Amboi, tajuk bukan main! Tak de lah, sebenarnya rindu kat kawan-kawan 'sezumba' ... Fitsisters Group
Gian nak melompat! Melompat sorang-sorang tak best, nak juga melompat ramai2! Tengok kawan sebelah melompat tinggi, tak nak kalah, nak tinggi juga, lepas tu terpeleot! ^___^ Moralnya, jadilah diri sendiri, buat ikut kemampuan masing-masing. Yang penting, hepi!
Serius, badan pun lemau semacam ni ... hampir dua minggu tak g kelas.
Balik kerja, lewat sampai rumah, penat, makan anak2 tk siap, rumah tunggang langgang, mana sanggup nak keluar zumba dgn keadaan macam tu kan!
Sekarang cik kembar pula tak sihat, pagi petang ulang alik ambik gas kat pusrawi (nebulizer)
Bila semua sihat, kita sambung zumba balik! Weihuuuuuuuuuu...
Dua Instruktor Zumba yang best - kecik comey, bila beraksi, mak oii, tak dan nafas akak tau! ^__^
Jom, nak sihat, gembira, kita zumba di sini:
Metabolixtreme Gym & Fitness
Sunway Batu Caves,
Batu Caves Selangor.
Perempuan Sahaja ... Studio Tertutup!
Waktu: 9.30-10.30 malam
Walk in: RM 10
Trial for 3 classes: RM 30
Member: RM 110
Isnin-Aerodance
Rabu -Zumba
Jumaat -Zumba
Inilah masa nak bersosial secara sihat kan. Kat rumah rutin kita sebagai isteri, lipat kain, basuh baju, layan anak-anak, suami etc... Kena juga luangkan masa untuk kita orang perempuan nak bersosial, tapi secara sihat tau! Ingat laki, anak-anak kat rumah tu ... ingat, bila dah suami izinkan keluar, gunakan ruang ini sebaik mungkin, jaga maruah suami, eh membebel pulok! ^__^ #ingatandirisendiri
Jom Zumba ... nak gembira, hilangkan tension2, katanya ... lalalalala! ;-))
Berlambak gambar kat galeri ni ha.. setelah ditapis2 cukup yang ini saja disiarkan ;-)) Apa tak berlambaknya, lepas kelas, bergambar, itu belum masuk yang berselfi bagai, uols memang best!
Kawan-kawan kepala pengat yang best ... we love Fitsisters!
Oh no no, tudung hijau tu nenek kebayan eh? Wakaka!
Smile!