Monday, February 15, 2016

Mengenal Haiwan di Zoo Negara

Cuti Hari Wilayah lepas, bawa anak-anak ke Zoo Negara. Tujuan utama bawa cik kembar mengenal haiwan. Pertama kali tengok binatang secara langsung, cik kembar nampak takut, teruja.
 
 
Pukul 9 pagi kami sampai ... sunyi sepi! Tak de orang weih, best2, tak de lah serabut dgn orang ramai!
 
Dua abangnya dah bnyk kali ke zoo, kali ni bawa cik kembar pula. Dari zaman anak sulung saya-Iman lagi memang Zoo Negara lah tempat yang 'mesti' kami bawa anak-anak untuk kenal haiwan. Ada yang cakap zoo busuk. Busuk memang la busuk, panas memang panas, biasalah dah namanya tempat haiwan kan. Buat tak tau sudah ... Alhamdulillah hari yang kami pergi, panas yang biasa2 saja, tidak membahang. 
 
Macam biasa, mesti bawa bekal makan, cafĂ© kat dalam tu mahal, tak berbaloi, gigih mak bangun pagi2 goreng nasi tau! ^__^
 
 
 
Perjalanan bermula!
 
 
 
Iman dan Wafiy
 
 
 
 
 
 
Bnyk tempat sedang direnovate ... Rumah Reptilia ... tempat pertunjukan pun renovate. Masih ada pertunjukan, tapi diaorg guna  tempat kecik sementara tempat direnovate. Hari yang kami pergi tu, ada pertunjukan burung.
 
Mcm biasa, gajah pun dah tua ... hihi, badak air pula berendam tak timbul2 hahaa! Tapi ok lah cik kembar nmpk seronok walaupun takut2.... ;-))
 
 
 
 
 
 
 
Tak mau turun dari stroller, takut weih! ;-))
 
 
Mama, kura-kura mana? Bnyk2 binatang ditanyanya kura-kura hahaa! Okey kura-kura dlm perahu, pura pura tak tahu! ;-)) Kura2 tk de, nak, Rumah Reptilia tu sedang direnovate, bai bai aje lah ^__^
 
 
 
 
 
Rehat sebentar, sebelum menyambung perjalanan, lenguh kaki mak haih! Makan bekalan dan posing-posing dulu ;-))

Kalau yang kepenatan berjalan, boleh naik 'kereta' yang disediakan tu, tk pasti berapa bayaran tiketnya. Tapi kami lebih suka jalan, anak-anak pun tidak meragam, so perjalanan kami anak-beranak menyeronokkan tanpa 'gangguan2' ;-))
 
 
 
Kat tempat ikan, dah mula berani.
 
 
 
Teruja tengok ikan besar!
 
Pagar biru sebelah tu tempat pertunjukan yang sedang direnovate
 
 
Tiket - Dewasa RM 31
Kanak kanak 4 tahun dan ke atas RM 11.
 
Fuhhhh, berpeluh juga lah, okey lah bukan selalu kan. Dah kata nk tunjuk haiwan kt cik kembar kan! ;-))
 
Tk tau la generasi akan dtg mcm mana, masih wujud kah Zoo. Ermm, haiwan semakin pupus!
 
Saranan / pendapat saya la kan, kalau sesiapa nak pergi zoo sekarang, baik ditangguhkan dahulu, ada tempat ditutup sbb renovate. Rasa macam rugi juga, tiket bayar macam biasa.
 
Apa-apa pun, anak-anak seronok, terutama cik kembar. Anak-anak suka, kami bahagia! ^__^
 
 

Bai, kami dah nak balik!

**Panduan penting ibu bapa yang membawa anak-anak ke Zoo Negara: Dah tau nak jalan luas/cuaca panas, pastikan bawa air dan makanan yang mencukupi, serta keperluan yang lain-payung, kipas tangan dsbnya, supaya anak-anak tidak meragam kelaparan. Paling tidak pun, mak-mak yang akan meroyan! ^__^ 
 
Alhamdulillah, anak-anak tidak perangai pada hari kejadian, lega mak. ;-))
 
 

8 comments:

idzwa kamaruddin said...

sekali sekala ke sana penat kannnn..dah la luas panas plak..hehehee..cuma tang tiket je la seram sikit nak bayar :)

- dieyana - said...

idzwa-hahha, memang seram, itu yang tertangguh2 tu...tunggu cukup modal n 'bersemangat' nak jalan panas, baru boleh on 'projek kenalkan haiwan kat cik kembar' ni..hahah

nak jalan luas/panas-kena bwk air n mknn secukupnya, kalau tak, ank /mak yang akan meroyan..hahha

Julia Johari said...

Best kan pi zoo negara dieyana...mmg pus hati lah...nampak anak2 tu semua seronok tu...rasa nak pi lagi zoo bila baca entry ni dear

Daddy Ziyyad said...

Tak bawak gi tengok panda?

Saya pun dah lama tak ke Zoo Negara...rasa rasanya dah 4 tahun..
Waahhh...ada 4 boys! Saya ada 3 boys. Hihihih.

- dieyana - said...

Julia...ha'aa, yg penting anak2 seronok kan...

- dieyana - said...

daddy ziyyad-panda-tiketnya lain pula..boleh tahan harga nya..hiih...ini pun berpeluh tiket 6 beranak ;-))

3 boys? tahniah! ;-))

hhidayah said...

wah, da sampai! mesti anak2 happy..kitorang tunggu kembar besar sikit, baru boleh pergi zoo..

Nabil Fahmi said...

wah,,happy betol anak2 puan..anak sy pon excited 1st jejak kaki ke zoo negara..tiket dh naik harga,rm44 dewasa & kanak2 3 thn ke atas rm16..hrga tiket termasuk tmpt beruang panda..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...