Acara makan colek bulan puasa! Orang Kelantan mesti tau colek ni, bukan colek buah/rojak buah tau. Buah pun nama colek juga, tapi colek buah, bila2 pun boleh makan, tapi colek bulan puasa ni, feeling dia lain macam sikit... tak tau nak explain macam mana. ;-)) Seronok yang best/sedap, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata...cewah!
'Colek' orang Kelantan ialah, colek kerang (rebus/bakar), colek keropok, colek perut-makan dgn kuah pedas-pedas sikit, ada tauge, timun batang, 'pelepung' (paru), keropok ("Colek gapo lagi eh? Tiga ni je lah yang sohor bulan poso.")
'Colek' orang Kelantan ialah, colek kerang (rebus/bakar), colek keropok, colek perut-makan dgn kuah pedas-pedas sikit, ada tauge, timun batang, 'pelepung' (paru), keropok ("Colek gapo lagi eh? Tiga ni je lah yang sohor bulan poso.")
Makan colek ini biasanya selepas solat terawikh, lepas moreh di surau/masjid, tak kira muda atau tua, kanak-kanak, akan ke gerai jual colek. Kat Kelantan memang banyak gerai jual colek ni, sambil makan, sambil berborak-borak!
Zaman kanak-kanak dulu lepas solat terawikh saya akan singgah tapau colek perut, sedapnyo colek! Kat KL ni susah nak cari colek perut nih, yang saya tau, kat Kampung Baru ada, tapi guna perut import, tk best, keras. Yang best perut muda tu, saya panggilnya perut bulat..
Tak sabar nak balik kampung Sabtu ni makan colek perut! (Perkataan colek disebut dgn bersabdu dan ada dengung sikit kat huruf E, sebut dgn tajwid yang betul ya! ;-)) CCOLEKK=colék
Sumber: Google
Sory, gambar blur... yang hitam tu paru, timun, tauge, keropok, perut tak nampak....lagi banyak perut, lagi sedap deh! ^_^
Uols suko makey ccolekk perut dok?? Confirm ada yang tak tau pasal colek ni kan! Nanti saya belajar buat kuah dia, nanti kita boleh makan ramai-ramai..heheheh ;-))