Friday, January 21, 2011

Minum Susu Tepung di Rumah!

Dalam dua tiga hari ini, Wafiy dah pandai minta susu tepung ketika berada di rumah. Dan, semalam, "Ama, Afiy apaa, Afiy nak su." (Mama, Wafiy lapar, Wafiy nak susu). Mata saya sedikit terbeliak. Wafiy lapar? Nak susu? "Minum pek mama lah." "Na nak (tak nak), Afiy nak su" Susu tu, maksudnya, susu botol=susu tepung. Kalau dia nak susu saya, akan disebutnya 'pek'. Erm, nasib baik ada botol susu baru dibeli, dan kebetulan, Dumex Dugro (Honey) 650 g ada dalam simpanan, standby sekiranya pengasuh beritahu, susu tepung habis. Di rumah pengasuh, saya masih membekalkan susu perahan saya dan di top-up dgn Dumex Dugro Honey.


Apabila saya bancuh susu Dumex kepada Wafiy=5 oz, sengih2 hisap botol di kerusi. Saya dan Hanapi pula ralit melihat dia minum susu sambil tersengih2. Maklumlah, tak pernah tengok dia minum susu botol ketika di rumah.


Adakah itu petanda Wafiy mula ingin merenggangkan susu badan? Semalam, dua kali dia minta susu tepung, petang, dan malam ketika mahu tidur. Tetapi apabila terjaga pd tengah malam, seperti biasa, minum susu saya. Saya berasa ingin menghentikan saja aktiviti mengepam saya di pejabat. Hasil perahan saya sekarang, lebih kurang 6-7 oz sahaja (sesi 1=3.5 oz + sesi 2=3 oz hingga 3.5 oz). Tetapi hari ini saya agak teruja-hasil perahan sesi pertama=5 oz! Mungkin semalam, Wafiy kurang minum susu saya, menyebabkan hari ini saya mendapat hasil lebih daripada biasa. Tiba-tiba keputusan untuk menghentikan aktiviti mengepam, kensel! Hheheh, saya akan terus mengepam, tidak kira berapa hasil yang saya dapat, sekurang-kurangnya bekal ke rumah pengasuh untuk Wafiy, masih ada....



9 comments:

IDAZS said...

Jangan cepat mengalah. Pam tetap pam.

Kin dia susu kita dah sikit, dia tak puas nak minum agaknya.

Apepun teruskan mengepam sehingga ke titisan terakhir ! :)

- dieyana - said...

idazs-yup, semngat dtg balik ni...tq tq!

Unknown said...

jgn berhenti kawanku..terus aktiviti seperti biasa. Jangan cepat putus asa....

- dieyana - said...

suraya-hehehe, insya-Allah, perjuangan belum selesai, tq bg semangat!

ibudhani said...

kdg2 tgk wafiy muka mcm anak sy pn ade...

terus kan je mngepam selagi wafiy nk minum....

- dieyana - said...

ibudhani-ha'aa la...hehhe
-insya-Allah, selagi dia nak n ada daya....

ibudhani said...

dieyana, tq bgtau....sy br nk add erin dlm Fb..hehehe xsbr plak daku nk tgk..ngeh2!!!!

ibudhani said...

heheeh daku dh tgk dh...hehehe tembam nye muke ku itew!!! muahahaha

- dieyana - said...

ibudhani, hhehehe, mana ada tembam, okey aje? heheheh...
mcm best aje, camner nk join ek?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...