Thursday, February 24, 2011

Hidangan Petang Khamis ;-)

Selamat petang....

Di luar sana cuaca gelap, hujan sgt lebat, guruh berdentum-dentum. Saya di dalam pejabat, rasa kesejukan, dan sesekali terkejut dgn bunyi petir. Manuskrip saya letak tepi, sakit mata, sakit kepala. Sebenarnya perut saya lapar. Tadi saya makan nasi pukul 11! Pagi tadi saya makan kuih 3 keping saja, sebab tu saya makan nasi seawal jam 11. Petang ni, di meja saya tiada bekalan seperti semalam. Semalam saya bawa roti dan mentega kacang, nyum nyum. Tapi hari ni, tiada apa2.... Hahhaha.... Jadi untuk mengurangkan lapar saya di kala hujan turun dgn lebatnya, maka saya mempersembahkan hidangan mata saya dan kawan2 yang mungkin senasib dgn saya.....Terimalah.































































Kue tiaw+bihun celup berlaukkan perut, hati, ayam, limpa dan lain2..;-)

Hajat di hati saya, petang ni, saya nak masak mi kuah. Harap2 impian saya untuk memasak petang ini tercapai. Amin. Sebenarnya, 1-2 minggu ini, dalam peti ais rumah saya tidak ada langsung bahan mentah. Boleh dikatakan tiap-tiap malam saya masak nasi sahaja-lauk beli daaaaaaaaaaaa. Kadang kala saya makan di luar... Semoga petang karang balik kerja nanti dapur saya akan menjadi basah dgn mi kuah nanti. Ahaks!

Maafkan saya kerana entri ini ditulis dalam keadaan perut yang lapar. ;-) Sambung buat kerja!

4 comments:

IDAZS said...

menyelerakan. lebih-lebih lagi time2 hujan lebat gini

apepun semoga misi mee kuah petang ini berjaya!

~ Ida ~ said...

ooo...tengah kami berdentam dentum meeting petang semalam rupa-rupanya dieyana sedap menjamu selera ngan mee yeeee....sedapnyaaaa

Unknown said...

amboi sedapnya...yummyyyy....

Nanie-Izailani said...

sedapnya..tetiba teringin plak nak mkn bihun celup..slurrrppp!!!!hehheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...