hahhaha, dalam hati ada taman, rama-rama comel berterbangan atas kepala Dieyana, malu weih!!!! Saat menerima bunga daripada Iman, terasa seolah-olah mahu menghentikan masa tika itu! Sila jgn muntah, biar saya seorang saja yang muntah! Hahhahah!(Ketawa besar cover malu weih....;-))
9 comments:
wohoooo! romanticnya. nak bunga juga!
psstt: petang tu nampak iman pegang bunga :0, dah lama duk ternanti entri ni :p
Apepun happy anniversary. semoga bahagia ke akhir hayat.
alolololo, sweetlah iman, mama ngan papa bercinta eh? hikhikhihkihkihk
so sweeeeeeeeeeeeeet! ;D
happy anniversary dieyana n Hb
akak doakn moga kekal hingga k akhirat ;))
happy anniversary... wow bestnya dapat bunga....
idazs-ye ke nampak? hahahah! nak pegang bunge nak masuk dlm lif kat rumah pun, dah termalu! suruh iman pegang, Iman ckp, " mama pegang la sendiri, mama punya kan!" ahhahah
apa2 pun, tq...;-)
SSL-heheheh, tq kak...;-)
bestyer.... hubby dieyana... buat xdgr tp mendengar.. bila hubby bg sesuatu yg kita nak rs sgt2 dihargai...kan?? bestnyer dpt bunga... jeles ai!
bestyer.... hubby dieyana... buat xdgr tp mendengar.. bila hubby bg sesuatu yg kita nak rs sgt2 dihargai...kan?? bestnyer dpt bunga... jeles ai!
iela-dah kata nak sgt bunga kan, akhirnya dapat jugak..hihihihi..(malu2 kucing!)
seronok dapat kejutan cam tu...hehehe
Happy Belated Anniversary dieyana!
dah sebulan baru nak ucap..almaklum x berkesempatan nak bertenet.
berkerja sama betul 3 beranak plan beli bunga untuk mama ye..hehehe
Post a Comment