Thursday, March 9, 2017

Cerita Umar Ghazi & Umar Ghufran


Dah lama tak cerita cik kembar. Alhamdulillah, diaorang dah masuk sekolah, 5 tahun! Cepatnya masa berlalu.... Masih terbayang diaorang kecik-kecik, masa tu, mama dan papa masing-masing macam robot urus anak-anak. Sampai sekarang masih lagi macam robot, hahaha, pagi-pagi kalut ribut siapkan sarapan simple untuk anak2, mandikan cik kembar. Mak aih, liatnya cik kembar nak bangun pagi, tidur lambat, mana tak liatnya! Mandi, pakai baju, nak dengan mama jugak! ;-))


 
Pagi
 
Alhamdulillah, dah g sekolah ni, nampak 'cerdik' sikit, ada rajin sikit, mulut pun semakin hari semakin banyak! Teacher cakap, cik kembar tak datang sekolah (demam), kelas tak riuh. Hahahah! Pagi2, mama dah bersenam, naik tangga, turun tangga, cik kembar nak mama naik tangga juga, hantar sampai atas, betul2 depan pintu kelas! Padahal teacher ada je kat bawah tu, sambut student pagi2. Petang, gilir2 dgn suami, naik tangga ambik diaorang kat day care. Agak2 sampai bila mama nak hantar sampai depan kelas tu, dik? Setahun eh? Sabar mama! ;-))



Hari pertama di sekolah (Januari 2017), Ghufran (adik), takut2, pegang kolar baju abang (Ghazi) ;-)) Masa hari pertama, menangis tak mau masuk kelas. Hari kedua, Alhamdulillah okey. ;-))
 
Cikgu dah boleh beza Ghazi n Ghufran. Kata teacher, "Ghufran nampak manja2, mesti nak bersama-sama dgn abangnya (Ghazi) ;-))
 
Selalu berdampingan! Kata teacher, "diaorang ni, love each other" Alhamdulillah.... 
 


Setiap hari Rabu, kelas Art and Craft.


Duduk pun mesti dekat-dekat ;-))
 


Time gaduh ada jugak, tapi kalau diaorang berjauhan, sedih! Moga ikatan mesra ini adalah untuk selama-lamanya, tiada siapa yang akan memisahkan mereka, kecuali Takdir!
 

Ceria bila berdua, cuba kalau sorang tak de, monyok beb!
 

7 comments:

wahida said...

hehe...comel je adik pegang kolar abang tu...takut2 ye...Alhamdulillah dah ok...mcm tu lah gud boy!

norhidana miswan said...

comei je kembar nih... rapat betul yek...
suke tgk yg gambar adik pegang kolar abang... dia tau apa2 abang ada

lokman amirul said...

salam singgah

- dieyana - said...

wahida- haa, Alhamdulillah ;-))

norhidana-yup, apa2 jadi, abang ada, lebih rasa confiden ;-))

lokman- hai..salam kenal

mama tisya said...

Cpt membesar xlama lg darjah 1 plak

LYAfrina said...

Alhamdulillah...dh besar..comel plok tu.. Cpt btl masa berjalan kan

Iela Fazielah said...

alahai comelnyer...... i wish ila diberi peluang mengandung, melahirkan, dan membesarkan anak kembar yg sihat, cukup sifat dan cerdik sekali lagi... seronok tgk....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...