Tahun lepas-6 tahun-puasa juga tapi separuh hari saja. Tahun ni, saya TAK PAKSA Iman puasa penuh, tapi kami GALAKKAN dia berpuasa. Iman cuba dulu ya! Di samping sogokkan keseronokan berpuasa! Sambil papanya sogok dgn 'ganjaran' sekiranya dapat puasa penuh satu hari. Satu hari-RM 10 aci? ;-))
Balik sekolah agama semalam-sampai rumah hampir pukul 6 petang. "Mama ... Iman lapar!" Terus capai botol air atas meja! Ouch! "Iman dah pukul 6 nih, jom jom mama mandikan Iman, biar sejuk sikit badan, lepas tu tengok kartun, main game ... bla bla..bla.." Pujukan demi pujukan bermain di bibir saya dan suami.
Dah mandi diam kejap ... lega mak ... dengan wafiy tok soh duk cerito la ... bekeng! "Wafiy! jgn tukar chanel. Wafiy bla bla!"
7 petang - "Mama tolong, bagi la Iman makanan, mama tak kesian kat Iman ke...." (Merayu beb! -macam skrip drama okey!)
"Iman, pukul 7 dah ni, sayang la nak buka..bla bla...."
Diam.
Azan maghrib - Bismillahirahmanirrahim.... 2 ketul puding caramel (special saya buat untuk Iman, sbb tau dia suka sgt puding caramel ni!), sebiji pulut berinti-juga feveret Iman (sebiji 50 sen okey!), secawan teh suam. Dah habis kuih, pekena nasi pulok sikit. Alhamdulillah, Iman berjaya. "Seronoknya mama puasa," katanya. Berpeluh ketiak mak memujuk tadi tau...dengan nada suara yang halus...ahahha,
Kalau Iman minta berbuka tengah hari-kul 3/4..okey lagi...ini pukul 6-7! Sayang la kan! Apa-apa pun tahniah Iman....dapat puasa penuh satu hari. Hari ni tak tau la, kita tengok je lah petang nanti..;-)) Apakah ada adegan pujuk rayu lagi ^_^
Dan, hidangan simple hari pertama kami semalam - gulai lemak kuning udang, ikan bakar kosong cicah asam kicap, ayam goreng, puding caramel, teh o suam.... Alhamdulillah..kekenyangan. Terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan
Lepas solat maghrib-terus jelepek atas kerusi....pukul 10 malam, bangun minta aiskrim conetto! Nasib baik papanya baru balik terawikh, gigih g beli aiskrim pulok, sebagai semangat untuk Iman berpuasa lagi ^__^
**(Wafiy pula kami berpendapat terlalu awal untuknya berpuasa. Tapi tadi teachernya whatsapp saya: "Puan, Adam Wafiy puasa ke? Dia tak nak makan, puasa katanya!" Toing!!! ;-))
3 comments:
tahniahlah kpd anak kak..sila lah dtg ke blog sy..htpp://ajax85.blogspot.com
Alhamdulillah...tahniah Iman....Aku pun lalui penmgalaman yg sama dik. Anak buah akak 6 tahun. Setiap jam dia Tanya pukul berapa. Sbbnya nak makan TAUFA jer.hehehehee....
kalau afnan 5 thn pula..asal pergi dapur kena ikut..takut minum air ha..ha..
macam-macam gelagat anak posa kan..
Post a Comment