Thursday, February 18, 2016

Ikea Cheras

Dah bertahun tak pergi Ikea ... hampir empat tahun kot. Lepas bersalinkan kembar, langsung tk pergi. Dulu pergi Ikea sebab baru pindah rumah, semangat nk cari barang rumah  yang comel2, Ikea antara tempat kami cuci mata/cari idea - kononnya. Tapi sampai sekarang, rumah duk lagu tu jugak, tak de apa yang menarik pun, hahha!

Sekarang, bila tengok dinding rumah, aduhai, banyaknya lukisan kreatif anak2 kat dinding. Rasa macam tak bermaya je tengok dinding rumah ^__^ Teringin juga nak cat rumah, kasi 'bersih' dinding tu, tapi hasrat tertangguh. Kata saya, biarlah dulu, tunggu anak2 dah besar sikit. Ayat sedapkan diri sendiri, mak redo, nak! ;-))

Buat masa sekarang, 'nikmati 'keindahan' lukisan anak-anak yang kreatif tu. Dulu Iman n Wafiy, sekarang cik kembar pulak ambil alih kat dinding tu, hahah!

Berbalik tentang Ikea ... Ikea cheras dah lama buka kan,  tapi saya buat tak tau aje, sbb tak de apa nk shopping kat situ, nanti kalau pergi ckp tk mau shopping, tp mesti terbeli jugak bekas comel / ntah apa2 lah!

Tup tup member ajak, jom p Ikea, jalan2, boring duk opis (Lunch hour hari Jumaat yang panjang). Dari opis ke Ikea Cheras, memang dekat je. Ha jom lah, boleh jenguk Ikea baru! ^__^


Berkenan pula jam ni, simple! Tertarik dengan warnanya!

Jalan2 konon,  ha kau, nah dua biji mug utk minum kopi kat rumah! ^__^
 
Lepas tu beli karipap sedap Ikea, makan panas-panas! ;-))
 
Ok bai!
 
Balik rumah dgn bangganya cerita kat suami, pergi Ikea Cheras! Dan, tak sangka selepas 4 tahun tak pergi Ikea, suami ajak pergi Ikea, nk cari idea buat rak katanya. Jeles la tu sebab isteri dah lebih dulu pergi Ikea, orang pergi, dia nak pergi jugak! ^__^

 

Kebetulan lepas raya cina, balik dr Kelantan, keesokannya saya masih bercuti, ha apa lagi, jom kita ke Ikea! Syok weih, org tk ramai, lapang! Cik kembar kat taska, bawa Iman n Wafiy je.
 
Orang tak ramai, apa lagi, posing-posing la!


Eh eh, seronok pula diaorang ni, ingat ni taman permainan ke? ;-))
 


Mama, cepat ambik gambar kami! Amboi, ini sudah lebih!


Mimpi ke angkasa lepas ke tu....;-))



Akhir2 ini, suka tengok taman/deko yang macam gini. Angan-angan nak miliki rumah yang deko ala resort. Apakah ni tandanya faktor usia yang semakin meningkat? Mak cik sangattt! ;-))






Sejak dari dulu saya berkenan kerusi macam ni, ala2 rotan, tapi suami cakap, macam kat kedai minum kopi. Eh, memang la, cantik apa! Santai....
 





Sambil berangan rumah ala resort, tetiba lukisan 'cantik' cik di dinding  rumah berselang seli datang dlm angan2, okey dah stop berangan!  Lupakan rumah ala resort tu ... hahaha!



Sebenarnya, Ba (ayah saya) kat kg memang minat dekorasi taman. Itu yang ambik gambar, nanti boleh tunjuk kat dia, boleh jadi panduan dia untuk menghias laman rumahnya!



Apa-apa pun, kita tunggu je lah projek suami dengan rak tu, jadi ke tak jadi. Dah mcm2 idea dtg, katanya. Sebelum ni, satu rak dah berjaya dia buat http://dieyana78.blogspot.my/2015/09/rak-simple-di-stor-kecil.html

Google, ada satu tempat di Shah Alam, ada jual kayu yang siap bersih macam kayu kat Ikea tu, kita hanya pasang/bina/paku sendiri. Boleh terjah nanti, kata suami! ;-))



 

11 comments:

babYpose said...

Wah best bawa jalan ke ikea baru, belum sampai lagi, lapang sangat tu, selesa nak shopping, cantik pic yang anak suruh ambil gambar ada painting pokok kat belakang katil. Kalau deco resort citarasa makcik ek hehe.. hiasan taman pun menarik, thanks for sharing :)

Daddy Ziyyad said...

Kalau saya mmg tangan keras la,takde la nak buat projek paku memaku kayu ni...hahaha..beli yg dah siap aja..

Saya & wife dlm fasa menunggu at least lagi 2 tahun sebelum betul2 nak overhaul rumah...hahaha..sebab banyak karya masterpiece kat dinding rumah...lagi dua tahun yg bongsu dah 4+ umur nya..dah ok dah...

- dieyana - said...

baby pose, ha seronok, cuci mata...org pun tk ramai time org kerja.

- dieyana - said...

daddy ziyad-ha, suami tu boleh buat, cuma rajin tk rajin/kelapangan ms jugak, kalau mls2, beli siap juga...

karya masterpiece mesti terbaekkk tu..hahah...ok la tu ..;-))

Aida Salleh said...

Akak pun suka cuci mata kat IKEA. carik idea konon2nya. Tapi biasa meranapkan poket jugak. Takde maknanya gi IKEA balik tangan kosong. Huhuhuhuuu...

Chekgu Azrine said...

nampak karipap tu dah tau mesti sedap...dlm minggu dah ada 2 entry citer pasal karipap sedap kat ikea..alahai

- dieyana - said...

kak aida..ha tau tak pe..hiihih...

- dieyana - said...

chekgu azrene-sila lah terjah..sambil2 cari sudu/garfu ikea..ihihi...sajer ngusik cikgu!

hhidayah said...

paham perasaan 'tak bermaya' tu bila tgk rumah kene conteng. rumah saya pun sama..da cat, conteng balik..adoi, pitam mak diorang nih *nanges* Dapat pergi ikea, memanag dapat terapi sikit2. Tak makeover sume pun, dapat tengok benda baru pun da buat kt happy =)



IDAZS said...

tak pernah sampai lagi ikea cheras. mana lagi best? ikano ke cheras kak?

LYAfrina said...

bestnyaaaa...
tringin sgt nk g ikea.. pegi zmn blm kawen dlu..
klo pergi skarang, cnfirm meroyan..smuanya nak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...