Thursday, February 17, 2011

Iman dan Seni Tae Kwan Do

Hanapi: Kita hantar Iman tae kwan do nak?
Dieyana: Ha?? Kat mana? Bayar berapa?
Hanapi: Bla bla bla....
Dieyana: Okey, best ni!
Mama: Iman nak belajar tae kwan do?
Iman: Apa tu, mama?
Mama: Bla bla bla
Wah, mama yang lebih teruja berbanding Iman. Hehhehe....


Iman (berbaju kuning)-Iman! Buat apa tu!? Orang buat lain, awak buat lain..hahahah-saya segan nak snap gambar dekat2, heheh.
Dan, Sabtu lepas, kami ke Sekolah Kebangsaan Air Panas, Setapak tempat latihan tersebut diadakan. Kelas tersebut diadakan pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang, setiap Sabtu, dengan 3 orang guru terlatih. Hanapi dan saya berjumpa dengan guru tae kwan do, Mr. Benjamin, katanya, bagi peluang Iman ikut dulu, kita tengok macam mana, kalau dia dapat ikut dan dia nak, boleh daftar selepas ini. Mengikut Mr Benjamin, terdapat 4-5 orang murid yang berumur 5 tahun mengikuti kelas tae kwan do ini.

Kelas dimulai dengan ucapan selamat, berlari-lari anak, seterusnya senaman memanaskan badan. Hheheh, seronok tengok gelagat Iman, tersengih2, dan dia juga kelihatan sangat teruja/seronok. Boleh dikatakan setiap senaman dapat dikutinya, dengan bantuan guru-guru tersebut.


Papa dan Wafiy, bergandingan g beli air..;-)


Balik rumah-mencuba seragam baru!
Kemudian, kelas dibahagikan kepada 3 kumpulan, kumpulan1-murid-murid baru, kumpulan ke-2, murid-murid pertengahan dan kumpulan ke-3 murid-murid yang mahir. Masa rehat akan diberikan lebih kurang 5-10 minit. Saya tengok, Iman dapat mengikuti setiap gerakan asas tae kwan do, dan dia sangat bersemangat. Cuma, apabila 30 minit terakhir kelas, dia mula gelisah. Apabila guru (sir) bercakap di hadapan, matanya melilau-lilau mencari saya. Dan, sekejap garu sini garu sana. "Iman, pandang hadapan ...," guru menegur Iman. Hehhehe, Iman Iman....


Hiyakk!


Selepas tamat latihan, saya bertanya, Iman, seronok? Iman nak datang lagi? Dan jawapan positif diberi kepada mama dan papa. Terus saja Hanapi berjumpa Mr Benjamin dan mendaftar Iman sebagai murid tae kwan do, dikuti dengan beberapa bayaran iaitu, bayaran pendaftaran, baju seragam, dan bayaran untuk bulan tersebut.

Iman dan gaya asas taekwando....

Saya bukan apa-apa, sekadar suka suka, dan mengisi masa lapang yang ada. Dalam suka-suka, ada tujuan yang baik. Tae kwan do bukan saja satu cabang seni untuk mempertahankan diri, tetapi ia salah satu aktiviti/sukan yang dapat menanam rasa yakin dlm diri, diri lebih berdisiplin, lebih bersemangat. Apa salahnya kita sebagai ibu bapa mencuba sesuatu yang baru untuk anak-anak kita -demi kebaikan bersama. Insya-Allah. Lagipun, saya lihat, Iman lebih berkecenderungan dengan aktiviti sebegini. Harap-harap tae kwan do menjadi satu minat yang baru untuk Iman. Kalau dia rasa boleh, teruskan dan mungkin boleh dijadikan satu pembabitan yang serius dalam bidang ini. Chewah....;-)

7 comments:

~ Ida ~ said...

wahhh...bagusnya Iman nak masuk Tae Kwan Do. Selain dr seni mempertahankan diri baik juga untuk mengawal minda.
Baru je tu..nanti iman x de la tergaru-garu cari mama n papa dlm kelas Tae Kwan Do tu nanti...hehehehe

Dah pandai nanti Iman leh buka langkah berjaga-jaga kalau sesapa kacau Wafiy nanti..plus bodyguard mama n papa...hehehe

- dieyana - said...

-heheh, bukan apa2 kak, saja, nak bagi iman rasa seronok2, hehehe. baru hari pertama, harap2 dapat belajar asas pun dh okey..
-hehhe, jgn ditae kwandonya wafiy, sudah

Unknown said...

wah bestnya lepas nie kalau org kacau mama...iman leh Tae Kwan Do dia orang....heheheh...tahniah iman...belajar pandai2 tau...

ibudhani said...

go go iman!!! iman aunty dulu join tekwando gk tau.....heheh....mmg enjoy bile brtekwando ni....tp sempat belt hijau calit biru je....

- dieyana - said...

suraya-hahahah, baru hari pertama belajar...biasalah budak2, mula2 rasa seronok...
ibudhani-oh ye ke? bestnya...okey lah tu, adalah jugak belajar cam gini, Diana langsung tak tau sukan2 cam gini..hikhihk

IDAZS said...

waaaahhh! iman dah belajar taek wan do..syoknya...

wachhaaaaaaaa!!!!!

nanti ajar zarin yea ;)

- dieyana - said...

idazs-hahah, nanti abang iman ajar zarin n wafiy ... ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...