Pagi Ahad Lepas, kami ke Bandar Baru Nilai. Lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami keluar rumah. Perjalanan kami sangat lancar. Alhamdulillah. Ini pertama kali saya ke Bandar Baru Nilai, ini pun atas urusan Hanapi. Pantang diajak, mahu saja mengikut. Heheheh. Sampai di Bandar Baru Nilai, tiba2 "...eh eh ... ha itu lah itulah bangunan hijau, itulah Ice Room yang orang duk sebut2 tu." Orang mana yang sebut? hahahah, blogger2 la kot (ini kes terpengaruh la ni,heheh), heheh, termalu sendiri, tiba2 SEDIKIT excited. "Balik nanti kita makan situ eh, best ni!" Orang lain dah makan sini, lepas tu, cakap, sedap, sedap, mana boleh saya terlepas peluang ini. Nak jugak lah saya rasa, sesedap manakah 'ais krim' di Ice Room itu. Harap-harap permintaan saya ini dapat ditunai....
Alhamdulillah, selepas jumpa 'tempat' yang Hanapi cari tu, kami ke mini taman permainan di Dataran Nilai. Konon2nya, selepas Iman Wafiy penat bermain di taman, dapatlah menghilangkan penat dan dahaga di Ice Room nanti. Hehheheh. 30 minit di taman, kami terus ke Ice Room, nampak saja bangunan hijau, kami berhenti. Alamak, belum buka! Jam hampir pukul 11 pagi. Nasib baik di sebelahnya ada kedai menjual barang hiasan rumah-kami mencuci2 mata kat dalam kedai ni dulu. Nampak saja Ice Room buka, ha, apa lagi, terjah! Kami ialah pelanggan pertama Ice Room hari itu. Heheheheh, termalu tiba2.
Tropicana Mixed Fruits Snow Ice-rm 9
Yang ni saya makan berdua saja-Iman cakap, tak best, saya dan Hanapi, cakap-best. Ada campuran buah-buahan dalam ni. Boleh kongsi 2 orang. Cukup aje untuk saiz badan kami ni. Ahaks! Nak order semangkuk seorang, bimbang tidak menepati citarasa kami. Berpada-padalah untuk kali pertama ini. Heheheh
Kecil saja, tiga2 ketul itu boleh ngap sekali untuk saiz mulut orang dewasa. Hahahah. Iman dan Wafiy sangat suka-jadi saya biarkan Iman Wafiy menghabiskan 3 ketul ini. Dan satu lagi seperti di kedai2 lain, saya pesan sepinggan besar fries untuk Iman Wafiy (kesukaan mereka berdua).
Kami pelanggan pertama, jadi adalah bebas untuk anak-anak berlari2 ke sana ke mari dlm Ice Room. Dan, saya, tidak segan silu untuk bergambar dan snap gambar tropicana snow ice tersebut. Heehhehe.
--Baru saya tahu, Ice Room bukan saja menjual 'ais krim' saja, makanan lain turut dijual di sini, dan jika DIBERI peluang lagi, kami akan datang mencuba snow ice perisa lain pula dan makanan2 lain. Insya-Allah. Tidak silap saya, di Wangsa Walk, ada Ice Room ini, cuma saiz kedainya adalah kecil. Mungkin kami akan ke Ice Room Wangsa Walk, untuk memastikan adakah kedainya sama dgn Ice Room di Bandar Baru Nilai, seterusnya memesan snow ice lain!
7 comments:
snow ice flaver yam pun sedapp....
Sluppp...teruja la.
Kalau tengah dahaga lagi best kan dapat ais2 ni...hehehe
Kat Wangsa Walk ada ye...senang la sikit.
shamam-oh ye ke, nanti try..;-)
ida-ha'aa kalau tk silap mata saya la, kak..heheh
mmm sedap eskremmmm......seronok tgk gmbr 2 hero diana tu!!!!
ibudhani-Bagi Diana, sedap lah, anak2 ckp , tak sedap, heheh
wow!! sedapnya ice cream tu. tak pernah cuba lagi. nak try la nanti ;)
idazs-try la, selera k.diana kata, best..hihkihkh...
Post a Comment