Friday, February 18, 2011

Taman Tasik Titiwangsa

Malam 12 Rabiul awal-Berselawat dgn suami dan anak-anak, sangat seronok, beritahu anak-anak, esok hari jadi nabi (dalam erti kata yang mudah untuk anak-anak faham). Iman faham la sikit2, Wafiy, belum mengerti. Di sekolah pun, cikgunya cerita tentang kelahiran nabi. Dan sedikit malu apabila anak2 yang cerita kepada ibu bapa, bukan ibu bapa yang cerita kat anak. Terbalik kan ... wink wink. Lepas ni saya kena beli buku sejarah nabi-nabi, agar bila ditanyai Iman dan bakal ditanyai Wafiy nanti, tidaklah mama/papa terkebil2, atau memberi alasan yang tidak dapat diterimanya.
Berselawat ke atas nabi bukan saja pada hari itu saja, elok diamalkan setiap masa, dgn rasa ikhlas dalam hati mengenang nabi junjungan Muhammad SAW. Insya-Allah....


Ini cerita pagi cuti Maulidul Rasul, kami berempat ke Taman Tasik Titiwangsa (hanya 10 minit dari rumah kami) bagi merealisasikan kasut sukan mama yang tersadai tepi dinding dalam kotak. Hahha, konon2nya nak berjoging. Dengan berbekalkan roti bersalut mentega kacang, pukul 8.00 pagi kami gerak ke TTT. Tidaklah berjoging sakan, dengan anak-anak, kami hanya berjalan2, sesekali berlari2 kecil, cukupkan satu pusingan, gigil lutut, heheh. Tak sampai separuh trek yang dilalui, Wafiy mula minta didukung, nasib badan, saya dan Hanapi bergilir2 mendukung Wafiy. Tiba di taman kanak-kanak, kami biarkan 2 beradik di taman tersebut, sambil memantau pergerakan mereka agar tidak jauh dari kami. Tidak jauh dari taman kanak-kanak tu, terdapat alat2 senam yang macam kat gimnasium tu. Wah, tak tahu pula saya di sini ada alat2 senam sebegitu, ha apa lagi, saya mengambil peluang mencuba alat2 senam yang mudah.

Atas kereta kuda
Tidak mahu membiarkan anak2 berpanas, lebih kurang pukul 10, kami mula meninggalkan taman tasik. Tiba-tiba, "ama, os os." Oh, nampak horse pulak dah. Terus saja Hanapi bertanya anak-anak, nak naik horse ke. Apa lagi, Iman Wafiy, nak saja! Terus saya membeli tiket untuk satu pusingan. Hanapi cakap, satu pusingan sekejap aje, ambillah 2 pusingan. Belum panas punggung, dah habis satu pusingan. Tak kuasa saya nak g beli tiket lagi. Perut pun sudah berkeroncong. Lain kali lah, kita ambil 2 pusingan.
Sebelum balik rumah, isi perut dulu di kedai makan. Sampai saja di rumah, kami 4 beranak, terus 'pengsan'. hahaha, konon2nya penat di Taman Tasik Titiwangsa.... Penat tapi seronok, tambah2 lagi bersama2 keluarga.

7 comments:

edane said...

salam.. ngeh2.. selalu terlupa blog nih ah. dh msuk blog list dah. hehe.. eh 10 minit dr rumah, dok kat mana tue? rumah saya ke situ ke pun lebih kurang je. area setapak keh?

IDAZS said...

wohoooo! tak pernah sampai lagi tasik tue. ada horse ek? boleh ajak zain pergi nie..

ehehehe, kasut tersadai tepi dinding? kehkehkeh!

psst: Rambut wafiy cute mcm tu, jgn potong la!

- dieyana - said...

salam etiey, hehehe, k.diana duk sentul...etiey duk mana?

- dieyana - said...

idazs-ha'aa, situ ada kereta 'OS'...kanak2 50 sen aje, dewasa-rm 1
-ha'aa, beli sebulan lepas bru dapt pakai, ahha
-fuh, papa dia mmg tk nak potong, tapi k.diana tgk mcm kesian, tambah2 demam ni, mcm rimas aje...huuhuh

Unknown said...

memang seronok tengok dua beradik tu naik OS... kami jauhlah nak pergi sana....

- dieyana - said...

suraya-tk pe, kalau kebetulan ke situ, bleh la g....kat seremban mesti ada OS jugak...heheh

~ Ida ~ said...

naik kuda besar ke kuda kecik tu...kuda tu rasa ringan je agaknye..tu sebab cepat sampai satu pusingan..hehehehe

Sekarang TTT x macam dulu..luas juga tempat permainanannya. Tempat mainan dulu masih ada..cuma x ramai budak2 kat sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...