Alhamdulillah, permohonan Iman stay di GA Wangsa Maju berjaya.
(http://geniuswangsamaju.blogspot.com) Wah, macam permohonan nak masuk U. ^__^ Ala, permohonan pembelajaran utk 6 years aje pun. Bukan apa, sekarang ni, nak masuk ke GA untuk semua cawangan, dibuat secara online, kena register online. Siapa cepat dia dapat. Macam tu lah lebih kurang. Alhamdulillah, Iman dari 4 years di situ, sehinggalah untuk tahun depan 2012, 6 years. Insya-Allah. Kalau tak pernah belajar di situ pun, insya-Allah dapat juga, tapi kena betul2 cepat lah. Kalau permohonan gagal, saya tak pasti bagaimana pula, tapi katanya, boleh berunding dengan pihak GA di cawangan yang dipilih. Lepas ni kena buat bayaran untuk 'booking fee'-RM 100. Booking fee ni pun kena cepat juga!
Sebenarnya, saya turut mendaftar untuk Wafiy. Dan kata teacher GAWM, alhamdulillah berjaya. Kalau ikutkan tahun, 2012, Wafiy dah masuk 4 tahun. Tapi kalau kira bulan, bulan September baru cukup usianya. Kalau kenangkan Wafiy tu, agak masih tidak sesuai dia mula belajar Januari 2012. Kalau tgk ‘gaya’ Wafiy ni, masih terlalu awal untuk dia bersekolah..heheh. Tapi kalau boleh, saya nak Wafiy bersekolah untuk tahun 2012, sekurang2nya Wafiy nampak abangnya di sekolah tu, mungkin dia akan lebih selesa dan dilindungi-ada abang bersama2nya(konon2 begitulah).
Kalau saya daftar Wafiy untuk 5 years-2013, Iman dah tak ada di sekolah tu, jadi tak berapa syok la untuk Wafiy kan. Itu anggapan saya lah. Jadi nak tak nak, bersedia atau tidak, saya daftar juga Wafiy untuk tahun 2012 nanti, tapi saya minta dgn teacher di GA untuk masukkan wafiy second term nanti. Lebih kurang bulan Jun 2012. (Iman masih ada di situ). Kata teacher, “Insya-Allah, kita akan sediakan tempat untuk Muhammad Adam Wafiy bagi second term nanti.” (setelah diterjemah ke BM ^__^).
Lagu mano Wafiy nak g skul, susu pun tk lepas lagi ^__^
Ketika usia Iman lebih kurang Wafiy sekarang ini, 3 tahun ++, Iman lebih nampak cepat ‘tangkap’. Itu sebab saya berani hantar Iman ke sekolah ketika dia berusia 3 tahun ++. Tapi Wafiy ni agak berlainan dengan abangnya. Biasalah kan, lain anak, lain cara, tak boleh kita ibu bapa nak banding2 kan, masing2 ada kelebihan dan kelemahan amsing2.
Erm, kalau tanya, Wafiy, nak g skul, jawabnya, nak. Kalau saya tanya, wafiy nak g skul mana, katanya skul abang. Dah jelas di situ, dia nak abang bersama-samanya kan! Tak apa lah Wafiy, tunggulah sikit lagi, baru kita g skul! Insya-Allah....
**http://www.geniusaulad.com.my/home/
12 comments:
ok ker GA ni..ingat nak hantar Faiz tahun depan...just utk tingkatkan sosial dia sebab faiz kan tinggal ngan mama jer...hehe..buatlah entry pasal GA ni...
Ila-insya-Allah, setakat ni, Iman banyak menunjukkan perkembangan sejak belajar kat situ. Insya-Allah...tapi mana2 tadika pun, tak kisah, yang penting, pegisian yang disediakan oleh sesebuah tadika. yang penting, anak2 suka....dan boleh tingkat kan ilmu2 asas utk kanak2 (yang penting agama), di samping meningkatkan sosial anak2...insya-Allah...:-))
sekarang ni nak masuk tadika yg bagus pun ada prosedurnya juga kan.. bukan senang2 kita nak pilih2 sekolah mcm dulu2.. Memang anak pertama cepat sikit matangnya.. anak kedua, ketiga ni lebih manja sikit.. harap anak2 dieyana seronok bersekolah nnt..
akak pun tgh pikir nk htr ke tak si bongsu ni sek, umur 5 thn tp prangai mcm bayi lg
hanis-ha, itulah, mcm2 prosuder skang ni, itulah, rasa kecik aje lagi si adik nak p sekolah...heheh.
so shy lady-hehehe....namanya si bongsu, ada manja skit la kan..;-)) tapi dalam manja2 pun, ada masanya, dia yang lebih kuat dr yang lain2...heheh
bestnya, Jauhlah nak anta Zarin g GA..tp insyaallah tgh thn depan baru nak daftar dia. kat mana tak sure lagi, masih lagi survey2...
Best wafiy g skolah ada bodyguard, ekekekekekekeke
idazs-tak pe antar mana2 pun, asalkan dia dapat pengalaman dan lihat juga pengisian di tadika tu, insya-Allah, dapatlah nanti tu...
heheh, tgk aje lah saper jadi bodyguard..heheh, bukan bleh pakai juga iman tu..;-))
untungnyer sbb GA ada dekat area dieyana...mcm ila jauh.. paling dekat kat Bangi atau Puchong... tp still jauh utk ila yg nak gi keje berlainan arah...
fasya izan sekolahkan umur 4 tahun.sebab nak bagi dia cepat berkawan,bercampur selain belajar mcm2 tu.
ni tahun dpn nk carikan tmpt lain plak,tp sini takde GA ni..
semoga iman dan wafiy nanti jadi student paling bijak kat situ =)
baguslah wafiy...anak buah akak sebaya wafiy bila tanya nak gi school asyik taknak je...dah 2 kali try hantar gi school tapi failed.nangis nak balik je....tapi insyaallah next nak kene hantar gak lah...
GAWM tu dekat dengan opis saya dulu. Memang orang kata GA ni bagus.
Terima kasih folo blog saya. Saya dah folo balik. Salam perkenalan..
Post a Comment