Monday, February 28, 2011

Abang Adik

Apabila berada di taman permainan kanak-kanak, menemani anak-anak bermain di situ, sesekali terdengar beberapa ayat Iman kepada kanak-kanak yang lain. Antara ayat2 yang sering diguna Iman apabila Wafiy turut sama bermain dengannya:


1. Ini adik kita
2. Ni adik kita, nama dia Wafiy
3. Eh jangan laju-laju, adik kita kat depan ni.....
4. Adik kita, KACAK kan (Yang ni, perkataan tak tahan didengar- KACAK! hahaha)

Erm, saya senyum sendiri, siapa yang tak sayang adik kan.... Walaupun ada kalanya, mereka bergaduh. Fuh.....itu perkara biasa....


Kadang-kadang, apabila saya di dapur, dan dua beradik itu di ruang tamu, saya akan berpesan kepada Iman, "Iman tengok adik tu...." Walhal, kanak-kanak berusia 5 tahun, masih belum boleh diharap sepenuhnya. Tetapi, saya membina dalam diri Iman, biar dia rasa 'dirinya seorang abang'.

Saya cuba uji Iman, mahu tahu apa jawapannya kepada saya.

Mama: Iman, pergi ambil adik rumah tuk (pengasuh), mama tunggu bawah. (Di tingkat 2)
Iman: Mana boleh, Iman kecik lagi, nanti Iman besar macam mama, baru boleh.
Mama: ( Tersengih)


"Cubit paha kanan, paha kiri akan terasa".

7 comments:

IDAZS said...

Iman abang yang baik :)

dah boleh diharap tu,

psstt: boleh tambah lagi adik Iman lepas nie. kihkihkih

✿ etiey erywan ✿ said...

bagus dua beradik ni :p

- dieyana - said...

idazs-erm,ada masa2, 'puk' jugak adik..heheh, ada masa2 syg2 sgt adiknya....

psttt, ehhehe...

- dieyana - said...

etiey-ehhehe, ado masa2 juga...;-) tapi bila mereka berbaik2....mama tersenyum sendiri...

- Suraya - said...

alhamdulillah.... dah boleh diharapkan...lepas nie boleh menambahkan baby lagi....heheheh

- dieyana - said...

suraya-insya-Allah, jika diberi rezeki oleh-Nya..:-)

~ Ida ~ said...

hehehe...pandai Iman kata adik dia kacak ye. Pandai jaga dan sayang adik. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...