Dah agak lama juga kakak saya uar-uarkan kesedapan roti cheese nan kat satu restoran ni (tauke kedai ni, kawan baik kakak saya ketika belajar universiti dulu). Saya cerita kat suami tentang kesedapan cheese nan tu pun, langsung dia biasa2 saja. Disebabkan saya kerap sebut cheese nan, lantas minggu lepas suami belikan cheese nan utk saya di kedai mamak yang biasa kami pergi, area rumah kami. Tapi, langsung mengecewakan.
Petang semalam-cubaan saya entah ke berapa kali: "jom kita g makan cheese nan kat kedai kawan Along tu nak?" Suami diam saja. Kalau dah diam tu, saya paham. Isterimu sedikit memendam rasa ^__^. Malam, anak-anak hanya makan roti kaya. Rasa sedikit bersalah sbb tak masak, lepas Isyak saya tanya suami, "awk tak lapar ko? Nak makan nasik? Jom lah kita g make?" Suami saya agak keberatan nak keluar, katanya, "dah lambat, anak-anak napok ngantuk doh. Rasa macam kenyang makan roti ni"(+malas nak keluar).Kami memang spesis tidur awl ... heheh.
Tup tup, "Jom lah, kita g Hidayah," kata suami (al-Hidayah kedai makan siam kegemaran kami:dekat aje dgn rumah). Kalau dah lepas isyak, memang penuh la meja al-Hidayah tu. Terus kereta meluncur ke KL. Saya ikut saja, tidak mahu mengharap apa-apa. Tak kisah makan di mana pun. "Ha, papa nak g sogo!" kata Wafiy. Sogo aje lah yang Wafiy tahu. ^__^ "Ha, kedai sain Along tu alik mana?" tanya suami (Aik nak g situ ke? Yesss! Akhirnya!)
Terus kami sampai restoran yang diuar-uarkan kesedapan roti cheese nan tu. Restoran RSMY, Jalan Medan Tuanku, bersebelahan Hotel Lotus, seberang jalan Maju Junction. Orang agak ramai, tapi masih ada meja di hujung2. Kami order:
Nasi beriani ayam-RM 10 sepinggan
Roti cheese nan-RM 5
Daging cincang (cicah dgn cis nan)-RM 10 sepinggan lonjong
Teh o ais-2
Kopi o ais-1
Jumlah semua: RM 29.50
(Sumber gambar: Minta izin ya, tepek gambar di sini, burnqis.blogspot.com)
6 comments:
suami dieyana saje je tu.. tp dia xsampai hati nak biarkan wife dia memendam rasa.... tp ila nampak sgt menarik gmbar tu... mcm nak cuba 1 hari nnt kalau terpegi ke KL... betul2 kat tgh2 kotaraya tu
saja je tu nak sepraiskan awak tu dieyana hehe..sedap nampak tu.harga pun nampak ok.balik KL nanti nak gie jugak. hehe
ok lah dapat gak merasa mkn kan...
klw nak beli kuih tu saya akan cas penghantaran, kalau tak bole amek dekat lrt jelatek.
owh akak pnh pgi restoran ni...nasi briani die banyak btul....nk pgi lg kna pikir byk kali coz susah tul nk parking
wah..org sentul juga yer..mak kita duk bandar baru sentul tuh..kita pon ske makan kt hidayah tuh...salu singgah sana..
Post a Comment