22/10 2011 (Sabtu), kami keluar rumah pukul 7.00 pagi, sarapan dulu di MC D stesen minyak highway apa entah (laluan UIA tu). Lebih kurang pukul 8.00 pagi, memulakan perjalanan. Laluan biasa yang dilalui: Bentong-Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Pasir Mas. Alhamdulillah, perjalanan tak lama-lebih kurang pukul 2.30 petang dah sampai Pasir Mas. Berhenti sekali sahaja di R n R Gua Musang.
Tempat duduk belakang dah jadi 'katil' untuk dua beradik ni
Ini muka orang pening2, mual. Balik kampung kali ni, rasa 'luga' perut. Kalau sebelum kahwin dulu, kalau nak balik kampung, ubat tahan muntah memang menjadi peneman setia saya, tapi sekarang, elok pula, balik kampung/berjalan jauh, rasa mual tu beransur2 hilang. Tapi balik kali ni, rasa mual/pening, mari pulok doh! Perut raso gulung2! :-(( Suami cakap, mungkin makan banyak sangat kat MCD tu! Erm....
Balik kampung kali ni kerana Ba dan Ma akan berangkat ke Tanah Suci. Ditakdirkan anak-anak saya belum baik drpd bertih, memang kami tak balik dan akan tunggu Ba dan Ma di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sajalah.... Anak-anak okey, lebih elok kami balik, abang ipar (suami Along) akan tunggu Ba dan Ma di Kelana Jaya nanti. Along (cuti pantang) dan anak-anaknya memang dah ada di kampung.
(**Nota Dieyana-Dah jumpa nuffnang.com.my, tq ya! Dieyana nak daftar jugok ko?)
4 comments:
oh...Ba dan Ma diana ke Tanah Suci Mekah ye. Semoga selama pergi dan selamat pulang nanti.
Patut la sunyi je YM hari tu...dapat cuti panjang Deepavali ye..hehehe
semoga ma & ba k.diana pergi dan pulang dgn selamat..insyallah.
wah k.diana dah berminat dgn nuffnang jgak ko???
k.Ida-ha'aa..insya-Allah, Amin....
naniezara-ha'aa, Amin...
(hehehe, berminat jugok lah kat mr nuffnang ni...;-)
Post a Comment