Wednesday, May 26, 2010

@ Classico

Cuti Sabtu dan Ahad, kami lebih banyak menghabiskan masa di Wangsa Maju. Beberapa seksyen area WM menjadi pilihan kami-menguruskan kelengkapan untuk teratak kecil kami. Dalam tempoh 'pencarian' ini, sangat2 jarang kami ke taman seperti kebiasaan yg kami kunjungi demi anak2 tersayang. Kesian dua beradik itu. Lantas, kedai2 yang dikunjungi telah dijadikan medan untuk mereka 'membuaskan diri'. Fuhhhh! Sehinggakan Iman cakap kat aku, "Mama, lama Iman tak naik kereta merah, lama Iman tak mandi kolam klcc, lama Iman tak beli ultraman", dan macam2 lagi ayat yg sewaktu dgnnya. (Sabar sayang, 'pencarian' ini hampir selesai, tempat2 tu kita pergi nanti. Insya-Allah.)

Puan Wendy yang sangat peramah.Thanks ya!


Pencarian aku di Kamdar, Nagoya dan Jakel telah berakhir. Akhirnya, Clasicco Home Design, Wangsa Maju menjadi pilihan kami. Bagi sesetengah orang, nak cari langsuir langsir amat mudah, tapi bagi aku, sangat2 la susah! Cerewetkah aku? Fuh, berpeluh ketiak akak tau! Aku sangat berpuas hati dengan pilihan ini, dan, terima kasih Puan Wendy, selaku tuan punya kedai dan perunding untuk kami.


Aleeya, warna kelabu tahi anjing ni sesuai utk awk ... masuk dan cantik tau! Buat macam rumah sendiri ... fuh....





Harap2 pilihan ini bertepatan, dan kita lihat hasilnya nanti. Insya-Allah.... Dan untuk Iman dan Wafiy, nanti kita naik kereta merah, hijau, kuning, kelabu dan sewaktu dgnnya. (Hehhehe). Insya-Allah.

2 comments:

~ Ida ~ said...

hahaha....x tahan statement untuk Aleeya tu.

Cantik..cantik...x sabar nak tengok rumah baru diana nanti. Biasa la diana..nak masuk rumah baru memang banyak belanja..tapi ianya berbaloi-baloi..kan..kan

untuk Iman dan Wafi...sabar ye...Papa ngan Mama nak cari design untuk rumah baru yang akan menjadi impian keluarga. Baru la best leh main altraman2 lam bilik baru nanti...hehehe

- dieyana - said...

k.ida
-hikhihkih...statement mahal tu...

-hemmm, memang pening, sgt2 pening ... nk puaskan hati sendiri ni sgt2 susah. ermmm, buat setakat mampu kak....

-hihkihkhi...ultraman in d' house!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...