Sabtu lepas-19 Februari 2011, saya telah menghadiri pertemuan di antara guru kelas dan ibu bapa di Genius Aulad Wangsa Maju ("Parents and Teacher Sharing Day"). Pertemuan ini bertujuan untuk guru kelas memberitahu perkembangan anak2 kita di sekolah, dan seterusnya ibu bapa turut berkongsi perkembangan anak-anak di rumah dengan guru kelas. Pertemuan enam mata (Teacher Siti, saya dan suami), dapat disimpulkan beberapa perkara tentang Muhammad Iman Haziq-5 Andalus.
Biasalah, pastinya, Teacher akan menceritakan yang baik-baik dahulu. ;-) Menurut teacher Siti:
Baik
1. Dari segi hafazan - sangat bagus-mudah dan cepat ingat (Doa, bacaan dalam sembahyang).
2. Memorinya kuat-cepat mengingati nama kawan-kawan, nama teachers.
3. Pencapaiannya bagi buku 'Adam and Dina' baik, sudah mencapai buku 4 dan hampir ke buku 5
4. Apabila memberi kerja dalam kelas, dapat menyiapkan kerja dengan cepat - "I'm first!!"
Carta pencapaian buku 'Adam and Dina'
Kurang Baik
1. Kadang kala kurang fokus, dalam kelas, kata Teacher Siti, suka 'story-story' dgn kawan2. Apabila ditegur teacher, 'Iman....", senyap sekejap, lepas tu sambung balik story2 dgn kawan yg juga suka cakap2. (Tambah2 hari Isnin, banyak betul cerita nk bgtau kawan2...;-).
2. Pencapaiannya dalam Iqra' hanya di tahap sederhana, perlu buat homework, baca dgn parents. (Parents boleh lihat pada buku iqra', setiap halaman yang dibaca-teacher akan tanda tahap yang diperolehi Iman -sama ada 'good', 'progress' atau 'repeat'.)
3. Mewarna-kurang cantik-keluar garisan. Saya memang akui akan hal ini. (Ini kes 'I'm first' la ni, wink wink. Nak cepat saja!)
Carta Pencapaian Iqra'
i) Bagi masalah Iman yang pertama, macam mana saya boleh buat? Erm, tentu ada penyelesaiannya kan. Yang pasti, saya akui, Iman memang banyak cakap. Heheheh. Kita yang dewasa ni pun kurang fokus, apatah lagi kanak-kanak berusia 5 tahun.
ii) Masalah yang kedua, pastinya saya dan Hanapi kena lebihkan masa untuk mengajar Iqra' di rumah. Agar dia tidak berasa bosan, saya dan Hanapi bergilir2, memperuntukkan hanya satu halaman, satu hari. Insya-Allah....
iii) Dan masalah ketiga-seharusnya, saya kena beli lebih buku mewarna, untuk dia melatih tangan agar dapat mewarna dgn baik.
Apa-apa pun, kebaikan yang dicapai Iman, semoga dapat dipraktikkan sehingga bila2. Insya-Allah. Masa hadapan tiada siapa yang tahu. Hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui. Setiap ibu bapa, hanya inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Kita hanya mampu merancang, segala-galanya adalah ketentuan-Nya....